*Sediakan Pop Corn sambil membaca sebab nak membebel panjang* ;p
Sebelum ni bila sebut kayap, apa yang aku tau hanyalah kayap ular yang femes, orang cerita kalau dah dijangkiti kayap ni, bila kayap tu bersambung boleh membawa maut, takut gila aku dengar, tah betul ke tak, ada gak akak² opis ni bagitau anak dia pernah kena, kawan² fb aku pon ada yang anak dia dijangkiti lah, macam² cerita, & kebanyakan nya serasi di ubat dengan perubatan tradisional.
Walaupon selalu gak aku dengar pasal penyakit kayap ni, tapi takdelah aku ambik berat pasal punca dia ke, cara rawatan ke apa kan, sebab kalangan family aku pun takde yang pernah dijangkiti kayap ni sehingga lah ke satu hari tu, dalam bulan Februari lepas, aku demam. Just gi klinik ambik mc je lah.
Dua tiga hari lps dah baik demam tu aku gi HKL sebab aku perasan ‘keti’ aku macam naik ruam melepuh, yang sebenarnya ruam ni dah naik lama dalam dua minggu sebelum tu, tapi aku ingat biasa je sebab aku memang selalu naik gatal² sebab allergic & memang ada eczema dari kecik, so aku biorkan sampai lah sebelum aku demam tu aku pelik ruam kat keti aku ni pedih² & bisa. Nak kata aku garuk memang tak sebab tak gatal, tapi melepuh² bengkak berair pulak. Kemudian naik pulak kat lengan dekat² ngan tempat keti tu.
Masa gi HKL aku request la doc perempuan, kang nak menyelak lengan ni kan, elok aku masuk je jumpa doc tu, dia start speaking kemain laju sampai aku pun tak faham apa dia cakap, bila aku tunjuk ruam tu terus dia cakap ‘this is shingles’ kenapa biarkan ??? pulak, dah mana aku tau kan, aku nak tanya banyak pon malas sebab boleh dia cakap diam sekejap boleh? i tgh nak pikir apa nak tulis ni, hampeh...aku nak tanya shingles tu apa pon tak dapek last² aku diamkan je, dah la tak bagi MC, sebab katanya aku tak demam, padahal kemain pedih ruam ni, dok gesel² kat lengan baju lagi lah pedih kan. Confirm la kena masuk kerja balik kan, sib baik Jumaat, sok nye cuti dah.
Kuar je bilik doc tu, sementara nak ambik ubat kat farmasi, aku terus googles maksud ‘Shingles’ .......... What ??? korang tau apa, KAYAP ULAR... what the fish, what the fish, takuttttttt giles... terus call azim bagitau dah setel & suruh datang ambik & bila dia sampai bagitau kena kayap ular, dia pulak blur... korang google la kalau nak tengok rupa kayap tu, tak sanggup mak nak tepek sini.
Sampai rumah, call mak, bagitau camne nak ubat, mak cakap biasanya cara tradisional je jalan, klu ubat² farmasi ni memang tak jalan, maybe ikut kulit masing² sebab anak kakak ofismate aku just gi pakar je dah ok..
Terus la google² segala info, punca², cara rawatan etc.
Sebenarnya orang yang kena kayap ni ialah orang yang pernah kena chicken pox, so virus tu tersimpan je dalam badan ni bebawah kulit. Sesiapa pon boleh kena kayap ni kalau pernah kena chicken pox. Camne boleh aktif balik? Ha banyak faktor, salah satu sebab system imunisasi badan yang lemah & sebab lain ialah stress, Oh My.. Kayap juga menyebabkan kita sakit urat segala lah.
Isnin & Selasa esok² tu aku apply cuti rehat sebab takleh pakai
baju, pastu bila berpeluh lagi lah pedih nye menyerang. Pulak tu cepat nau dia merebak naik ke atas dada, gelembung kecik² cam jerawat tapi berair dalam dia bukan nanah. Then Rabu tu aku gi klinik kesihatan Sri Rampai sebab nak mintak sambung cuti, sebab kerja gov kan, so alangkah bagusnye klu dpt MC kerajaan. Lagi pulak bila aku tengok ruam tu tak berkurang, makin merebak pulak dia ke atas dada. Oh My.
Mula² aku masuk je bilik doc, doc india perempuan, bila aku bagitau aku kena shingles terus dia bangun keluar, pelik sekejap aku, ingat amende la, rupanya dia pi carik doc lain utk transfer kes aku, sebab dia pregnant, ceh, macam aku kena HIV takleh dekat, bukan lah dia ada sentuh aku pon, hehehhe tapi ye lah kan, kalau aku pregnant pon aku mesti berwaspada cam dia, masa azim kena chicken pox dulu pon aku separate dua minggu duk rumah mak sebab aku pregnant Aleisya time tu, rinduuuuu dud dua minggu tak bersua muka ngan hasben, ecececececyy...
sambung balik, Lepas kena tunggu kat luar bilik lain jap, nama aku pon dipanggil, doc pompuan melayu pulak, direct dia tanya aku, mana you tau kena shingles, aku bagitau lah before this dah pergi HKL, dia pon owhhh...bila dia tengok sendiri pastu dia cakap ye lah shingles, so berapa hari MC? Aku pulak blur, Eh doc HKL takde bagi MC, saya je yg ambik cuti rehat dua hari, pastu dia cakap eh kenapa tak bagi, bukan boleh pergi kerja kalau kena shingles, aku pulak pening dah, ntahlah doc, saya tak tau.. takpe nanti saya bagi awak MC dua hari lepas tu kalau belum kering datang balik sambung, (dalam atiii yess MC gov, wakakakaakakak)
Eh berbalik pada kaedah rawatan kayap aku ni, aku pon tanya² kat group,
Alhamdulillah ada akak ni bagitau makcik dia boleh ubatkan, &
Alhamdulillah sekali lagi makcik dia dok Muar je ko, dekat pulak tu ngan
rumah mak & atok aku.. Boleh balik jumpa mak. Miss u mak.
Disebabkan dah nak hampir dua minggu aku kena kayap ni tak baik², so aku pon decide untuk buat rawatan tradisional pulak, aku whatsapp kak nani sama² dalam group bisnes online, tanya nombor makcik dia yg boleh buat rawatan tu, call & bagitau weekend tu kalau dia free aku nak balik muar nak berubat ngan dia..Alhamdulillah semua dipermudahkan, dia cakap datang je, Mak Siti ada :) (nama makcik tu)
Jumaat hujung bulan Feb aku balik, rawatan suppose lepas Asar, tapi aku tak sempat nak sampai so makcik tu cakap lepas Isyak je, kena buat tiga hari berturut²..
Untuk rawatan ni Mak Siti tu just minta aku bawak kelapa parut, gula melaka & tepung ubi kayu, aku syak dia nak wat kuih untuk jamu aku makan, kahkah, ok tak kelako..
Cara pengubatan kayap ni sebenarnya yang aku google, adalah air liur pengamal perubatan tu sendiri.. hoho.. banyak kaedah aku baca tapi style Mak Siti ni, dia gaul kelapa parut tu dengan gula melaka tu kemudian kunyah & sembur kat tempat² kayap aku ni... hurmm hurmmmm ku tadahkan ajelah, nak baik nye pasal.. disebabkan aku banyak naik gatal² eczema so dia sembur la sekali kat tempat² gatal tu. sekali harung namanya... melekit² le badan sebab gula melaka tu kan manis, heeee.... :) Masa dia tengok kayap tu dia cakap aku kena kayap api, ni bukan kayap ular, biasa kalau ular kat pinggang, owh banyak jenis rupanya, mana lah aku tau ye dak.
Balik nanti kata Mak Siti, mandi & sapu bancuhan tepung ubi kayu yang dia dah bancuh siap² tu, tepung ni sejuk katanya, kayap ni panas, so insyaAllah boleh stop kan.. & of coz la dia ada bacaan tertentu yang dia baca kan bukan main sembur gitu je .. ngeeee, lebih tepung tu masuk peti, kalau tak basi.
Jumaat, Sabtu, Ahad aku kena sembur ngan Mak Siti. Maka selesai lah rawatan kayap dari Mak Siti tu. Katanya semua yang datang buat rawatan ngan dia ada kurang & InsyaAllah sembuh, sebelum ni pon ada seorang mak datang bawak anak kecik, budak tu kena gatal² kat tangan, takleh tido, gatal, pedih nak menggaruk je, 1st day Mak Siti sembur malam tu boleh tido dah, maknye kabo gitu, yang datang terkangkang kengkang pon ada sebab peha penuh kudis², gatal, pon disembur le juga, heee macam² orang yang datang sebab kayap, gatal², kudis ni katanya.. mana yang serasi ok le.. kita kan berusaha je, Allah SWT penyembuhNya.
Ahad sebelum balik tu aku hulur la barang seketul dua untuk Mak Siti sebagai tanda thank you tolong ubatkan aku, dia takde mintak tapi kalau nak bagi ikutlah seikhlas kita. Kemudian katanya kalau serasi & aku dah baik, datang balik untuk PULANG PAKU BUAH KERAS, maksudnya matikan ubat, sebab katanya kalau tak dia yang kena nanti, macam pendinding dia la gitu..
Lepas sebulan aku datang balik & kena bawak, buah keras yang ada kulit, asam jawa, garam, paku & ayam dara yang masih hidup, heee jenuh la mak aku nak mencari ayam minta tolong pakcik aku carikkan ayam daro kampung.
Rawatan mati ubat ni sekejap je, dia just sediakan dalam satu piring, buah keras 2 bijik, garam dua cubit, asam jawa sikit, & paku, lepas dia baca² sikit kat dapur, dia bawak datang depan & suruh aku makan sikit garam & asam jawa tu je, buat rasa² kat lidah, gitu je, takde dah kena sembur² heeee... gitulah kekdahnye pulang paku buah keras.
Alhamdulillah, sebenarnya dalam masa seminggu je lepas rawatan tu kayap aku dah kering & bila mandi dia tanggal sendiri. Mak Siti tu asbab je yang menyembuhkan semestinya lah Yang Maha Agung Allah SWT kan..
So aku dah mintak izin Mak Siti sebelum ni untuk publish nombor dia & dia setuju je, selagi dia boleh tolong, selagi dia sihat & kuat, insyaAllah dia tolong, lagipon dia dapat pengubatan ni dari emak dia, banyak sebenarnya yang dia dapat ilmu, tapi sebab tak amalkan, so lupa lah semua tu, yang kayap ni je yang dia masih ingat & praktikkan.
So aku dah mintak izin Mak Siti sebelum ni untuk publish nombor dia & dia setuju je, selagi dia boleh tolong, selagi dia sihat & kuat, insyaAllah dia tolong, lagipon dia dapat pengubatan ni dari emak dia, banyak sebenarnya yang dia dapat ilmu, tapi sebab tak amalkan, so lupa lah semua tu, yang kayap ni je yang dia masih ingat & praktikkan.
Call Only = +6017-7725883 (Mak Siti)
Rumah = Area Sungai Abong, Muar
0 org telah balas ngOmel:
Post a Comment
thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...