02 January 2015

Orientasi Darjah 1 2015 (SJKC Chong Hwa Setapak)

Assalamualaikum wbt

Hai korang, wah² semalam cuti, relaks best² kat rumah..Dah hari ni aku ingat macam isnin pulak, sekali 12.15 bunyik loceng dah rehat, la jumaat rupanya, bahaha...ok boleh update blog.. yippie

Sambong cerita hari tu, kali ni Orientasi untuk sekolah kebangsaan dia, di SJKC Chong Hwa Setapak pulak. Untuk orientasi ni, nasib baik aku call sekolah dia tanya sebab surat apa pon tak dapat, bila call sana, PKHEM dia bagitau dah pos.. Then dorang just bagitau 31/12 ni datang untuk orientasi...

So hari tu dah Orientasi sekolah agama, kelmarin sekolah kebangsaan pulak & benda yang ditakuti terjadi jua, bangun lambat T_________T *kes tido lambat packing parcel customer @spadirumah

so sempat bangun, solat & siap² je, xdan nak berkecah di dapor.. jadinya anak mak, bawak bekal roti je lah & air kotak coklat.

Sampai sekolah dia terus ke dewan, daftar.. aqeef kena berator kat depan... semua dengar taklimat


muka sembap bangun tido



Kelas 1B



Jadah apa tak faham, speaking chinese, selit² la bahasa melayu.. :p

yang aku paham bila dia edar flyer ni je, soh follow WeChat SJKCChongHwa, ekekekekeke..pastu soh tukar menu ke BM, lagi tak paham..haha


Setel taklimat kena masuk kelas pulak, untuk bayar yuran, beli buku & ambik buku teks *muka bangga*



Budak sebelah aqeef ni kawan sama kelas masa dia tadika, sekali jumpa gak lagi satu kelas, suka sangat la dia tu, time ni aku tanya kenapa kawan abang nangis, aqeef jawab, 'dia nak mama dia' hahah dah tu aqeef taknak nangis nak mama ke, dia jeling je aku... ekekeke



Macam² borang & kad kena isi, kad kesihatan lah, gigi lah, kokurikulum lah, borang insurans, hui macam²



Garuk garuk tapak tangan kiri tengok perbelanjaan budak² naik sekolah ni, kelengkapan sekolah & yuran segala, walaupun sekolah ni sekolah bantuan kerajaan, tapi diorang ni antara sekolah yg agak mahal sebab dorang pasang aircond di tiap tempat & dorang charge kat mak pak, T______T.. takpelah asalkan anak² semua selesa belajar kelas aircond *fitammmm*...tak sama dah sekolah kita dulu dengan anak² sekarang...



So total bayor hari tu.. RM232.70... T______T Belum Leisya nye tadika beriban.. T_______'T nangis kuasa ²
**lap lap peloh**







Setel bayar yuran baru leh ambik buku Latihan & buku Teks, untuk bawak balik.. bising aqeef kena bawak beg berat...biorkan dia, dah lama sangat manja ngan mama, dah sekolah ni hadap lah kamu anak..mama & abah takde nak tolong dalam sekolah....berdikari lah ye



Masa lepas taklimat tu, aku toleh belakang ada dua mak melayu dok belakang aku, terus aku beramah mesra, sambil tanya kelas anak masing²...Rupanya mak yang seorang tu anak dia sekelas dengan Aqeef, ini sudah bagus, boleh geng mak² kata ko, kekekek... Sorang lagi akak sebelah dia, semua anak dia hantar sekolah situ, tah berapa orang tah, yg sorang ada sebelah dia Darjah 6 dah, katanya semua anak² dia hantar sekolah cina, phewwwww lega, ada geng tempat rujuk.. risau kau...kan

Dan² tu aku mintak nombor nak whatsapp, last² dorang suggest buat grOup, hurmmm memang pucuk dicita lah kan.... ekekekeke...alhamdulillah dipermudahkan urusan aku untuk permulaan ni..



untuk permulaan baru 3 orang je, nanti jumpa lagi aku ajak join sekali..



ni la anak masing²...





Last Sebelum balik tu, kantin ada bagi kertas ni, sepatah hape tak faham...Translate plsssssssss... hehehe

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak mush hahahha saya pun tak faham nak tolong translate takleh. ahahah btw sheila dulu darjah 1 & 2 (setengah tahun) sekolah kat SK (C) hahaha. masa tu kat johor. ahhahahhaha dah lama tak tengok huruf cina, dah tak reti nak baca tapi sheila paham sikit2 orang berkomunikasi. ahhahahha rindu lak nak sekolah cina. tak ramai orang melayu, tapi bestnya sebab guru besar suka kacau budak2 melayu yang hado. paling tak suka ada hanjing. kalau lalu tepi hanjing mesti cuak2 pastu nak nangis je rasa hahahhaha... sekolah cina best gak tapi nyampah sikit bab depa main tarian singa/naga tu. boleh pitam dengan bunyi kuat dia hahahahah T_____________T"

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Anak sy pun bersekolah di tempat yg sama...darjah 1B (2015)..klu xkeberatan add sy di whattapps group you all blh berkenalan...

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati