28 September 2011

TIPS : Melulur Badan

wahhh...lamanya tak menulis, cam rindu tetiba hari ni...semangat menulis datang membuak²..huhuhuhu pekabo semua...hari ni sebenarnya tak tau nk share apa...cuma just nak review produk di mushonline shOppe...


kita cerita pasal melulur badan jap ye...

Korang yg tak tau, ni nk habaq, tau tak melulur badan adalah satu rawatan untuk menanggalkan sel2 kulit mati yg susah utk ditanggalkan. Melulur badan ni dapat membersih dan menggalakkan pertumbuhan sel2 kulit yg baru dan cantik. So kalau diamalkan kulit korang akan sentiasa cantik.

Lulur ni biasanya dilakukan seminggu sekali, ada gak yg dua mggu sekali, ikut tahap keperitan kulit tu la, agak² kasar & untuk permulaan, better buat dua kali seminggu utk kesan cepat & lagi cepat dapat result kulit halus kan kan kan...

Biasanya bahan2 yg digunakan utk melulur badan adalah terdiri dari herba2 yg dipilih kemudian dihalus kan jadi serbuk atau krim.


APA KEBAIKAN & KELEBIHAN MELULUR BADAN

Paling Utama haruslah dapat Menghaluskan kulit
Keduanya, boleh putih dan gebukan kulit
Pastu konfem lah dapat tanggalkan sel2 kulit mati
Selain tu yg pastinya akan dapat hilang & pudarkan parut
last sekali bagus untuk melancarkan perjalanan darah

Cara-cara untuk membuat lulur badan secara tradisional :-

Mula2 korang perlu embunkan beras dalam sedikit air dan daun pandan. Pastikan tiada seekor pun kutu² dalam beras tu. Lepas itu korang kena kisar beras tu bersama bahan2 kat bawah ni ikut kehendak sendiri, klu korg rasa seswai & selesa :-
  • Beras + Halia = bagus utk buang angin (konfem akan ada acara fart²...heheheh
  • Beras + Kunyit = ha bagus utk hilangkan Panau
  • Beras + Kulit Limau Sunkist = Liang2 roma terbuka
  • Beras + Lidah buaya = Masalah kulit & lembutkan kulit

Tapi kalau korang ada penyakit kulit, penyakit kencing manis yg sudah luka & penyakit kayap serta dalam keadaan badan yg tidak sihat, korang tidak boleh melulur badan, jgn tanya kenapa tpi klu nk tau cuba je lah..hehehehhe (tanggung sendiri je nanti) ;p


zaman moden sekarang ni, kita kan sibuk, nak mandi pon curik² masa kan..apatah lagi nk sediakan bahan² ni semua kan....Kalau susah² kita beli je, pilih je apa lulur yg nak kan...atau kalau yg mampu & suka di belai² tu leh la gi spa, tapi biasanya time spesel je lah kan, pakwe belanja ke, dapat voucher ke, atau kumpul duit sebulan ikat perut baru dapat rasa kan gi spa² ni, lagi lagi student, lalu je lah kan depan spa tu, nk masuk pon pikir dua tiga kali kan....tapi tak semua lah..ada juga yg mampu & tahap retisss boleh lah jadikan rutin kan pi spa² ni....


So...sebagai alternatifnya, kita pi beli je lulur/scrub yg mcm spa² pakai, kita buat sendiri je kat rumah, jimat pon jimat, hasil sama je, cuma yg berbeza korg kena buat sendiri itu je....

bukan susah mana pon kan,

pertama : beli lulur
kedua : hantar anak² rumah kakak/mak ( bg yg ada anak lah) ini supaya privasi kita tak di ganggu, ye lah karang baru nk bancuh scrub anak dh rengek, camno kan..hehehehhe
ketiga : bakar lilin aromaterapi
keempat : pasang je lagu² spa bali (bg yg suka suasana bali lah)
kelima : berlulur lah korang sampai kering..heheheheh
keenam : siap mandi berlulur semua, sapu badan dengan 'massage oil'


jap²...berbalik kepada cara pertama.. beli lulur... kat sini mush just nk share je, kalau nk lulur yg HOME MADE atau buatan tradisional tapi kualiti, rupa, bau bentuk sejibik kualiti spa, ahkak batang penyapu nk recommend lulur² di mushonline shoppe (kedai ahkak la)


** Lulur Rempah **

** Lulur Kopi **

** Lulur Kacang Hijau **

Setiap lulur berbeza fungsi ikut bahan² nya...

boleh lah belek² produk lain, sabun abang sayang (world product's ) - Highly Recommended wink winkkk

** Sabun Deviana ----- >> untuk haluskan kulit muka, kurangkan jerawat, kulit kusam, jeragat juga untuk hilangkan hitam2 di celah2, yg best dapat hilangkan bau badan..

** Set Resdung ----- >> bagi penghidap resdung, boleh cuba

** Teh Herba Mahkota Dewa ---->>> Penyakit kencing manis, darah tinggi bagus minum teh ni...

** Herbs Spa Soap ---- >> selain lulur badan dua minggu sekali, spa soap ni buat pakai hari², nnti kulit kita dengan cepatnya akan wal lahhh weiii gebus & mulusnyaa...


** Garam Spa Kaki ---- >> ini antara produk yg mush suka, klu balik kerja penat, kaki lenguh², rendam kaki dengan air suam + garam spa ni, nyaman jeee, hilang penat









*P/S : TIPS >> jangan melulur dengan badan yg kering... kenapa??? meh baca sini.. (---->>> SINI)



*P/S/S : Rajin² lah LIKE page Spa*D*Rumah ye...tq

LIKE LIKE LIKE ------ >>>> Spa*D*Rumah

18 August 2011

Peraturan Seorang Bapak Untuk Boipren Anak Dara dia

Cerita ni, dh ramai yg share kot kan, tapi kalau akulah, aku rasa aku yg akan buat peraturan ni, bukan hasben, heheheheheh...so kepada sesiapa yg rasa nak mengOrat anak dara aku bila dia besar sok, sila bersedia memantapkan zahir & batin anda dari kelaseran mulut mak mentua mcm aku...hahahhahaha



Kepada Boyfriend anak aku,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal.

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni. (hahahah, yg ni aku confirm akan terjadi kat anak dara aku sbb aku pn camni tak pernah siap cepat)

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian. Yg ditakuti, Bapak Kepada Gf ko




p/s : takleh beenti gelak bila baca post ni, adoyaiiii, camne lah aku sok sok kan...heheheh lagi teruk kot....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati