14 February 2011

Ada Pelajar Malaysia yang di rogol di Mesir

Sumber : [Fwd] Email kengkawan


** Kenapa disorok cerita sebenar????













**titipan dr blog salah sorang student di sana...

Monday, January 31, 2011
Darurat

Sebelum fly mesir mula-mula dulu, dah ada orang pernah cerita yang Mesir adalah salah sebuah negara dunia ketiga. Negara yang boleh diisytiharkan darurat, bila-bila masa sahaja.

Kecut perut.

Bila sampai, semakin menyedari hakikat. tapi belum sepenuhnya meyakini sebab belum terjadi .
Polis-polis berjaga di depan pintu universiti, sepanjang masa. Pandangan sebegini bukanlah luar biasa bagi kami di sana

25 januari 2011, pemula segalanya. Mesir, dunia keduaku telah diisytiharkan darurat.
Perintah berkurung sudah dikeluarkan. Mula jam 2 petang sehingga 8 pagi keesokannya.
Dan kawan-kawan aku masih di sana. Terperangkap di dalam ketakutan, sedangkan kita di sini seperti tidak dimaklumkan apa-apa. maklumlah, akhbar sini mana cerita sangat tentang luar negara sana.

Aku di sini, mereka di sana. Ulya, Dira dan aku sedang berusaha untuk sebarkan maklumat tentang keadaan rakyat mesir dan kawan2 kita di sana.

pesanan untuk Ayu, walaupun aku sangat pasti dia takkan dapat baca ini

"Dear Ayu, pastikan kau catat dan rakam semuanya. Baik dalam laptop, diari mahupun buku nota. Jangan tertinggal satu pun . Sebab semuanya akan jadi saksi. And last time kau kata 'be strong fathy, bila balik nanti'. Tapi keadaan macam dah terbalik . Aku yang patut cakap ' Ayu, kau yang kena kuat' "


to ignorant people, sudahlah palestin dulu kau tak ambil peduli. Kini, kawan-kawan senegara pun kau tidak ambil tahu. 'thank you'

Kadang-kadang membenci diri sendiri, sebab tidak turut berada di sana dengan mereka, bersusah bersama. Tapi bila semalam cakap dengan mak Iman, beliau berpesan, semua ini ada hikmahnya. Setiap orang telah berada di posisi yang telah ditetapkan dan adalah yang terbaik.

lihat, aku sudah mula menulis dengan emosi. Pandangan kabur, air mata penuh .

Pelajar kita menahan lapar, banyak kedai makan ditutup - Nurul

PUTRAJAYA 31 Jan. - Seramai 87 rakyat Malaysia yang mahu menaiki pesawat EgyptAir untuk pulang ke tanah air terkandas di negara itu sejak tiga hari lalu ekoran perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang penuntut, Nurul Nadiah Md. Zin yang telah selamat pulang ke tanah air, kelmarin.

Menurut pelajar Universiti of Mansourah itu, keadaan tegang di negara bergolak tersebut dilihat semakin mencemaskan penuntut dan pelancong yang cuba menyelamatkan diri untuk pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat EgyptAir.

Katanya, dia mengikuti perkembangan rakan-rakannya yang masih terperangkap di Mesir melalui telefon bimbit dan juga melalui blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot dari semasa ke semasa.

''EgyptAir satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan membuat penerbangan terus pergi dan balik ke Malaysia

''Jadi apabila kejadian tidak dijangka berlaku, kita menjadi mangsa keadaan, saya juga bimbang mengenai rakan yang didakwa terkena tembakan di kaki,"

Nurul Nadiah memberitahu, rakannya ada memberitahu mereka terpaksa menahan lapar apabila hampir kesemua kedai makan dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ditutup.

''Mereka berasa amat takut dan mahu segera pulang ke Malaysia kerana rusuhan semakin menjadi-jadi. Mereka juga cuba menaiki pesawat lain tetapi kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa itu lebih mengutamakan rakyat sendiri.

''Mereka amat berharap kerajaan Malaysia segera bertindak untuk membawa mereka pulang dengan selamat," katanya.

Menurut Nurul Nadiah, dia sebenarnya telah membeli tiket lebih awal untuk pulang bercuti sempena musim sejuk dan langsung tidak menjangkakan rusuhan buruk akan berlaku di sana.

''Saya berasa amat terkejut apabila menonton berita mengenai rusuhan dan beribu-ribu banduan melarikan diri daripada penjara.

''Menurut rakan saya, perusuh di Mesir sedang menuju ke lapangan terbang, jika tempat itu berjaya ditawan keadaan akan menjadi lebih kritikal untuk rakyat kita keluar dari Mesir," katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang masih terkandas perlu segera diselamatkan dengan memindahkan mereka ke negara jiran seperti Jordan, Algeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum keadaan menjadi lebih buruk.


p/s : takutnya..moga semua pelajar malaysia selamat...aminnnn

1 comment:

  1. hope semua rakyat malaysia di sana selamat hendaknya..dan moga sentiasa dilindungi ALLAh..aminnnn

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati