28 July 2011

1 Regular Pizza at 10cents nett*

nak tak pizza Regular Dominos dengan hanya 10sen je, mula² aku dpt email ni, mmg lah nak sekali..

kecik je tulisan bawah gmbar tu..

Offer terms & conditions
*10cents for 1 Regular pizza only valid at Puchong Utama store & Puchong Utama delivery area only **Valid with minimum Regular Pizza purchase • Valid for Take Away & Delivery • Surcharge applies for Double Decker Crust and First Class pizza range • One coupon per order • Not valid with any other promotions and discounts


p/s : sapa² dok puchong jom serbu, ONLINE je ye...


Untuk Tatapan para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan ...Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

25 July 2011

release tension di hari mOnday yang blues

agak² apa cara senang nak pergi ke Taiwan dari China ????

Cer korang try :

  1. Bukak Google Maps (Get Directions)
  2. Taip 'China' kat kotak A (Start Address)
  3. Taip pulak 'taiwan' kat kotak B (end Address)
  4. Klik GET DIRECTIONS
  5. Tak yah susah² nak baca bukan korang tau pon jalan² kat situ nak gi kiri ke kanan ke, korang tros ke Directions nombor 48 je...
  6. dahh?? hahahhahaa...agak² korang pun dah berenti gelak, share la, soh kawan korang gelak gak....

p/s : sapa yg sanggup nak ikut directions nombor 48 tu, silakan...kikiikkikikik

19 July 2011

eh hari ni 19 hb kan, hot tok 1901 murah maaa

kenapa dengan 19 hb, sebab pada tiap² bulan seperti hari ini, Hotdog 1901 ada buat promosi. Dorang jual Hot dog pada harga murah, tapi just terhad kepada 1 @ 2 perisa je lah....

cam biasa gmbar gugel di blog ini


Macam hari ni, member aku bgtau, so apalagi berdesup pi jalan kaki ke KLCC (bukan jauh no ngan opis pun kan) semata² untuk HotDog 1901 yg setapppp ini...

untuk hari ini, hanya ada New York Chicken je, harganya RM2.99 tidak termasuk air kira ala carte la, dengan harga sebenar klu bukan beli pada 19hb ialah RM5.99, ok lah kan. Tapi kalau nk beli set termasuk air oren, korang just add lagi RM1, so semuanya hanya RM3.99 tapi untuk hotdog Regular je.






Agak² tak cukup sbb hot tok dia mmg setappp & lembuuttttt, korang boleh beli yang Giant (kikikiki) Harganya hanya RM3.99. Berbaloi² kan, yg bestnya kesemua hot tok adalah di steamed, so no minyak² here, bagus untuk yg berdiet, semua rebus² maaa..tu yg sambar besar tros.

so, kami pi 3 orang & beli sorang dua hot tok, tamakkkk kikikiki, sbnrnya aku beli utk incik hasben lah sapa lagi, bwk balik kat dia ptg karang.


kesemua kami memborong 6 kotak hot tok adalah bersaiz GIANT..gila tamakkk



ini perasa apa aku tak tau, just nk tunjuk beza hot tok regular & giant, gmbar adalah dari belog ini



p/s : jadinya apa tunggu lagi, pegi dapatkan hot tok 1901 murah pada hari ini, kerana kalau terlepas, kena tggu sebulan lagi utk dapatkan dengan harga murah ini, kang bulan depan dh pose, terkeliur plk, hehehehhehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati