26 May 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKOA 2013

yesss... akhirnya sampai ke entri terakhir koir, fenattt mak hencik banyak nye entri tangguh, ekekkekee....

Time ni bas dah sedia 7.30am, i is lewat 5minit je sekali bas dah gerak, pfffttttt sikit lagi dah belakang bas dah, sib baik pok guard bangla tolong kejar tahan bas, hehehehe...dapat la i naik...walau bas ada dua trip tapi nak la jugak join sama² yg trip pertama kan.... sampai awal leh ready awal...





Sampai² sana semua anak² ikan koir ku kerah tolong wat amal jariah, hehehehe...isi gOodies bag untuk semua tetamu & penerima APC, sepatutnya aku salah seorang petugas, tapi dah terlibat dengan koir kan, so lps koir baru tolong jaga barisan penerima hari tu....



Sementara tunggu ahli² lain sampai keluar monopod pink yg comel tu snap la sana sini, kikikikiki, semua pulak pantang tgk kamera, mmg menyelit sesaja lah...



pastu, start masing² dah sawan kamera, tak hirau dah orang sekeliling, kikikikiki







Semua tetamu akan start tiba n daftar kul 7.30am - 9.45am ketibaan Tetamu VVIP..so sementara tunggu tu, kami nyanyi lah dulu 3 lagu bebas untuk menghiburkan tetamu & penerima dulu...

Kul 8.45am semua standby belakang pentas... cermin pulak pukul keliling, memang terbooekkk la, semua pakat posing, semua pakat bergelek depan cermin, kahkah...










Elok kul 9.00 kami pon start nyanyi dah...heheheheh, ada video tapi pendek je lah, wat syarat je, nak upload dalam youtube tak lepas² plk, =p




 masing² Tengah bergelek riang Lagu Gadis & Bungeeee, hehhehe....





Sementara tunggu Tetamu VVIP sampai & kami pulak akan menyanyikan lagu wajib, Negaraku, Perkhidmatan Awak & Lagu Jakoa (Tugas Mulia)

ha nampak, skema je berator atas stage tggu Timbalan Menteri sampai...



Antara Penerima APC 2013, tahniah korang, lepas ni kena kerja dengan lebih tekun & beretika lah kan, ekekekkee, dah dapat Sijil Penghargaan & RM1000 Sijil Simpanan..



Majlis disempurnakan Oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan juga SUB Kanan Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Jamalludin bin Kasbi, turut serta ofcoz la Ketua pengarah kami kan, DATO' HJ. MOHD SANI BIN MISTAM dan Timbalan² nya Encik Nisra Nisran bin Asra Ramlan & Encik Suhaimi bin Mahmud.


Time ni kami semua lepaking belakang pentas je, tapi aku & dua lagi petugas time ni dah gegas² tukar baju, Baju Korporat Seksyen Pengurusan Sumber Manusia katanyaaaa... we look blueeee....


Nampak semua busy kan, ginilah zaman gadget berleluasa, semua pakat ngadap phone je....pastu whatsapp sesama sendiri...yg I kat belakang tu nampak tak style belit Wide Shawl tu, malam sebelum Majlis baru hegeh² bukak youtube tengok tutorial nak belit messy wide shawl, ohh jatuh cinta betol style belit² wide shawl messy² ni, xyah nampak kemas sangat, tapi cantik, ekekekekke

Datang lagi dah sawan cermin, kikikikikikiki.....

Elok Timbalan Menteri habis berucap, KP pon habis berucap, gegas² i keluar turun pentas jaga Barisan Penerima pulak... habis je semua penerima naik pentas, acara pon habis lah kan, hehehehhe

so kami pon keluar lah lagi sekali menyanyi balik untuk tetamu² beransur makan.. time ni MC majlis pon naik sama nyanyi ramai, step mmg dah xde dah, ikut dan je apa yg ingat...




& akhirnya...yang paling meriangkan adalah makan time...


nampak keriangannya disitu kan....masing² lapooorrrr...
















lepas kenyang start lah sesi bergambar antara semua Penerima APC dengan VVIP






pastu dia datang lagi sawan bunga lak, kahkahkah, dengan Puan Tijah, Pen Pengarah JAKOA Perak pn sama ikut aku sawan....Tahniah puan, salah seorang penerima APC Tahun 2013

 





dan last but not least, sebab tahun depan ada lagi, tiap² tahun kan, adalah barisan AJK² & Petugas² Majlis tersebut... Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, JAKOA, Syabas & good Job kerana berjaya menyempurnakan Majlis pada hari tersebut..
 




