20 August 2013

Affan Genap 6 bulan, mama dapat diploma in breastfeeding

Alhamdulillah...syukurrrr sangat² pada Allah S.W.T atas kurniaan rezeki yang tak ternilai ini...




Hari ni 20/08/13, Affan dah genap 6 bulan...selama 6 bulan ini lah mama dapat susukan affan sepenuhnya dengan susu mama, walau masa awal² dlu ada la jugak bancuh FM bagi kat dia, tapi direject, mungkin kerana mama mmg dah janji nk susukan affan sejak dalam perut lagi...So dengan semangat yg cekal, walau perit, pedih, sakit, nangessssssssss je sepanjang menyusukan affan, tapi mama kuatkan semangat jugak demi affan... & hasilnya hari ni mama dah berjaya peroleh Diploma in breastfeeding...

Istilah² yg biasa dalam breastfeeding.

Diploma - berjaya eksklusif BF selama 6 bulan pertama
Ijazah - berjaya Fully BF(susu ibu semata-mata tanpa susu formula) selama setahun
Master- berjaya fully BF selama 18 bulan.
PhD- berjaya fully BF selama 2 tahun.


kalau mak aku baca ni, dia tak heran pon, alahhhhhh mak dulu susukan korang semua 6,7 beradik ni takde nak hebOh² pn, diploma lah , phD lah, ahhahahahahhaha....sentap mak

takpe ni pembakar semangat utk aku...

ada kisah disebalik kejayaan aku ni, kalau dulu aqeef & aleisya dalam pantang lagi aku dah campor FM, memang tak menyusukan pon, so dengan affan ni apa yg buat aku berjaya??? nanti² lah cite, hehehehhe...nak balik dah pon, aqeef dah 10x telefon bila mama nak balik....

sebelum tu, affan punye progress...dia tak meniarap pon, tapi tros je duduk, cayalah




 



16 August 2013

My Pagi Raya

Hari niii..jap tgk kalendar...ha dah 9 Syawal kita berhari raya...maknanya ini cerita 9 hari yg lalu, kikikikikiki.....

tahun ni adalah beraya di rumah mertua di pasir puteh, kelantan...sehari sebelum raya tu dah sampai sana kul 11am camtu, so aktiviti bila dah sampai tu adalah punggah barang dari kereta masuk bilik, kemas apa yg patut, siap kan anak semua & tido, ahhahahahahahah....

takyah pikir nak masak² sebab aku dah masak siap² kat rumah sebelum balik sana, frozenkan so nanti pagi raya panaskan ajo, gila nak masak semua kat rumah mertua, heiii mau jadik superwomen aku nanti sambil tumbuk kacang sambil ngendong si affan...tak sempat babe...

bangun pagi raya tu siap mandi semua, tggu hasben & mertua balik solat, aku mmg tak pernah dapat pgi sembahyang raya sejak kawen ni, sebab kna mnunggu dengan anak2 di rumah, mcm selalu, bersalaman & bermaafan dengan hasben & mertua, pastu acara makan, lps makan pulak adalah acara  ko pandang aku, aku pandang ko, kikikikikiki....bukan apa, azim ni bukan kaki beraya & berjalan, yg dia tau kalau dah balik rumah ibu dia, dia akan spent time sepenuh masa kat rumah...makna kata, balik kampong sebab nak bawak balik cucu² yg  kemain gedik dengan nenek kelate dorang...*gelaran aqeef utk nenek sebab dia ada tiga nenek, so senang dia nak beza²....*

hari raya pertama mmg kami tak akan keluar rumah la, kalau keluar pon sebab nak pegi beraya rumah makcik dia, lps tu balik kedebum tido secara berjemaah dgn anak²...kikikiki

takde lah, yg sebenarnya tak tahan nak hadap jem di kelate kalau hari raya tu...azim jenis cepat pening kepala kalau drive panas² ni, mata dia cepat silau walau pakai sunglasses pon tetap akan naik pening kepala dia, so sebelum dia bertukar jdik tarzan baik aku hindarkan dari hadap mende² camtu... kan mencegah lebih baik...

sebagai isteri yg taat setia & solehah *puuiiiii* aku pon menurut perintah je lah, dah spesis hasben camtu kan, takkan nak paksa² dia pulak ikut kehendak kita kan, selagi benda tu tak memudaratkan... :)

pasrah je lah duduk rumah pon....lagi pula aku ni kan pure orang key elll...*pewiittt* mna nak jumpa reban ayam, taik hayam, itik, angsa, semua, jadinya kalau aku pn dh jarang nak dapat jumpa apatah lagi anak² mak yg mmg lah pure panas dari oven tu dok kl manjang...bila balik rumah mertua, mmg aku bior je dorang teroka sendiri dunia di desa, cewahhhh, main ayam, kejar ayam, bagi makan ayam, biar dorang rasa..tak yah nak penggeli sangat, biar dorang dekat dengan alam semulajadi, gituuu....kata org masuk kandang kambing ikut la mengembek...

so gambar di pagi raya adalah tak banyak mana pon, ye lah sapa yg nk tolong ambik ye dok...



tema mak anak beranak tahun ni adalah pink belacan, kes tak dapat nak carik warna royal blue yg baju peplum leisya tu...*frusstttt* lagi frust bila takde gambar raya satu family...ni pon abang aqeef yang tolong snap, sib baik pandai & ngam, yg penting mak harus nampak kurus dalam pict, kalau yg lain2 gambo tak cantik xpe. kahkahkah


*ambik sendiri* :)

this is my emak mertua, cuba korang focus tang mak & anak tu je, sama kan muka dorang, kikikikiki, seketul muka azim & ibu dia, heheheh, tudung mak mertua i pakai adalah i yg belikan, sib baik dia suka, tros sarung pagi raya, ehhehehehe



 
 agak² kebosanan, snap pict sendiri, utk tidak menampakkan syok sendiri, masuk sekali affan



dalam kul 11 camtu, hei takleh jadik ni, xde gambo 1 family lagi, so aku pon ajak hasben pi snap pict di studio, kebiasaan dulu² mak mentua aku, asal raya je mesti snap pict kat studio, time² anak² blm kawen beranak pinak la, kalau skang ni nk dapat gambar semua adik bradik dia dh payah, ye lah bila masing2 dh berumahtangga ni, tahun ni raya sini tahun depan ngan mertua plk, so dah tak ngam masa dgn adek badek lain...


tengok, dalam keta pon boley gadoh lagi merebut kasih sayang nenek, berebut nak dok kat pangku nenek...



last² abang aqeef merajuk, aqeef kan luar keras tapi hati dia mudah terguris, kikikikiki




 ha ambik seketul pict ala² mcm gaya 60 an kan, kikikikiki bergambar kat studio dengan latar belakang cmtu....

 
hei macam2 ragam masa nak bergambar ni, dengan aqeef buat hal, dengan leisya pon sama naik buat perangai, dengan lupa nak tukar kasut aqeef, ok, pasrahhh je...


setel bergambar di studio, singgah rumah makcik azim, lps tu balik rumah balik, bergolek² bersama anak²...



lepas tu bogelkan affan tukar baju, supaya dia tak mengamok kepenasan..








itu je cite pagi raya saya yg sempoiiii, sekian selamat hari raya dari kami sekeluarga, mohon ampun maaf jika ada salah silap ...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati