20 Februari 2014 dah genap affan setahun, hai cepat nye lah rasanya masa berlalu, sedar² dah meniarap, pastu merangkak, pastu duduk, bertatih & berjalan... alhamdulillah affan membesar dengan baik, bijak, handsome & smart....dah pandai berjalan start umur 11 bulan, skang gigi dah ada dua batang bawah & 3 batang atas...keje nak menggigit je..
Phewwww maknanya genap jugalah tempoh penyusuan setahun affan fiqhry...
banyakk sangat liku² pahit manis sepanjang tempoh penyusuan setahun ni :)
Affan lahir dengan tak banyak kerenah, senang...meluncur..walau sakit dia samaaaaaaaa je tiga² anak, start sakit 3am, kul 2.30pm disorong ke labOur roOm, kul 2.40pm lebih kurang la affan pon lahir..alhamdulillah... ada ku kongsikan di entri dulu... Pengalaman Melahirkan Affan Fiqhry
Si Comel Affan start lahir sampai sekarang, hensem kan, haha, kalah abang dia si Aqeef, tapi sometimes muka dia ada sama dengan aqeef gak
Si dedek affan ni abah dia panggil anak manja mama, mana taknye mama nak bergerak mana pon tak boleh, kalau dia dah ngamok bagi la apa pon semua tak jalan, cer mama dia yg pegang tetiba boleh senyap sunyi, takde nak nanges² dah...haishhhhh gedik sunggoh... bebudak breastfeed ni mmg camni ye...
Tapi si affan senang jaga, asal aku ada je berdekatan dia ok je, nk beriyy pon angkut sekali, nak mandi, nak shisi ke, dok la ketuk² pintu bilik ayer tu, sweeeeetttttt sangat tau..sangat lahh....pendek kata sepanjang masa dengan aku je lah.... nak masak jangan cakap berdukung sesaje, muscle lengan aku belah kiri ni dah besar mcm popeye dah, haha...
Meh aku flashback mOment² dia setahun yg dulu..
Beberapa jam selepas lahirkan dia, punya lah payah nak kejut nak bagi susu
esoknye aku dah boleh discharge dah, 1st time bawak balik rumah nenek, abang paling seronok
Si Merah dengan abang
macam² gaya si affan tido, ni aku gelar kepompong yang cute, hahah
Time sebulan, dibotakkan
suka posing yang kelakar²
time dia kecik² dulu, kepala selalu teleng, puas la aku betolkan, haisshhh mcm² hal, tapi dah besor dia elok sendiri
Affan asal demam je ada je benda yang dia nak pandai, tapi selalunya sekejap je, panas malam, dedar time siang
jarang bawak dia keluar sebab malas nak carik² port menyusu, tapiii kalau aku yg dukung sedap je dia tido, time ni saje bawak affan & leisya naik LRT...
Satu hal dia ni, start meniarap lambat, seingat aku dah dekat 5 bulan kot baru pandai, tapi yang kelakar, sekejapan je dia merangkak tros pandai duduk je, masa 6 bulan, advance sungguh si affan
Punya la susah kalau aku nak bawak dia kemana² kalau azim takdo, sekejap je dia nak duduk dalam carseat, selebihnya, ngamokkkkk nak aku peluk...hadoiiii tapi bagus la so takyah la aku kna drive kalau nak gi mana², abah dia nak drive gilir² pon tak dapat lah... =P
paling susah nak makan, kalau dengan pengasuh dia kemain cerita affan makan banyak, tapi kalau ngan aku dia lebih nak nyusu je, adoiii, tu yang berat naik sendu² je, bulan lepas siap dah nak sampai border line dah, sib baik bulan ni naik balik, skang ni 1 tahun berat dia baru 8kg, tapi alhamdulillah perkembangan lain semua ok, lasakkkk yg hamat
Haaaa...sama tak muka abang & adik ni....sapa lagi hencemm....
Birthday dia aku takde nak buat apa pon, hari tu bawak dia gi makan kek je, tapi lebihnya abang & kaka dia yg over, nanti lah buat sekali dengan majlis akikah dia hujung minggu nanti...
Alhamdulillah so far ketiga² anak aku membesar dengan sihat, sempurna, bijak & rajin. Semoga anak² mama membesar jadik anak² yg soleh & solehah, hormat org tua, jaga akhlak ye...