Tak lupa untuk semua Penerima APC Tahun 2013, Tahniah sekali lagi.. ni group 1, satu lagi takde gambo, hehehheheh


21 May 2014

Raptai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKOA 2013

Dah setel majlis dah pon tapi biasalah cite lambat macam biasa, hahah...

dah penat berlatih tiap petang kitorg kena raptai sehari sebelum majlis lah kan, dah nama Majlis Protokol, Menteri datang, of coz kena pastikan semua berjalan lancar.

Majlis APC ni dibuat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, memang cantik tempat dia... Pentas pon jenis Open, aku sampai² je kat sini petang rabu 14hb tu tros aahhh sudahhh pentas terbuka camni konfem kena suara kuat.... hehe

 
 Nice deco stage dia..


Sebelum apa² koir naik dulu test mic, test tempat & etc... gila kuasa jap, ehehehhe





Lagu semua best², enjoy je semua, walau masa latihan semua main² tapi time waktu sebenar kejadiannya pandai pulak korang serius & bersemangat ye, hehehhee



setel sesi rehearsal, pengarah bagi briefing sket untuk petugas² esok & sementara tu audio test montage slide Pencapaian & Aktiviti Jabatan tahun 2013...







 Dalam kul 3.30pm selesai yeayyy boleh balik awal, get ready utk majlis sebenar esoknya....jangan lupa ye semua baju korporat utk group koir...

 Inilah sis nuruluyun, yang conduct group koir kami, sporting amat, ohsemm... nak pencen dah pon... sebelah tu anak ikan mak, parttime model, retisssss, pelakon baru nak naik katanyaaa.....hehehhehehehe....



Okbai, cite koir sambung esok, nak balik dah... 
.
.
.
.
 

09 May 2014

Latihan Koir Tiap Petang

Baru rasa nak merelaks² sket lepas busy ngan majlis perkahwinan adik aku kan, sekali ada je tugas yang datang, yang ni memang aku takleh tolak la sebab ni kerja hakiki, aku dibayar gaji, so Saya Yang Menurut Perintah lah, sebab kalau tak buat kang kata makan gaji buta plk, ekekekekekee

Latihan Koir ni untuk persediaan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 15hb Mei depan, so nak tak nak bos suruh kena ada koir nanti..

Disebabkan Ketua Unit aku busy tahap dewa dengan kerja² lain, aku lah yg ditugaskan untuk mencari anak² ikan untuk Group koir ni, setelah ditimbang kati, adalah dalam 15 orang hasil tangkapan, itu pon time latihan ni ramai yang takde lah, kursus lah, cuti lah, haiiyyaaaaa...  sudahnye kita tengok je lah nanti apa yang akan jadik masa koir nanti, kelaut ke darat ke... lantok... yang penting dah buat sehabis baik.. gituuuuuuu

Bermulalah aktiviti melalak start isnin lepas sampai lah rehearsal nanti pada 14hb... setiap hari kul 2.30pm semua dah kena kerah naik...

Lagu ????? ini memang Rare... kitorang kena nyanyi 4 lagu biasa, apa² genre + 3 lagu wajib yang biasa orang Gomen nyanyi..

Korang pernah dengar lagu menimbang Rasa , nyanyian Oslan hussein, gilalah old skool, 1st time dengar mmg rasa nak hantok pale kat dinding, tapi bila lama² dengar mmg best, catchy & menggedik bila menyanyi... hehehehhe nah pi dengor sendiri, hehehe  



tiga lagu lain ialah, Oh Carol, Rambu Ramba & Gadis dan Bunga, memang haru betul lah... 







mana nak hafal step, mana nak berlatih key tinggi rendah, suara lead, suara base...oh my...


Hope masing² dapat buat yg terbaekkk minggu depan...






Saat paling best adalah minum petang selepas koir... tapi dah start diet balik setelah kelaut 2 bulan, so habis koir tros la turun sambil babai² kat kuih muih yg sedap² tu ... sedih tsk tsk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati