27 February 2011

tiga hari tiga rupa

wuuhhhhh dah setel dah kemas semua, ni malam last kat Jaya33, so minggu depan ada lagi sekali, then bergerak la road show tempat lain pulak, tadi ada customer datang, repeat customer, student UiTM, so dia cadang kat kitorg buat roadshow kat Kolej Mawar, ada sape student UiTM tak, bagi info sat pasal tapak kat koleh Mawar tuh...

ehhh lari plk topik, saje nak poyo2 kat sini, 3 hari berjualan kat situ, 3 gaya & warna shawls yang berlainan aku pakai, saje je nak berjinak2 dengan shawl pulak kan...


hari pertama pakai merah (eye bag mmg tk dpt sorok)huhuu
2nd day, ikut tema Kosmo Spa, kecoklatan sedikit



hari ni kebiruan, & terpaksa pakai spek, sebab mata dah sangat sakit berhari2 pakai contact lens, maybe sebab lens colour so, mata ku dah tak tahan, harus pakai spek je, sayangi mata anda...hehhehe



**tu spek baru, terpaksa buat, sbb spek lama dah rosak, multicoat dia dah kuar...melayang lagi duit i...huhuhuh

murah rezeki dok sini



selama 3 hari berjualan di Jaya33 ni, Wifi Coffee Bean dapat free2 je, cake pun dapat free...huhuhhu

alkisahnya seorang mamat pekerja coffee bean datang tengok produk, lepas tengok2 dia ambik body splash & body cream, so esoknya dia mai lagi tegur lebih kurang. Elok pulak aku dok online pastu pakai phone buat modem, alangkah siputnya, bila dia datang tu kecek2 kat dia nak password coffee bean, so dia cakap mana boleh bagitau tapi dia yg enterkan password tuh...

huhuhh....so beronline free lah sepanjang aku kat Jaya33 nih, hari nih pulak, huiii murah rezeki lagi, dia mai bagi kek plk, sedap gilesss.....perasa nangka, tapi dia cakap perasa mangga, tah sapa yg betul tah...tapi apa2 pun kepada mamat pekerja coffee bean ini, thanx a lot.....uhuhuh, minggu depan saya ada lagi kat sini, mai lah bgi kek tiramisu ka, free drink pulak ka kan....baru care....


selera masing - masing kan



ha...cute kan, wajah lama diberi suntikan baru....

26 February 2011

berjualan di Jaya33

sapa2 yang area Petaling Jaya especially area seksyen 13, moh le beramai2 ke booth Mushonline shoppe di Jaya33, Seksyen 13, PJ..dekat je ngan FINAS, Malaysia...

macam2 produk ada, produk lulur, produk resdung, produk garam rendam kaki, teh herba mahkota dewa juga baik utk darah tinggi, kencing manis, gout, sakit tumit bila berjalan & mcm2 lagi. Yang penting semua produk buatan malaysia & no chemical contains k....semua asli je...




nak tau lebih lanjut booth ni boleh tengok maps kat sini [Mushonlineshoppe - Jaya33]


ada produk2 baru tapi tak sempat update kat blog :-

Body Scrub, Body Butter, Body cream & Body Mist, yang ni best sebab barang2 ini dihasilkan dari kilang yang sama dengan BodyShoppe tapi of coz la harga mushonline shoppe jauh lebih murah kan



semua di atas hanya RM18.90 setiap satu, cuma body butter je RM25.90

lebih lanjut jom lah ke Mushonlineshoppe, atau boleh add facebook : Mushonlineshoppe


Mushonlineshoppe berada di Jaya33 dari 25 - 27 februari 2011....moh moh...


24 February 2011

Ribena ada 0.1% arak


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

- Agensi



p/s : kalau betul???? aku selalu belikan anak aku ribena mobile, dia cukup suka benar....camno ni yob??


Beg Sekolah Yang Mengelirukan Budak


huhuhuhhu.....


**gambar dari ohbest!!

23 February 2011

Kisah Suami Tiba-Tiba Bertukar Jadi Isteri

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Ton isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam…..

Mat berdoa: “Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah”

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur… dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps… belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur… tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu… Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata, “Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali…”

WHAT? 9 bulan 10 hari?
BERANAK?…. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!

(JENG JENG JENG…..)

“Bang, bang….. Abangggg….. apasal niii……??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, “Ton, Ton yang jadi suami atau abang yang jadi suami?”

“Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni? Kan Ton nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami…. Apalah punya lawak pagi-pagi buta ni….”

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah… Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh…. Ton terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…..

———-

MORAL:

Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai… so korang suami-suami di luar sane mahupun di dalam sini… hargai la isteri korang….



**Baru ko tau kan Mat, padan muka, hahahhahah




Cara Memaniskan limau yang masam

Limau kalau masam2 manis, masih enak dimakan. Tapi kalau dah masam meludat sehingga berkerut kening menahan kemasaman, boleh tahan ker?

Semestinya kalau boleh kita nak makan hanya limau yang manis2 saja. Tapi dengan tengok kulit saja, bukan senang nak pastikan limau tu manis ke masam.

Tahukah anda apakah yang menyebabkan limau itu masam? Yaaa…limau masam adalah disebabkan acid berlebihan yang terkandung di dalam limau.

Tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk mengurangkan keasidan limau, dan seterusnya mengurangkan kemasaman sesebiji limau itu.

Biar betul ko…ada ker cara nak memaniskan limau yang masam??

Ada…bak kata orang tua2…setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Limau yang masam juga, ada cara nak memaniskannya.

Bagaimana caranya? Ajarlah saya…

Baik, begini caranya.

1- Ambil air suam(kira2 40 darjah) dan letakkan dalam besen/bekas air
2- Ambil limau yang masam, masukkan dalam air suam tersebut
3- Biarkan sehingga 10 minit
4- Lepas 10 minit, keluarkan limau dari air suam.
5- Letak limau dalam peti ais kira-kira 1 jam untuk menyejukkannya.

Apabila limau dah cukup sejuk,cubalah makan. Pastinya limau tersebut akan jadi manis atau setidak-tidaknya ia tidak semasam sebelum direndam,

Perhatian

* suhu air jangan terlampau panas. Seelok2nya dalam 40 darjah celcius.
* Jangan rendam limau terlalu lama, nanti limau jadi lemau dan lembik.
* Untuk lebih sedap, selepas rendam limau dalam air suam, masukkan ia ke dalam peti ais kira2 sejam. Kemudian baru makan.

Kesilapan Dalam Ibadat & Amalan Agama

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yang paling diminati dan dikagumi ialah Ustaz Dato’ Ismail Kamus. Tak pernah jemu rasanya mendengar ceramah beliau.


Ustaz Dato Ismail Kamus


Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama. Point2 ini dipetik daripada ceramah2 beliau.


1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung??

Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Itu yang lebih aula (utama). Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.





6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin”. (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

9. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.

Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa.

Renung-renungkanlah …

Artikel ini adalah hasil kiriman Saudara Amin Fadzlan (hulk_19822000@yahoo.com).

22 February 2011

Mush Review : Hot & Roll, kesedapan kuasa dua

hurm, kali ni mush nak kongsi kesedapan & kelazatan makanan yang bernama panas & gulung ini...hahahha...sebenarnya namanya ialah Hot & Roll, sekarang ni kat mana² dah ada kiosk ini, sebelum ni selalu la kalau masuk Cold & Storage kat KLCC tu selalunya aku akan menjeling je orang² yang beli mendalah yg sedap ni, tapi sbb keinginan nak menyinggah tu malu, so pendamkan je hasrat. Weekend lepas aku pi buat spek kat Wangsa Walk, (lenkali cerita), so time balik tu aqeef yang beria tarik tangan aku singgah kat kiosk Hot & Roll ni, dia cakap "mama aqeef lapar", pandai la ko ye...

so mau tak mau singgah la...mula mcm berkira² nak beli sbb semua pekerja yang memasak mendalah ni ialah bangsa asing iaitu Bangladesh, tapi bila tgk kebersihan & semua customer yang berator adalah orang melayu islam kita, so aku pun tawakal je lah.


Menu dia ada macam², kalau korang suka yang crispy, ambik lah yang crispy, kalau suka pratha ada lah pilihan, disebabkan husband ku suka pisang aku ambik banana crispy chocolate, tengok gmbar mmg setap sangat.


& untuk aqeef + aku (kongsilah konon) pilih Crunchy Peanut


banyak lagi pilihan, pilih lah sendiri..



meh tengok cara² deme buat perasa pisang..





dah siap, masa untuk ngap...ngap...ngap.....sekali gigit...makkk haihhhh....melelehhh...



sedapppppnyaaaa........yang pisang agak kureng sket, sebab bila dah sejuk dia lembik, tapi peanut ni dia punya rangup sampai habis still rangup lagi...& yang penting mendalah ni sangat besar, makan sorang takkan habis, aqeef sampai dah taknak dah sebab banyak sangat.

harga pun murah, RM4.90 - RM5.90 kalau tak silap, tapi mmg puas hati, kalau nak sekali dengan air RM6.90 kot camtu lah....

sebab kan sedap, malam tadi aku soh husband runner untuk beli tapau, hahahahha...tapi kali ni beli chicken & cheese plk, bila sampai rumah, potong stim sebab dah lembik, tapi kalau panas² & rangup mesti tak tido malam terbayang huhuhuh...


kalau korang nak tau lokasi terdekat boleh tengok kat website dia ni ha....hot & roll

21 February 2011

Mush Tips Kecantikan : Merawat Kulit Muka Tidak Sekata

u all ada mengalami pigmentasi kulit? Sama ada berlakunya perubahan pada warna kulit muka, muka berjeragat ataupun timbulnya bintik-bintik hitam. jika ada, bolehlah u all try petua ni menggunakan khasiat lobak merah.



Cara-caranya;
1. ambil sebatang lobak merah.
2. Kisarkan lobak merah tersebut dengan menambah sedikit air.
3. Kemudian, tapis dan tuangkan jus lobak merah tadi ke dalam cawan dan minum
4. Apa yang anda perlukan ialah ekstrak lobak merah.
5. Seterusnya, ambil ekstrak lobak tadi dan sapukan pada kulit muka.
6. Biarkannya dalam 20 – 30 minit dan bilas dengan air bersih.

Amalkan langkah ini setiap hari bagi menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah anda.


**************

Senang & Mudah tak perlu keluarkan belanja yang mahal...bagus petua ni, sebab muka mush pon dah stat naik bintik² jeragat, malu nya belum umur 30 lagi ni....huhhuhu....more tips bolehlah terjah & berkenalan dengan hot mummy....


jom terjah blog hot mummy yg sentiasa hot...!!



**artikel ini di copy cat dari blog hot mummy...pinjam ye mummy...share²

20 February 2011

aqeef new hairstyle

dah berapa kali nenek dia sound potong la rambut aqeef ni, dah macam org sakit, rmbut panjang nampak kurus la, nampak serabai la, aku je yg malas bawak dia pi barber, so tengahri tadi, agak mata aku dah tak tahan nengok keserabaian rambut dia, so aku pn ajak babah bawak aqeef tarah rambut..huhuhuuh

punya bengang muka aqeef, sikit tak bergerak, ni 2nd time aqeef gunting rambut kat kedai, 1st dulu, masa dia 1 thn kot, punya la dia meraung sbb takut, so sib baik kali ni dia sangat behave, sampai kan amoi2 kat ctu cakap wahhh u sayang anak macam emas, hahahah sebab aku siap record moment tu guna handycam...ye lah tu lah kenangan yg ada nnti bila anak2 dah besar kan..






hahaha...dah siap...time ni dia mengamuk sbab usik rambut baru dia..




hahahha...ok ke rambut baru aqeef?? paksu maksu, apa macam,,,,meraung la nenek kat p.p tengok balik mei nanti...huhuhuh


18 February 2011

aqeef ikut mama pergi ofis

hari ni, aqeef ikut mama pegi ofis, tengahari tadi babah anta, sebab pengasuh ada hal ke Tabung Haji, so tak larat nak bawak dua², & i decide i bawak aqeef ke opis sebab kalau bawak yg adiknya nanti mau dia meraung satu opis nak tido, nak susu, waooohhhoooo...





aqeef duk diam² ye, mama nak kerja...jangan pi mengorat plk...

Cara Menjimatkan Petrol dan Masa

jimat kos, jimat masa & petrol, sekali harung ambik semua, sekali jalan je senang, tapi keselamatan nyawa semua penumpang macam mana????


17 February 2011

putrajaya's outing day

ini adalah cerita cuti tahun baru cina hari tu,hehehhe...peram jugak.. postpone lagi nak balik kelantan rumah mentua utk buat aqiqah aleisya..oleh itu, family ku & family abgku ke putrajaya utk sesi photoshoot yg poyo...hehehhehe....kami hanya jurugambar amatur, jadi hasil nya tidaklah menarik mcm korg yg pro, hehehhe


pagi2 dah kuar sbb kalau lmbat nnti panas, budak2 pun akn mengamuk, so muka di waktu pagi adalah sangat fresh & make up masih lagi kukuh bertahan di muka....hahahhaah (cer ko tggu tengahari karang)


susah btol aleisya nak stay pakai headband, mesti cabut bukak...rimas la konon

si aqeef & cOusin nya kakak nayli, memang sgt close dh mcm kakak dgn adik plk, main sama, gadoh sama, nangis sorang sbb aqeef pukul kakak nanges....(haiippp mama babap karang..)

kitorang takde la serius nak berphotoshoot sangat, just pegi taman botani jer, lepak² kat taman, ambik gambar anak beranak & mak bapak...huhuhuh....nmpaknya disini mak² yg over...aku & kak iparku mmg gila posing, tapi malu nak shOw off kat korang...hahaha

inilah dua photographer yg ditugaskan pada hari itu, tapi nampak gayanya mak² budak ni yg lebih pegang kamera...hahahha




heee...ada gaya x???

sudahnya ko jadik la handycam man...huhuuhuhuh




tgk gambor je...




dh tengahri, panas terik, muka pon dah berminyak, gila serabai la...dengan aleisya pon dah ngamuk...


aleisya dah serabai


heee...touch up sket kasik segar, walau dah bercapuk...tapi muka aku mmg cepat no berpeluh, so make up cepat lah men cairkan teksturnya...menciikkk la...

owhhh...abg sarjan misai...huhuh (syg btol ko nak buang misai tu ye)


gaya sebelum balik, time ni berenti kat jambatan (cakkk...baaaa....huiii lentiknya...apo yg lentiknyo...bulu mato ehhh lah...apa yg korang pikir...hehehhehe)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati