06 June 2014

Happy Fathers Day

Selama ni fathers day atau mothers day ke kami memang tak beria nak sambut pon, sebab bg aku benda² ni tak perlu nak kena ada hari khusus, kena hari² sayang mak & ayah kita kan.. kalau lebih sikit pon beli kek pergi makan, tu je..Tapi ye lah bila anak² dah sekolah ni, of coz la cikgu² menitikberatkan bendalah ni kat anak² murid dia kan, supaya anak² lebih menghargai la kekdahnya...

so bila satu hari tu, leisya & aqeef balik sekolah, abah dia yang ambik, mcm biasalah, belum sempat keluar pagar dah jerit kat abah tunjuk kad yang dorang buat kat sekolah...

seronok la abah dia, senyum meleret, siap sebut, Daddy, I love u, U are the best, cehhh kemain sebut daddy, ye lah dorang kan skolah tadika chinese, kita yelah abah je cukup, orang melayu kan.. hehehhe


yang kad pakai spek tu leisya buat, yang bawah tu aqeef buat.. spek siap boleh bukak katup, curlasss teacher nye idea


p/s : esok² nya kad si leisya dah barai sebab berebut dibuat main oleh si ganas affan, heyy tak faham affan, paling kecik paling ganas... hehehhe

p/s/s : eh jap, fathers day sebenarnya berapa haribulan, hhaha..nampak benor tak kisahnye..sentap abah azim

26 May 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKOA 2013

yesss... akhirnya sampai ke entri terakhir koir, fenattt mak hencik banyak nye entri tangguh, ekekkekee....

Time ni bas dah sedia 7.30am, i is lewat 5minit je sekali bas dah gerak, pfffttttt sikit lagi dah belakang bas dah, sib baik pok guard bangla tolong kejar tahan bas, hehehehe...dapat la i naik...walau bas ada dua trip tapi nak la jugak join sama² yg trip pertama kan.... sampai awal leh ready awal...





Sampai² sana semua anak² ikan koir ku kerah tolong wat amal jariah, hehehehe...isi gOodies bag untuk semua tetamu & penerima APC, sepatutnya aku salah seorang petugas, tapi dah terlibat dengan koir kan, so lps koir baru tolong jaga barisan penerima hari tu....



Sementara tunggu ahli² lain sampai keluar monopod pink yg comel tu snap la sana sini, kikikikiki, semua pulak pantang tgk kamera, mmg menyelit sesaja lah...



pastu, start masing² dah sawan kamera, tak hirau dah orang sekeliling, kikikikiki







Semua tetamu akan start tiba n daftar kul 7.30am - 9.45am ketibaan Tetamu VVIP..so sementara tunggu tu, kami nyanyi lah dulu 3 lagu bebas untuk menghiburkan tetamu & penerima dulu...

Kul 8.45am semua standby belakang pentas... cermin pulak pukul keliling, memang terbooekkk la, semua pakat posing, semua pakat bergelek depan cermin, kahkah...










Elok kul 9.00 kami pon start nyanyi dah...heheheheh, ada video tapi pendek je lah, wat syarat je, nak upload dalam youtube tak lepas² plk, =p




 masing² Tengah bergelek riang Lagu Gadis & Bungeeee, hehhehe....





Sementara tunggu Tetamu VVIP sampai & kami pulak akan menyanyikan lagu wajib, Negaraku, Perkhidmatan Awak & Lagu Jakoa (Tugas Mulia)

ha nampak, skema je berator atas stage tggu Timbalan Menteri sampai...



Antara Penerima APC 2013, tahniah korang, lepas ni kena kerja dengan lebih tekun & beretika lah kan, ekekekkee, dah dapat Sijil Penghargaan & RM1000 Sijil Simpanan..



Majlis disempurnakan Oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan juga SUB Kanan Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Jamalludin bin Kasbi, turut serta ofcoz la Ketua pengarah kami kan, DATO' HJ. MOHD SANI BIN MISTAM dan Timbalan² nya Encik Nisra Nisran bin Asra Ramlan & Encik Suhaimi bin Mahmud.


Time ni kami semua lepaking belakang pentas je, tapi aku & dua lagi petugas time ni dah gegas² tukar baju, Baju Korporat Seksyen Pengurusan Sumber Manusia katanyaaaa... we look blueeee....


Nampak semua busy kan, ginilah zaman gadget berleluasa, semua pakat ngadap phone je....pastu whatsapp sesama sendiri...yg I kat belakang tu nampak tak style belit Wide Shawl tu, malam sebelum Majlis baru hegeh² bukak youtube tengok tutorial nak belit messy wide shawl, ohh jatuh cinta betol style belit² wide shawl messy² ni, xyah nampak kemas sangat, tapi cantik, ekekekekke

Datang lagi dah sawan cermin, kikikikikikiki.....

Elok Timbalan Menteri habis berucap, KP pon habis berucap, gegas² i keluar turun pentas jaga Barisan Penerima pulak... habis je semua penerima naik pentas, acara pon habis lah kan, hehehehhe

so kami pon keluar lah lagi sekali menyanyi balik untuk tetamu² beransur makan.. time ni MC majlis pon naik sama nyanyi ramai, step mmg dah xde dah, ikut dan je apa yg ingat...




& akhirnya...yang paling meriangkan adalah makan time...


nampak keriangannya disitu kan....masing² lapooorrrr...
















lepas kenyang start lah sesi bergambar antara semua Penerima APC dengan VVIP






pastu dia datang lagi sawan bunga lak, kahkahkah, dengan Puan Tijah, Pen Pengarah JAKOA Perak pn sama ikut aku sawan....Tahniah puan, salah seorang penerima APC Tahun 2013

 





dan last but not least, sebab tahun depan ada lagi, tiap² tahun kan, adalah barisan AJK² & Petugas² Majlis tersebut... Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, JAKOA, Syabas & good Job kerana berjaya menyempurnakan Majlis pada hari tersebut..
 




Tak lupa untuk semua Penerima APC Tahun 2013, Tahniah sekali lagi.. ni group 1, satu lagi takde gambo, hehehheheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati