21 November 2010

Kerana mulut badan binasa

selalu kan dengar peribahasa ni, Kerana Mulut Badan Binasa, ye la, kita ni kalau bercakap tak pernah nak terfikir, kadang2 ikut sedap mulut je...tak ke nak pandang kiri kanan dulu, tengok sekeliling, siapa sebelah kita, karang kalau dah terkeluar kata - kata tu kan susah nak tarik balik...bukan macam perahu kalau terlajak boleh di undur, tapi kata - kata....

Ini adalah satu kisah benar di kawasan perumahan saya ni, sepasang suami isteri keluar berlewat malam berdating di Uptown, Danau Kota...Balik rumah dah 2, 3 pagi...Sampai di rumah elok si isteri mahu masuk ke bilik, si suami start dah dengar si isteri merepek - repek meracau tak tentu hala....Si suami mula la kebimbangan, hendak ditenangkan, - eh ko gila orang dah kena rasuk mau dipegang - pegang, dipujuk bagai...huhuuhu..

Tanpa berlengah si suami call rakan - rakan bertugas pagi itu untuk minta bantuan, kebetulan husband saya juga sedang bertugas pada pukul 3 pagi tersebut...Lantas husband saya call seorang sarjan yang juga pandai dalam bab - bab ilmu agama memulihkan orang kena rasuk (InsyaAllah jika hanya diizinkan Allah akan sembuh)...

Seketika berlakulah adegan soal menyOal antara si isteri dan sarjan tersebut....Dipendekkan cerita, keadaan sudah kembali tenang, si isteri pun tertidur kepenatan setelah sarjan tersebut berjaya memulihkan semangat nya...(Alhamdulillah)...

Pagi tersebut husband saya bukak cerita, rupanya masa mereka balik dari Up Town tu, elok la lalu depan sebuah tempat suci bagi agama Sikh / Banggali iaitu Gudwara - "the hOuse of the guru" (bagi amalan agama mereka la)...Ketika itu si isteri ada menyebut..." eee menyampah tengok Gudwara ni, semak je, siap renOvate nak kasik besar" (lebih kurang mcm tu lah ayatnye...)



(Inilah Gudwara tersebut view dari belakang rumah saya)


Jadi itulah penyebabnya....

Islam melarang kita mencaci & mempersenda agama lain...Hormati sesama manusia, itu hak masing - masing....Tempat - tempat macam ni ada penghuni ghaib nye....kita memang tak nampak, jadi beringat lah, sebelum apa - apa yang tak diingini berlaku...biar kan je lahhhh....


Dan ketika ini, sedang berlangsung majlis perasmian Dewan Makan yang baru siap dibina di Gudwara tersebut...kemain meriah mereka bergendang....aku sekadar tengok dari beranda belakang rumah ni je la....





19 November 2010

Oh Yeah! Suami Anda Kaki Lepak Kedai Mamak???

Si isteri penat memasak kan, tapi suami tak balik makan, rela melepak di kedai mamak sampai tengah malam, pastu balik rumah tido tros, lauk di masak sikit tak dijamah, apatah lagi menjamah isteri..Ooopppss...


Kemudian si isteri berfikir untuk berubah, Si isteri di rumah berhias wangi, cantik jelita tapi si suami tetap nak melepak di kedai mamak...

Si isteri tertanya - tanya apa yang spesial nye kedai mamak ni, sampai si suami tak sudah - sudah hendak menghabiskan riwayat di kedai mamak yang kalau bau nye sedap takpe jugak...ini macam yarrkkksss loya tekak sampai seminggu tak lalu makan bila pi dekat2...


PENYELESAIANNYA

Kami di Smart Store telah mengkaji masalah & punca ini...Perkenalkan produk yang dapat membuatkan suami suami anda tidak lagi melekat 24 jam di kedai - kedai mamak mahupon di kedai - kedai tomyam lagi...


Ini dia, penyembur / penyegar udara yang mempunyai haruman kedai mamak & kedai tomyam


** haruman kedai mamak - mengandungi campuran bunga cengkih, kayu manis, rempah kari & beberapa titis peluh mamak (coiiii)


** haruman kedai tomyam - mengandungi campuran kiub tomyam, daun limau purut & sup ekor


Cara Penggunaan,

hanya semburkan di sekitar rumah, ruang makan & ruang tamu, untuk kesan yang lebih dramatik semburkan sedikit di baju anda..Lebih afdal semburkan time suami anda sedang bersiap2 untuk keluar menghabiskan masa di kedai mamak lagi...

InsyaAllah selepas terbau haruman dari semburan ini, suami anda tidak lagi menjejakkan kaki nya di kedai2 mamak & kedai tomyam kerana feel mamak sudah berada di rumah sendiri...



*************************************************



p/s : hahahahahahha gila lawak...mengong betol...cerita ni ialah program terbaru di astro warna, tajuk dia Oh Yeah! ditayangkan setiap hari jumaat pukul 10 malam...malam tadi aku saje layan hilangkan boring...sekali gila lawak cerita dia...sampai anak aku pon pelik tengok mama dia tak berenti renti gelak.... korang nak layan ke, search je Youtube ada je yang dah upload..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati