11 May 2015

Latihan Pementasan 'Malam Gema Patriotisme'

Masa busy² bulan Ogos TAHUN LEPAS, ;p salah satu nya yang selepas Event Raya Jabatan adalah Pertandingan 'Malam Gema Patriotisme' sempena Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan KKLW bulan Ogos tahun lepas..KKLW stand for**Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah* hehe

dah nama malam, tak terfikir pulak aku yang pertandingannya nanti buat waktu malam kan, main join je lah, sebab cintakan negara & untuk aktiviti jabatan konon, hehe... bila tengok balik time pertandingan tu baru tersedar buat malam, so bila bincang dengan azim, dia ok untuk jaga anak² especially budak dedek Affan Fiqhry, baru lah decide & terus bagi keputusan untuk join..

Timbalan Ketua Pengarah kami baru bagitau 3minggu sebelum pertandingan ni, dalam awal bulan Ogos, memang kelam kabut dengan macam² kerja, dengan event raya, dengan lawatan dari KKLW utk HRMIS & lain² kerja, so rasa macam tak cukup napas bila nak kena berlatih ni...

Kami bagi setel kerja² lain dulu, event ke hape, baru lah dapat start berlatih... memo baru dapat 20 hb Ogos 2014 which is 7 hari sebelum pertandingan tu... memang gila kentang kan... mau tak kelam kabut, risau jangan cakap lah..

Sabtu & Ahad pun kena berkorban masa utk training, sib baik boley claim OT, haha


Pertandingan Sketsa Kemerdekaan ni nanti adalah antara agensi² di bawah Kementerian aku, ada dalam 11 group termasuk kementerian sendiri wajib ambik bahagian.

JAKOA @ Jabatan Aku (Jabatan Kemajuan Orang Asli)
KEMAS @ Jabatan Kemajuan Masyarakat, HQ Putrajaya
KESEDAR @ Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Gua Musang)
KETENGAH @ Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Dungun)
KEJORA @  Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Johor)
MARA @  Majlis Amanah Rakyat (Jln Raja Laut, KL)
INFRA @  Institut Kemajuan Desa (Bangi)
FELCRA @ Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Setapak Jaya, KL)
KEDA @ Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Alor Setar)
RISDA @ Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Jln Ampang, KL)
KKLW @ Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Putrajaya)

*ha gigih gila bg link semua jabatan kerajaan bwh kementerian aku* promote sangat*



So hari Rabu, 20hb tu, kami yg di HQ, kena ke Gombak.. Semua latihan buat di Mini Teater (Muzium Orang Asli, Gombak)



bila praktis atas pentas ni rasa la mcam tgh btol2 hari pertandingan,*konon*


Disebabkan kami ni kayu dalam berlakon, *aku je lah, yg lain2 semua berbakat*, so bos aku ada kawan di Astro, Encik Jailani, mintak tolong dia untuk polish kitorg punya cerita kasik smooth, cantik & sodap..& Encik Jailani minta rakan² dia untuk sama² dalam Projek Sketsa ni, tuan Pengarah Drama & Filem Mr Hazali & Mama Asmira, Penulis Skrip yang terrer bab² puisi, sajak, kehidupan orang asli & banyak sangat ada petua² tradisional. Mama memang best.



Sketsa kitorg berkisarkan kehidupan Orang asli yang berjuang dalam Sen'oi Praaq membantu Askar Malaya menjejak komunis. Senoi Praaq ni maksudnya 'pahlawan perang'..actually bukanlah askar maupon komunis heheeh....


so hari pertama sesi latihan setelah skrip & jalan cerita siap, dimulai dengan pemilihan watak... hah ambik.. banyak² orang dorang soh aku jadik mak, hamboihh mentang² badan debok macam mak², hahahaha...


Watak aku tak banyak la sangat, hanya 2 scene je, skrip pon takde, cuma hujung² je babak kedua tu aku kuar bawak anak² yg dah berjaya dpt ijazah sambil panggil shuben i, auuwwww... i jdik Watak MAK ORANG ASLI hokeyyy... & kebanyakan pelakon juga adalah staff kami dari kalangan orang asli. Berbakat sangat dorang neyhh.

orang² penting dalam ni of coz la audio team (dari unit ICT) & props manager, so kalau takde dorang dorang ni tak hidup la persembahan kitorg kan..


untuk permulaan sebab ramai yang belum dapat turun untuk berlatih, so aku tolong join scene bab orang kampong, tolong meramaikan penari sewang orang asli, kat sini la 1st time aku dapat menari sewang, setelah 7 tahun berkhidmat di jabatan kemajuan orang asli (kes tak pernah nak join aktiviti masuk kampong) =p




Elok berlatih tetiba datang seorang pelakon yang aku memang kenal sangat, gila kau Zaidi Omar datang tgk kitorg praktis, tak teragak²...mula la masing² gugup & tetiba keras mcm kayu, hahah *yg sebenarnya aku pemalu*. Tuan Zaidi datang tolong polish & ajar cara² body language atas pentas. Huih.. banyak sangat ilmu lakonan dia curahkan.. Beruntong dapat secebis ilmu..









hari ke  5 berlatih, stat pakai full dresses costume watak masing².. 

baju komunis, pahlawan Senoi Praaq & Askar malaya adalah disewa dari Muzium Angkatan Tentera, Port Dickson.. semua props² penari sewang disediakan oleh staff kami, Sali, penyanyi 'Bah Bola' kumpulan sewang femes.. selalu buat show untuk istana budaya.


 Antara prop yang disediakan oleh unit Logistik, rumah untuk orang kampong


Macam biasanya, dah jadinya bergambo yang lebey, praktis nye main² je.. haha, kami ada masa dalam lebih kurang 5 hari je untuk prektis, dapat tak dapat memang kena buat je lah.





Sepanjang 5 hari berlatih di bawah bimbingan Abang Zaidi, Abang hazali, Abang Jai & Mama Asmidar, banyak sangat ilmu kami dapat, memang tak ternilai harganya.. & dorang tarak sombong punya orang, humbleeeee sangat..








fewwiittt












Habis latihan pon still boleh lepak minum sama²...






Sambil boleh lepak makan durian sama²..


 haa..ambik ko... ;p







**Bersambung ke Malam Persembahan, nextt entry.. ;p

0 org telah balas ngOmel:

Post a Comment

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati