Cerita Panas baru kuar oven terus update, fuhhh sanggup tak kuar lunch di waktu rehat yang panjang hari Jumaat ini....
Semua ni disebabkan Pisang Berangan yang aku masak malam tadi..dah semua terkeliur menggigil² mintak resepi... *budget masterchef sangat kan* kahkah
Actually pagi ni di ofis aku ada buat Majlis Bacaan Yassin utk allahyarham encik Haziman EO di seksyen aku ni & Majlis Farewell pertukaran staff psm ke tempat baru...so harung sekali.. & macam biasa Menu adalah Potluckkkk.... maknanya sorang sikit bawak menu...
Main Menu adalah Laksa Johor, dimasak oleh EO unit Latihan, cik syira yang cute mute itu, sedap wehhhhh laksa dia, ikan banyakkkkkk, kuah pekat, berasa bila makan *penat diet 2 mggu, hancus hari ni* hahahhaha
Banyak lagi menu lain, ada buah, cupcake, kek coklat, kek birthday black forest, kuih koci, bubur kacang, nugget ayam, eh macam² lagi lah.. sendat perut aku makan..
& dah petang nak balik semalam baru cc bagitau nak kena bawak makanan sorang sikit, aiyaaaa...tak terpikir dah nak bawak apa, ingat nak goreng mee je, sekali tukar plan takut x sempat masak, so nak beli buah je, buah senang takyah nak kena kupas, kopek bagai, buah pisang, hahahhaha
sekali tingggggg idea mari, haaa baik buat pisang kastard tu kan, dah alang2 nak beli pisang, ni kira second time aku buat mnde ni, 1st try dulu masa Raya Haji hari tu.
Malam semalam sapa lagi kena beli barang kan, abam azim yang hensem kacak bergaya tu lah kena beli...aku list siap² bagi dia gi NSK sana... akak kat rumah setel buat apa yang patut sementara tggu dia balik bawak barang...
Tapi, of coz la kena sentiasa kekal berhubung, kes taknak salah beli punya pasal, hehehhe
Terima Kasih whatsapp, senang nak bermuah muah bila berjauhan, hahaaah
ehhh, panjang pulak berceloteh kan... ahhaa nasib la korang, nak resepi free free je, dah la tak bayar pengeras, so kena la layan celoteh aku dlu, nganganganagangaa...
ok dah, straight 2 da point..
RESEPI KARAMEL PISANG BERSOS KASTARD
by : Chef Jijie Ker :pBahan² untuk buat Pisang Karamel
1) Pisang Berangan (apa² pisang pon boley tapi bagus pisang ni lah, kalau korang nak guna pisang emas aku tak jamin sebab nanti dibawak belayar camne, hahahah)
Anggaran korang beli lah sesikat dah cukup, lagi banyak lagi sodap
2) Butter secukupnya**Kismis / Coklat Rice secukupnya (kalau takde macam kes aku ni, so gunalah Coklat Rice) untuk hiasan
Bahan² untuk Sos Kastad
1) 1 tin susu cair
2) 2 biji kuning telur sahaja
3) Air setengah cawan (aku lebihkan sebab nak kuah banyak sket)
4) 3 sudu makan penuh gula
5) Susu Cair - 3 sudu
6) Esen Vanila
7) Dua sudu Tepung Kastard Segera dibancuh dengan air secawan
Cara² - Buat Sos Kastad dlu
Campurkan kesemua bahan dalam periuk dulu, kecuali bancuhan tepung kastad tu.. Kacau sebati baru panaskan atas api
Kali ni aku buat 4 adunan, so semua bahan kena kali 4, telur 8 bijik, susu 4 tin, camtu lah, korang kalilah sendiri..
aku guna esen vanilla yang ni
susu apa² pon boley, aku pakai campor F&N dan Marigold
Dah kacau sebati baru masak atas dapor, kalau nak cepat boleh kuatkan api cuma kena sentiasa kacau... supaya adunan tak bergentel
dah menggelegak baru aku teringat nak masukkan susu pekat sikit, sebab mcm tak lemak, ye lah kita kenalah menternak lelemak sama² kan, hahahhah
Akhir sekali dah menggelegak baru masukkan bancuhan tepung kastard tu, kacau lagi sampai dia agak pekat.
Disebabkan nak buat banyak & nak kuah banyak so aku tambah air banyak, sebab susu ni mcm pekat, tah bape cawan air aku tambah..
Bila dah agak pekat, tutup le api, ketepikan bagi sejuk sket...
Cara² - Buat Karamel Pisang
Pisang berangan tadi yang abang beli dengan penuh kasih sayang ini, dibelah dua, kalau taknak belah pon boleh, tapi tak dapat banyak la...
Then kita nak karamelize kan dia, *ayat budget sgt*, panaskan butter dalam pan, kalau ada pemanggang ajaib G2 senang, leh guna, kalau takde meh beli kat sini --- Pemanggang Ajaib Murah
Goreng pisang sampai dia hitam² sket, tapi aku tak sabo, aku tros angkat, ngantok dah wei, masak mlm tadi lewat, kul 11 lebih dah, kasik askar² ngorok dulu.
Dah habis goreng pisang, so masa mendeco, hehehhe, susun pisang dalam bekas... jarak² sket...
masukkan sos kastad tadi, sampai pisang tenggelam, pastu letak lagi selapis pisang susun arah lain pulak, tuang lagi sos kastad, kira dua lapis cukup la, takyah nak banyak² sangat
tunggu keras sket kalau taknak coklat rice korang tenggelam mcm ni, hahaha tak menyabo aku pon....
hasilnye 4 adunan tadi, dapat la 4 bekas, kita agih² bagi rasa sorang sikit kan...
ni coklat rice yang aku guna...
Dan hari ni hasilnyeee...
aku paksa dorang puji, kahkahkahkahkah..ok tq sayang adik manis Puan Fazi, nah ambik resepi...esok buat ye
*** Psssstttt .. Anda Berniaga Online ???? Nak Tau tak rahsia membuatkan jualan anda meletop² di Instagram, meh KLIK SINI
wow........sodp tuuuuuuu....habislah dietttt niiiii..hihi
ReplyDeleteNampak sedap tu..
ReplyDeleteserius sedap, cubalah
DeleteAssalamualaikum kak, terliur sheila hahahha nyummsss
ReplyDelete