Dalam hidup aku kan, selaluuuuuu sangat aku diuji, tak kisah la cara macam mana, ujian yang baik ke, ujian yang pahit ke...tapi kan, aku tak tau datang mananya kekuatan aku untuk terus bersabar, padahal kalau diikutkan aku ni mulut leh tahan laser gak tau, siap lah sapa² yg suka carik pasal ngan aku, memang tak bagi peluang, aku tibai time² tu jugak...
Tapi lately, aku perasan macammmm eh² dah ber sifat 'mahmudah' la, dah jadik pen sabar, hehehehhehe.....
Mungkin bila dah jadik mak² beranak tiga ni kan, kurang dah la sifat suka melenting sound org sana sini tu kot, so korang² yg suka carik pasal ngan aku ni insyaAllah akan selamat dari diserang oleh aku, hahahahaha..tapiiiiiiiii KENA INGATTTTT..Allah swt ada, tak perlu untuk aku yg balas kan kan...:)
eh jap, ini statement takde kena mengena ngan sapa² tau, sebab aku takde musuh pon, betul, aku ni orang yang disayangai & disenangi oleh semua orang, tak caya tanya dorang.. puiiiiii...
Nak Tazkirah sikit pagi ni......
Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Pengajaran:
1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
· >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
· >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
· >> Memiliki iman sejati

Info : Here
Assalamualaikum kak, semoga dijauhkan mazmumah.. dan sifat mahmudah sentiasa mekar dalam diri. salam perkenalan kak, sheila singgah dan follow sini. heheeee ~~~
ReplyDelete