07 June 2016

Aqeef Fahmi yang sweet muwit

Masa Mother's Day hari tu, biasalah budak² sekolah mesti ada kena buat kad kan, lagi² si Aleisya tu tadika lagi, itu je lah kerjanya, asyik buat kadddd je, yang si aqeef pulak kad dia special sket.. 

Yang dia buat kat sekolah biasa² je lah kan, sebab semua sama je, cikgu print siap² then dorang just colour & tambah ayat² sket..

Tapi hari tu, aqeef mintak kertas, kalau dulu memang takyah mintak, buat je apa korang suka, colouring, gunting, wat kapal, lukis & etc, tapi sejak menjak asyik buat sepah je so abah dah monitor & warning, jadinya kalau nak kertas or nak buat something mintak permission dulu dari abah or mama, itu pon kena kemas mainan dulu baru boleh mintak kertas, *padahal bab mainan, affan yang suka sepah², sian abang yang kena* ekekekekekke

ok ok, lepas dia mintak kertas tu aku memang wat derk je lah sebab kalau dihimpun boleh penuh almari dengan lukisan dia, contengan dia tah apa² lagi, 3 buku lukisan pon dah penuh tiap helai, ya aqeef dia kreatif sket banding adik² dia..maybe kidal kot.

ada la aku jeling² sekejap apa dia buat sebab siap bergunting & gam bagai, tapi takat jeling je lah takde ambik port apa dia tulis & lukis tu...

Esoknya, petang aku balik kerja, nah ambik, atas lemari solek aku dalam bilik dia letak.


I Love you mom, Open


Buka
Siap bermangga kunci bagai, tapi kunci tak bagi pulak, hahahahha, aku pon buat² bukak guna kunci rumah :p




Happy mother's day mom, Selamat Hari mama :)
I sow love you mom, sow sow, wakakakaka..
(i so love u mom, so so)
 love tu kemain rajin dia kaler, gunting satu² tampal..



 yang paling klimaks nya ni ha...Mesej tersembunyi


Angkat .... Terima kasih kerana melahirkan abang...
**perghhh perghhh cair mak ko baca nak oiiii, hahahahha abah ko pun tak suwit muwit camni, dulu je ada sekali abah ko wat kerja sweet, masa belum kawen dulu, dia bagi kad raya sebesar kertas A3, hahahahha, mak simpan lagi nak sampai sekarang**

hurmm..nampak tak dia punya effort nak menawan hati mama, alahaiiiii, moga kamu suwit muwit begini sampai bila², hormat kaum wanita, jangan suwit muwit nak memikat pulak, wakakakka.

Disebabkan kad ni sweet bagi aku, so aku memang akan simpan la, antara karya² terbaek dia, kalau yang tak best, merapu, aku buang je...

Hari tu, nenek kelate dia datang, dia tanya mana kad dia buat tu, aku jawab entah, lupa letak, mama dah buang kot, saje je main angin dia... punya la dia bengang, aku bagitau, sapa suruh sepah² affan dah koyak² mama buang je lahhh..mihmihmih, padahal aku simpan.


Esoknya aku balik kerja dapat lagi 1 surat, tempat biasa dia letak, atas lemari solek aku dalam bilik....

 OPEN MAMA


Mama, kenapa mama buat kad abang hilang yang abang bagi dekat mama tu ha....baru je nk bagi nenek apalah mama ni kan .. Affan hmmmmm (muka marah)
*kahkah siap bernota bagai, padahal boleh je dia direct bercakap ngan aku kan, tapi suwit muwit nye pasal, yang kelako siap lukis muka nak marah kat affan sebab koyakkan kad dia*

Dari kecik dia dah camtu dah, suka tulis² nota kat aku.. 
sebelum ni aku ada tulis kat entri sini 



Sampai ke mama pon dah terjangkit main tulis² nota ni, time ni dia tak sihat, so tak gi school, aku siap² masak kat dia sebelum gi kerja, dia bangun dia baca dia terus call.. 


hahhaha ngade kan kisah mak & anak yang suwit.. 

Rindu pulak kat budak berdua tu, khamis ni mama balik le ambik korang..cuti sekolah dua minggu, seronok la dorang balik kampung nenek kat kelate tu, hari² call, hari² main hp nenek hantar voice msg thru whatsapp. Hantar pict bagi makan ayam la, mandikan burung la, ni dah dua malam ikut nenek gi teraweh, puasa..alhamdulillah..



Okbai...

















1 comment:

  1. suwitnyer abang aqeef..untung ler mama dapat kad cantik cmtu..

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati