Lama rasanya family aku tak dapat berlibur bersama, punya lah payah nak mengumpul sorang² punya freetime.. Biasalah bila masing² dah berumahtangga ni kan, komitmen masing² dah tak sama, kadang elok2 dah plan sekali sorang tak dapat ikut, sorang gi outstation lah, yang tu tgh berpantang lah, hahahhaha macam²..
Plan nak berlibur di Gold Coast Resort, Morib ni dari tahun 2013 lagi, eekekekekee... Itu pon sebab beli offer di Dealmates.com sana. Beli 3 bilik je, aku, abang second & sebilik lagi utk makpak.. yang lain² not sure so tak beli time tu... Harga sebilik time ni RM198, skang banyak yg dah offer lagi murah.
Sebelum pergi ni aku baca semua review pasal Gold Coast, kebanyakan nya bad review sebab macam² mende jadik.. bilik penuh la, check in kena tunggu berejam la, bilik jauh kena berjalan, bilik tak sempat kemas, air panas takde, kettle takde, air-cond rosak, bau busuk malam², breakfast hall penuh, banyakkkkk sangat, tapi aku tawakkal jelah, harap² tak kena kat kami nanti, lagipon ada jugak review yang ok, seronok, puas hati, so aku anggap je rezeki aku pergi nnti ok...
Mula nya rancang nak pergi dalam bulan 6 kalau tak silap, cuti sekolah, tapi disebabkan time tu aku pulak yg banyak komitmen lain, so terpaksa tangguh lagi sampai akak ipar aku pulak habis pantang bulan 12 nanti...
Sudahnya hujung² kupon ni nak expired baru berkesempatan pergi bersama, heheheh, sib baik tak penuh sebab aku booking 3minggu sebelum, itu pon banyak kali balas email sebab nya aku mintak 3 bilik dia confirm 1 bilik je, alahaiiii payah no rasanya..
At Last sampai lah tarikh nya, 16hb Disember 2014, minggu selepas abang aku kahwin, so time ni bapak aku still bercuti alang² tu yg booking time ni.
pagi² gerak sama dri pulapol dua keta je, lalu jalan mana aku tak sure sebab abang aku yang bawak, muehehe, tau² dah sampai je..
Me & my father turun gi check in (anak bapak kan*), alhamdulillah tak ramai pon, pergi² kaunter kosong, yang besttttt nyeee..seingat aku masa aku beli kupon ni, aku beli yang dinner je, theme park & breakfast not include, tapi bila check in & dah bayar surcharge Rm50 sebilik dia bagi semua katanya include, waoo weeee berbaloi²...
Dapat suites jacuzzi + dinner + breakfast & themepark dua dewasa, so total 3 bilik ada 6 tiket water themepark nnti..
Terus laju² punggah beg, siap bawak toto & bantal lagi.. *anak seploh kan*
Tapi memang pon bilik dia jauh, dari receptionist tu ke sana berminit² gak la.. takpe nak syok nye pasal.. ada tiga kunci, aku pon tak tau mana bilik yang mengadap theme park, mana ngadap hutan, mana bilik katil single mana double, so main hulur² je lah antara kami 3 bilik... Bilik kami di tingkat 4, aku & mak sebelah menyebelah, abang pulak bilik depan
Masuk² bilik yeayyyyy bilik ngadap theme park, katil pon queen, boleh berasmara dana :p
Tapi sian la abang & kak ipar aku dapat bilik ngadap parking keta rasanya, tak teringat pulak masa nak check in tu..
Bilik pon besar, memang tepat la aku bawak toto, so anak² tido diam² kat bawah ye, kasik can makpak ye..
Kiddos are really excited, memasing memang tak menyabo nak turun terjun je..tapi kutahankan sebab nak melepak melepas penat dalam bilik dulu.
Yang buat teringin nak kesini sebab jacuzzi dalam bilik ni, konon nak bermanja berendam kasih sayang dengan abam ajim la nanti..
Alhamdulillah bilik dalam keadaan ok, air-cond ok, kettle ada, kipas pon berfungsi, TV, air panas semua ok, cuma bilik mak aku je telefon rosak, rupanya cable longgar je, yg lain² goes well..
Disebabkan anak² dah tak menahan nak main air, so aku rendamkan dalam tub je dulu, sementara aku & azim terbongkang menikmati keenakan tilam otel :p *ok aku tipu, takkan dapatnye nak tido, mcm la si affan tu benarkan, kang kejap dah manjat nak ngempeng, memang tak bagi can langsong..
dalam 4 lebih konon nak turun la mandi, sampai bawah dorang tutup dan² sekali hujan daaaaaaaaaaaa.... frust kiddos sebab dah bersiap² nak mandi... naik la balik berharap hujan reda cepat..
Aktiviti sementara hujan reda adalah makan bekalan yang dibawak, roti sapu peanut butter, sebungkus roti tu habis kat dorang je, lapar sangat le tu..
Sementara hujan teduh, memang berlari je lah budak² hilangkan bosan, elok pulak dapat bilik hujung, ada celah koridor sikit..situ lah tempat bermainnya..
Ngam² dalam 5lebih nak ke pukul 6pm hujan reda & dorang bukak balik themepark, terus kami gegas turun mandi, disebabkan makpak aku taknak masok, so ticket dorang bagi kat akak aku satu & aku ambik satu, maknanya ticket leisya je lah kena beli kat kaunter. Tambah RM20 ke Rm25 tah lupo.
Credit pict : SINI
*Affan & anak abang aku je free sebab below limit tinggi yang ditetapkan*
*Tiket ni valid selama mana kita menginap kat sini, maknanya kalau dah pakai jangan le bukak sampai lah ko dah taknak main air dah atau smpi ko dah nak checkout*
*etika berpakaian semasa mandi tu, tapi aku tengok ramai je yang tak follow, aku pon pakai je spek masa ni, mueheheh*
main sekejap je sbb nak naik mandi siap² untuk dinner pulak. Kang lambat penuh pulak hall tu.. Kul 8pm kitorang turun, belum ramai lagi, makanan pon panas ..
* i love u makpak yang cantik jelita hensem kacak bergaya *
Dalam kul 9 lebih, perut dah kenyang, affan pon dah start ngamok, time tido & ngempeng dia, so naik bilik je tidak lah bersiar² di tepi pantai sana, aku pon tak tau arah mana pantai, muehehe... Tapi makpak aku sempat la berjalan² meninjau sekeliling.. Azim pon dah tak koser, ngantok katanya, elehh signal² nak bermadu kasih le tu :p
Malam tu semua tido awal, anak² pon penat main petang tadi, kul 12 semua dah kebabom, ngorok..
Besok bangun pagi, siap anak² & turun breakfast, mak pak aku dah turun dulu, dah ramai katanya, kul 7.30pg..
Time breakfast ni kena bayar tambahan untuk aqeef & aleisya, berapa ringgit dah tak ingat, masa dinner malam tadi korang tak jaga pulak pintu tu.. bagi je la free, ekekekekek.. Makanan dia sedap lah so far, macam² ada.. budak2 pon dah lapar, so lahap je tak tunggu dah, pancake dia sedap, lembut, feveret aqeef & aleisya ..
*wrist band pon still tak bukak*
Lepas breakfast, aku memang dah malas nak mandi dah, so azim & anak² je pergi, aku, mak & affan pusing² sekeliling.
Konon nak jalan sampai kawasan beratap sana tapi tetiba hujan renyai² mai pulak, sebelum dia lebat pusing lah balik ke hotel, frust mak i, dia nak berposing sakan area situ, sorry le mak, next time ada rezeki kita jalan lagi.. :)
Naik atas, aku pon berkemas le, nak check out sat lagi, azim, abang aku, aqeef & nayli je lah yang sambong mandi, lagi 3 budak kena kuarantin.
Mak² & nenek lepak atas sambil gosip.. my bapak sambong rest kat bilik..
*skodeng boifren masing² dari tingkat 4*
*lagi 3 budak dok main pusing² air tu*
* Affan Fiqhry & Little Cousin Qaid Zafran Dhamin*
Kul 12 Checkout, berjalan² tengok Avani, Makan² & balik KL, kembali menjalan kan rutin biasa.. Tah bila nak dapat kumpul ramai² macam dulu, masa ke Permaisuri Resort, best... satu family aku ada..
Assalamualaikum kak jie, ahhh bestnya. sheila pun dah lama aim nak pergi Gold Coast. hahaha asyiklah tak jadi jeeee.. bestnya budak2 main air ~~~
ReplyDeleteNampak menarik. Tunggu anak2 besar sikit baru best.
ReplyDelete