28 November 2012

Celebrate Birthday Hasben : Bubba Gump..!!

perancangan nak pgi makan ni 2 minggu sebelum birthday azim, gila punya pening pikir nak bawak makan kat mna, tetiba ada offer dari GrOupon, 50% cash voucher utk makan di Bubba Gump








maknanya kita beli voucher RM50, kita dapat RM100 cash voucher, camtu..disebabkan lama punya teringin nk makan kat situ tapi asyik tak jadik je, ini dikira peluang baik, hari tu jugak beli voucher, & akan tebus pada birthday azim nanti...sempat la tebus sebelum voucher expired 30 november ni...



so disebabkan azim keje pada hari ahad, kita postpone ke hari isnin lepas pigi makan di sini...

Maghrib kan awal sekarang, lps je solat tros gerak sblm kul 8 dah kuar, aku pilih restoran di The Curve sebab budget nak jalan² kat situ sekali...



 Sib baik sampai ada satu je meja kosong, ngam² utk 4 person...


Apa uniknya Restoran Bubba Gump ni, maybe cara dia panggil pelayan, signboard biru 'RUN FORREST RUN' tu menunjukkan ko xperlukan dorang, kalau ko terbalikkan ke 'STOP FOREST STOP' maknanya kita nak panggil pelayan dan dorang akan datang, tak perlu nak jerit² mcm kat kedai mamak panggil 'aneyyy kiraaa...' hehehhehe....




  gambo gugel je


satu lagi Interior kedai ni, dia berlatar belakang kan cerita Forest Gump, dan kita boleh melihat banyak konsep Forrest Gump kat sekeliling. Meja agak kecik ala-ala meja pingpong dan agak penuh dengan barang macam bekas kaler perak untuk menyimpan sos cili & tomato.. kalau nak tau cerita pasal Restoran ni gugel je, banyak kot blogger dah tulis psl ni....

Sementara menunggu order..




ini budak dua olang manyak kecoh la sekalang, kalau pigi mana² dah xleh nak dok diam dah, makan nye sikit je, main je lebey, lotih mak....

Leisya plk yg hyperactive skang ni, mulut pon becOk pot pett pott pettt...





Mula² tros order dessert dulu, sbb nanti klu dah makan dah kenyang nk lantak dessert pon tak lalu dah...


 ni namanya chocolate Chip Cookie Sundae, boleh tahan la sedapnye, makan 4 orang tetap tak habis...




Kemudian kami order, Bubba's After The Storm 'Bucket of Boat Trash', dalam ni ada isi ikan, udang goreng dan ekor Lobster semuanya di goreng dengan perasa tersendiri dorang, makan tak habis pon..




 dan ini Crazy Cajun Chicken, azim makan seketul, aku habiskan seketul, banyak kot pOrtion dia, kalau datang perut penuh mmg tak habis




makanan dia takdelah sesedap mana, boleh tahan je, mahal je lebey kot, sedap lagi makan di chilli's bagi aku..


Harganya...aku bayar hanya RM36.90, itu pon sebab ada vOucher RM100, kira kat bill tu harganya RM136.90, utk makanan di atas sahaja, mahal yang tidak berbaloi rasanya...maybe konsep dia tu buat mahal...kalau saje² nak pgi makan mmg tidaklah...heeeee


Makan pon laju² sebab azim tak berapa sehat + resdung dia mnyerang, so tak dapek la ko nak membawa anak² pusing menikmati keindahan lampu di The Curve itu, makan² je &  tros balik, sebab nak singgah di Taman Melati dulu hantar barang COD pada customer...

 
sempat snap sekeping pict ngan anak² buat kenangan makan di The Curve **ayat kecewa** tu pon kat parking je, belakang boot keta, ---------- errkk



p/s :  Saje rasmikan baju yang tempah khas untuk pakai masa wedding BFF, suppose 17 Nov lepas,  tapi at last semua tak jadi pergi sbb masalah kesihatan, demam serentak, lorrrrr........dah elok² plan, tempah baju warna sama², tapi tak pergi...





1 comment:

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati