29 April 2016

Affan Demam dan Ulser Mulut

Sabtu 2 minggu lepas, Affan Fiqhry demam, kalau biasanya anak² mak ni demam nye malam je, siang kemain aktif, tapi kali ni pattern demam dia siang ke malam panasnya, bagi ubat ok sekejap, pastu kang dedor, kang panas balik.

Style azim, memang no mercy punya, dimandikan je budak² ni kalau demam, meronta lah korang dalam bilik ayor tu, dari kitorang yang meronta kalau dorang sakit pulak kan. Tapi dah dua hari still sama, bagi ubat kang baik nye kejap je, dah la susah makan, ni dah demam lagilah takmo makan. Sib baik susu dia nak minum.

Isnin tu ubat pon dah nak habis, bawak dia gi klinik, aku pon ambil EL hari tu sebab takkan nak hantar kat pengasuh pulak kan, dorang pon banyak keje dari nak membelek anak aku je.

 Layan mood demam dia jangan merengek je, abah cakap demam nak dapat adik


Selasa still panas gak, cuti lah lagi maknye ni, makan memang takmo langsung, buat la bubur ke hape, idok dia heran nye, dah la aku pon tengah mabuk pening² lalat, morning & evening sickness. Kena melayan pulak kerenah baby kecik ni mengempeng je. Sib baik hari rabu tu bangun pagi dah ok sikit, dedor² je, so aku pon gi kerja & Affan hantar rumah pengasuh. Ambik dia petang tu dari rumah pengasuh, Kaksu tu bagitau affan makan je nangis, rupanya start naik ulcer dalam mulut, ouccchhhhhh.. pedih dud.

Petang tu terus azim bawak dia gi HKL plak, meraung masa doc nak check bukak mulut dia, pattern affan dari kecik, nampak je doc terus meraung, adoyaiiiii..

Aku tak ikut time tu, azim gi berdua je, yang lain² tinggal, aqeef tengah exam week sekolah kebangsaan. So bagi dia baca buku.

Masa doc check ada dah dua tiga ketui ulcer kat lidah, pipi. Mulut dia pon dah berbau sebab kering tak cukup air, susu pon taknak minum dah.  So doc suruh bagi ice cream vanilla untuk legakan mulut dia, tekak dia, & susu pon kena buat sejuk, air peti ais. T___T

Sib baik kaum² adam dalam rumah ni penggila ice cream, memang laju je lah dia makan, tu pon nak bagi susu kena pujuk dia bagitau susu sejuk, sedap, baru dia minum, pon nangis jugak sebab sakit, ye lah puting botol tu masuk mulut je kena lidah dia, menjerit la... T__T

Korang bayangkan, dia lapar, nak crik makanan, dia pergi dapor, ambik biskut dalam almari, pastu bila masuk mulut je nangis sebab sakit... T_____________________T .. parah hati emak ni nengokkan... nangis gak aku tengok dia.. nangis sama²...dia nangis sakit, aku nangis tengok dia lapar, bagi bubur pon taknak sebab takut nak makan dah.

mulut muncungggg je, sikit dia taknak bukak mulut, bercakap pon mcm orang takde suara, uuu uuuu je.. ko bayangkan xmo bukak mulut langsung sebab takut sakit, kecuali bila bagi aiskrim atau susu je. T___________T   
*tears*


Kakak aku ada bagi Oral Aid Hurix, tapi camne nak letak ubat kalau dia nak bukak mulut pon taknak, sampai satu masa aku & azim dah geram, kitorang pegang tangan kaki dia, korek mulut dia, nak suruh dia bukak, kemain kuat dia mengetap gigi, takmo bukak. Lepas tu dia bukak je mulut gusi kat celah² gigi dia dah berdarah² meleleh² kuar sekali ngan air liur, gilak lah, sampai camtu sekali mulut dia kering, tak makan tak minum air.. T_____T. Pujuk la pulak bagi aiskrim baru dia ok nak sapu ubat, itu pon aku ugut dia kalau takmo bukak mulut mama abah pegang tangan... sampai camtu kekdahnye, haishhhh terpaksa.


Esoknya aku bagi ubat Oral Aid yang HKL punya suruh pengasuh dia yang sapukan, sebab ngan umi dia takut la sikit, ngan mak dia ngade² lah. Ubat tu pulak perasa strawberry, so sedap la sikit dia nak sapu tu bila bau² manis tu.

Alhamdulillah hari selasa hari tu kaksu bagitau dia dah start nak makan nasik, banyak pulak tu, tu pon kena selang seli dengan aiskrim untuk legakan mulut dia, banyak pulak tu dia makan, T___T, setelah seminggu lebih dia takmo makan, huwaaaaaaaaa makin kurus melidi si Affan, dukung pon ringan jeeeee... :(

tapi mulut still muncung..bercakap pon uu u uuuuu.. nak susu ke aiskrim ke sikit je dia bukak mulut mintak.




& alhamdulillah...malam tadi dia punya aktif, mood happy, mood nak main, nak makan semua ada.. time mata aku dah kuyu nak tido tetiba dia mintak roti..laju2 aku bangun gi dapor sekali alahaiiiii baru je habis petang tadi dikokak abang aqeef dia.. dah la.mood nak mkn dia dh dtg..aku tanya dia, affan makan biskut la nak tak..sedap.. laju dia jawab nak.. hulur je terus dia makan dgn selera... T________T sayu dud hati aku... lama gila kot aku tak tengok dia mkn depan mata aku... punya la seronok siap mintak lagi mintak lagi..pastu mulut dia punya lah becok pot pet pot pet siap main tembak2 lagi dengan abah dia... tsk tsk..

Dari mata aku kuyu layu nak zzzzzzz terus segar bugar layan dia.. melompat la berguling la.. affan affan... bila tanya dia mulut tak sakit dah ? dia jawab tak sakit pun kan.. :)

Aku cakap ye tak sakit dah, dah sapu ubat manis kan ..ubat sedap kan.. sengih je dia..

Alahaiiiiiiii tak sanggup aku sebenarnya nak hadap mende2 gini.. anak tak sihat la yang paling aku takleh hadap sebenarnya... jiwa mak2 aku ni bukan kuat benor.. ganas diluar ada taman di dalam...wakakakakaka...

Alhamdulillah affan dah sihat sepenuhnya... senang hati lah sikit nak balik muar petang karang.. kenduri tahlil arwah atok aku malam sok..


Okbai.

1 comment:

  1. Alhamdulillah affan dah sihat. Mmg risau n sedih bila anak2 sakit. Bila anak dah besar n belajar jauh dari kita, lagilah kita risau bila dpt tahu mereka x sihat. kita hanya mampu berdoa supaya mereka sentiasa dlm lindunganNYA.

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati