19 November 2010

Oh Yeah! Suami Anda Kaki Lepak Kedai Mamak???

Si isteri penat memasak kan, tapi suami tak balik makan, rela melepak di kedai mamak sampai tengah malam, pastu balik rumah tido tros, lauk di masak sikit tak dijamah, apatah lagi menjamah isteri..Ooopppss...


Kemudian si isteri berfikir untuk berubah, Si isteri di rumah berhias wangi, cantik jelita tapi si suami tetap nak melepak di kedai mamak...

Si isteri tertanya - tanya apa yang spesial nye kedai mamak ni, sampai si suami tak sudah - sudah hendak menghabiskan riwayat di kedai mamak yang kalau bau nye sedap takpe jugak...ini macam yarrkkksss loya tekak sampai seminggu tak lalu makan bila pi dekat2...


PENYELESAIANNYA

Kami di Smart Store telah mengkaji masalah & punca ini...Perkenalkan produk yang dapat membuatkan suami suami anda tidak lagi melekat 24 jam di kedai - kedai mamak mahupon di kedai - kedai tomyam lagi...


Ini dia, penyembur / penyegar udara yang mempunyai haruman kedai mamak & kedai tomyam


** haruman kedai mamak - mengandungi campuran bunga cengkih, kayu manis, rempah kari & beberapa titis peluh mamak (coiiii)


** haruman kedai tomyam - mengandungi campuran kiub tomyam, daun limau purut & sup ekor


Cara Penggunaan,

hanya semburkan di sekitar rumah, ruang makan & ruang tamu, untuk kesan yang lebih dramatik semburkan sedikit di baju anda..Lebih afdal semburkan time suami anda sedang bersiap2 untuk keluar menghabiskan masa di kedai mamak lagi...

InsyaAllah selepas terbau haruman dari semburan ini, suami anda tidak lagi menjejakkan kaki nya di kedai2 mamak & kedai tomyam kerana feel mamak sudah berada di rumah sendiri...



*************************************************



p/s : hahahahahahha gila lawak...mengong betol...cerita ni ialah program terbaru di astro warna, tajuk dia Oh Yeah! ditayangkan setiap hari jumaat pukul 10 malam...malam tadi aku saje layan hilangkan boring...sekali gila lawak cerita dia...sampai anak aku pon pelik tengok mama dia tak berenti renti gelak.... korang nak layan ke, search je Youtube ada je yang dah upload..



3 comments:

  1. haha...siap ade haruman tu...canggih...canggih...haha

    ReplyDelete
  2. haruman ape tu...yela, cik suami memang dah berubah klau lepas kawin...sblum kawin janji macam macam..

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati