|
|
14 March 2011
06 March 2011
ni yang malas kalau ber weekend di rumah mak
taukah kamu apabila diriku berada di rumah mak, yang paling jadi aktiviti ialah masak seorang & makan beramai2..hehehhe, aktivitinya ialah makan sesaje..mencikk la...kalau kat rumah sendiri pandai plk budget tak makan, hehehehhe....
utk menu lunch tengahari tadi, aku just buat nasik goreng je, untuk nak bagi gaya special skit, so buat lah black pepper chicken, ada la jadik ku namakan "fried rice with chicken black pepper sauce"...poyo je ececcece nama takmo kalah, ni kalau aku jual kat restoran istana bambu, mau aku charge RM18.90 sepinggan, sama rege dengan body splash kat Mushonline shoppe huuuhhuhuh

untuk sepinggan ni je aku deco segaya ini, bagi kat emak makan, yang lain2 cedok la korang sendiri dalam kuali tuh...huahahuauhaha......(tahukah pinggan corelle koleksi emak ni dah 20 tahun, gila kukuh btol)
p/s : jemput makan semua, kalau camni gayanya, camno nak menang contest PJJ ni mummy anna???hehheheheh...i serender awal2 dah ni....
Mush Review : Istana Bambu Restaurant
dinner malam tadi, tak tau nak pi mana, bila berhujung minggu dengan mak ni keje nya mmg nak makan sesaje, kalau tak masak of coz la makan kat luar ramai2...so mak suggest makan di Istana Bambu Restaurant, mak tau lah kalau nak makan mao yang sedap & mahal, hahahha...padahal aku yg ajak..hehehhe, mak ikut jer....
disebabkan malam tadi tak ramai yg ado, adik aku pun pegi kursus, so i, emak, adik ipar yg sebaya, hehehe & adik bongsu aku je..bila tak ramai yg ado, of coz la pegi carik tempat yg mahal2 skit kan sbb takde la kuar banyak belanje & dapat makan banyak sket..hehhehe jahat2...
Korang tau tak kat mana tmpat ni, restoran ni di laluan MRR2 Hulu Kelang, menghala ke Zoo Negara

al maklumlah kalau dah malam & kamera pula hanyalah...huhuhhuh
inilah pintu masuk [gambar dari Rich Mom Diary]
harus bersnap sana sini..hehehhe
sebenarnya yang unik adalah dekorasi kat sini, keseluruhan pembinaan adalah menggunakan buluh, dari tiang2, dinding, sehingga ke kerusi meja pon buluh
kawasan ni di dekorasi juga dengan sawah padi, ni mmg real punya tau, tapi tidaklah dituai bagai, just hiasan je... [gambar dari Rich Mom Diary]
nampak tak punya selesa aleisya duduk, besar betul baby chair, mak aku cakap mcm kerusi yang duduk atas gajah tu....heeeee
sudah bersedia untuk menjamu selera, hiyahhhh..ini dia menu kami
udang goreng tepung, telur dadar, lemon chicken & sayur campur, yang buat aku upset sangat aku ada order sup tulang, dah nak separuh makan panggil waiter tanya, baru dia cakap sup tulang habis, lahabau betul la, dah la semua yg aku order kering2 je, melekat je kat tekak, kesian anak2 makan kering2 je. dah lah sup kosong pun takde.
lagi yang buat rasa macam haiiiyooo ialah telur dadar itu berharga RM10, gilo, ayam lemon plk adalah RM22 (small), meletop betul harga korang, mmg standard la utk tmpat ekslusif mcm ni, tapi aku tak kisah kalau mahal & sedap, tapi ini kan, ayam lemon tu aku masak lagi sedap, & sorry to say telur dadar aku buat lagi sedap lahhhh.....eeeeeee marah je rasa
so semuanya RM105.70, tak puas hati, mahal tapi tak sedap, maybe aku tak order killer menu dia kot, yg udang ketam semua tuh...tapi sorry lah mmg tak puas hati malam tadi

p/s : tapi aku taklah banned tros tmpat ni, ok je kalau korg nak pegi makan, nak rasa suasana yang cantik, makan bersila pon ada, dengan langsir siap semua, pi la godek2 kat website dia sendiri...
http://www.istanabambu.com.my/mini.html
http://www.istanabambu.com.my/mini.html
kejora dan bintang lagi
tolonggggggggg saya dah tak dapat berhenti melayan kejora dan bintang dalam youtube, rasa mcm nak layan sampai habis, riki punya riki rupanya episod akhir ialah episod 70 lebih, gila ko, aku baru layan episod ke 36 je sekarang,lama lah lagi nak habis nih....
disebab kan dah tak sabo nak tau apa kesudahan nya, hehehhe tros aku search episod yg terakhir, sekali ko tengokkkkkkkkkkkkkk...........
disebab kan dah tak sabo nak tau apa kesudahan nya, hehehhe tros aku search episod yg terakhir, sekali ko tengokkkkkkkkkkkkkk...........
04 March 2011
03 March 2011
orang - orang sawah padi di Jepun
Saman ekor: Ketahui hak anda
oleh : Zulhazmi Shariff
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.
Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.
Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
02 March 2011
gara - gara kejora sama bintang
tolongggg....saya sangat mengantukkkkk nihhhh... ni kes layan kejora la mlm td nih, hari ni aku kursus, so sebab takut tak sempat balik petang karang nak kejar layan kejora so aku layan kat youtube je malam tadi, padahal nak layan episod untuk esok je, sebab kau sangat berhantu, aku pun layan macam nak bagi habis, arrggghhhh....
last layan malam tadi episod 31, rasa mcm lama je aku dah layan padahal baru episod 31 gila lah, citer ni kalau tak silap episod dia ada 40 lebih, ikut hati mlm tdi mmg aku nak layan bagi habis...hehehhehe, tapi rasa cam nak baling je laptop, aku klu tgk citer kejora ni mmg emosi sikit, rasa nak terajang je janet ngan hanifah tu, eee....dah lah kejora kna halau dengan nenek, ni semua ko punya pasal....
ehhhh..ehhh teremosi plk..hehehhe...ok cukup2 tutup cerita kejora, sekarang ni tgh kursus, sempat pulak lagi update nih...
malam tadi tido kul 4am...hehhehe tu bukan malam dah tuh, namanya pagi subuh gajah...sekarang ni nasib la kan, nak tido dalam kelas ni, carik penyakit namanya..huhuhuh
huaarrggghhhh...ngantokkkkkk....tolonggggggggggggg

p/s : oowwhhhh, korang nak layan kat youtube korang carik channel Akmalintercine200, yang ni upload dia jelas, semua episod penuh ada...search sudahhhh