17 September 2014

kisah payung berwarna warni

ofis aku tiap² tahun konfem ada macam² aktiviti, salah satunya ialah Event Raya Jabatan, YB Menteri KKLW bersama masyarakat Orang Asli, nama pon kerja kat Jabatan Kemajuan Orang Asli kan.... okeyh² paham citer dah lama berlalu, hahaha... hari ni dah 22 Zulkaedah, dah lama habis pon bulan syawal nye...


biasanya kalau event raya ni, semua bahagian wajib ambik part, kena buat menu gerai masing²...macam tahun lepas, aku dari Seksyen Sumber Manusia buat kuih muih & cendol.. untuk tahun ni seksyen kitorg gabung dengan seksyen ICT, tak rajin hayat bergabung bersama, ekekeke.. so tahun ni menu kitorang ialah kuih muih (macam biasa), buah buahan & biskut raya.

& tiap² tahun gak ada hadiah untuk gerai terbaik, termasuk hiasan gerai & cara melobi juri dengan baik, haha

 rupa gerai yang togey sebelum deko

Tahun ni, kitorang guna konsep 'Colourfu Umbrella' gitu..idea asal dari kakak datin nuruluyun, ketua kerani unit aku, katanya ikat² payung kat atap.. bila dah bincang lebeyh lanjut & buat lawatan tapak gerai, so dah tau rupa tiap gerai, baru decide nak ikat payung² tu mcm mana...

sehari sebelum event, kitorg gi tgk tempat ..& pilih gerai, sambil hias sikit²..so esok majlisnya idakla kelam kabut kan..kali ni buat di area perkampungan orang asli kat area bukit cerakah, shah alam.


bab² ikat payung tinggi² ni kita bagi orang lelaki buat kerja, aku boleh je tapi kang ada yang kerusi tu patah, takpon kain terselak² ditiup angin bayu masa panjat² tu, haru..






 

bila dah separuh ikat, nak siap tu, sedar macam tak cukup pulak payung yg kecik² comel tu, so setel ikat, balik la kl balik untuk beli lagi tambah..






 konon payung² kecik comel tu nak ikat cenggini la



so last touch up sebelum balik..habiskan semua payung yang ada... ikat kat tiang² semua...




last satu payung hijau tu je yang belum ikat, tak tau dah nak ikat belah mana... so ingatkan dah siap la sambung esok pagi, sekali bos cakap ikat je kat belah atas atap ni, paling atas, jadikan kemuncak dia...



dan, rupa terakhir gerai PSM & ICT sebelum balik petang tu, memang doa² le malam tu takde hujan ribut petir ke kan, mau tercabut payung semua terbang dibawa angin bayuuuu..



Keesokannya, kami datang agak lambat sebab jem + sesat barat =), so gerai² rata semua dah penuh & tetamu pon dah ramai yang kerumun..


siap ikat payung² kecik yang tambah semalam, pastu tolong susun² buah & hias² atas meja..





 Antara kuih² hari tu, koci, karipap, agar² donut, biskut raya, sata & mcm² lah





idea asal hiasan payung, datin wannabe nuruluyun, heheheh, vogeh kan, walaupon dah masuk usia emas.. 5 tahun lagi nak pencen dah, baru dapat cucu, kembar, boy & gurls =)



 

 



 
 semua tetamu kebanyakan nya makan kat khemah tetamu, tapi kitorang yang bertugas ni makan ikut dan je, tiap² tahun camtu dah, mmg tak menyempat nak makan, dah penat bekerja jaga gerai, nak makan pon tak lalu



 
 time ni dato KP JAKOA round unuk tengok setiap menu di gerai...
 

 habis je Dato' KP & YB Menteri round garden, semua pun pakat serbu, makan & makan dengan gumbiranya..




Antara gerai² lain yang ada, gerai air




gerai sebelah jual aiskrim..memang jadi rebutan lah kan, budak² punya favOurite..  =p



Gerai sebelah, Pejabat KP & Seksyen Kewangan, sediakan menu sate & soto 




seksyen pentadbiran, buat laksa

 

 & banyak lagi actually, tak sempat nak meround, 


Gerai Terbaik dimenangi oleh Unit Logistik, Gombak, dengan menu ayam golek panggang..tahun lepas pon menang gerai terbaik, tahun ni menang lagi.... kuat melobi diorang ni, haha


so konsep yang sama guna untuk hiasan gerai di Event Raya Kementerian pulak, di INFRA, Bangi, takyah nak membazer sangat ye dak, lagipon takde pertandingan gerai terbaek, so buat ala kadar je, ahaha, takde penat nak mengemas karang..

 mak kalau dah bergambor dikelilingi ngan anak² dara memang rasa perasan muda sket, =p


saje beli corak sama, BFF la sangat








#THROWBACK ~~ teringat kemenangan 3 tahun lepas bawak konsep gadis melayu.. time tu juri datin Puspanita, apa lagi kitorg punya time la melobi, kihkihkih (menu kuih jugak)


okbai











7 comments:

  1. hihihi....anak dara cun2 sebab tu monang hihi

    ReplyDelete
  2. cantiknya hehe
    Hai yaya datang singgah! Selamat berkenalan :)

    yayaflanella.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai yaya...tq singgah...salam perkenalan..

      Delete
  3. Salam...

    Anda tercalon untuk Liebster Award :)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
  4. Salam singgah, wah banyaknya payung... nak satu, kat kampus selalu panas. :( studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. wah..cantiknya..best idea ni.. ;-)

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati