11 May 2015

Latihan Pementasan 'Malam Gema Patriotisme'

Masa busy² bulan Ogos TAHUN LEPAS, ;p salah satu nya yang selepas Event Raya Jabatan adalah Pertandingan 'Malam Gema Patriotisme' sempena Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan KKLW bulan Ogos tahun lepas..KKLW stand for**Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah* hehe

dah nama malam, tak terfikir pulak aku yang pertandingannya nanti buat waktu malam kan, main join je lah, sebab cintakan negara & untuk aktiviti jabatan konon, hehe... bila tengok balik time pertandingan tu baru tersedar buat malam, so bila bincang dengan azim, dia ok untuk jaga anak² especially budak dedek Affan Fiqhry, baru lah decide & terus bagi keputusan untuk join..

Timbalan Ketua Pengarah kami baru bagitau 3minggu sebelum pertandingan ni, dalam awal bulan Ogos, memang kelam kabut dengan macam² kerja, dengan event raya, dengan lawatan dari KKLW utk HRMIS & lain² kerja, so rasa macam tak cukup napas bila nak kena berlatih ni...

Kami bagi setel kerja² lain dulu, event ke hape, baru lah dapat start berlatih... memo baru dapat 20 hb Ogos 2014 which is 7 hari sebelum pertandingan tu... memang gila kentang kan... mau tak kelam kabut, risau jangan cakap lah..

Sabtu & Ahad pun kena berkorban masa utk training, sib baik boley claim OT, haha


Pertandingan Sketsa Kemerdekaan ni nanti adalah antara agensi² di bawah Kementerian aku, ada dalam 11 group termasuk kementerian sendiri wajib ambik bahagian.

JAKOA @ Jabatan Aku (Jabatan Kemajuan Orang Asli)
KEMAS @ Jabatan Kemajuan Masyarakat, HQ Putrajaya
KESEDAR @ Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Gua Musang)
KETENGAH @ Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Dungun)
KEJORA @  Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Johor)
MARA @  Majlis Amanah Rakyat (Jln Raja Laut, KL)
INFRA @  Institut Kemajuan Desa (Bangi)
FELCRA @ Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Setapak Jaya, KL)
KEDA @ Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Alor Setar)
RISDA @ Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Jln Ampang, KL)
KKLW @ Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Putrajaya)

*ha gigih gila bg link semua jabatan kerajaan bwh kementerian aku* promote sangat*



So hari Rabu, 20hb tu, kami yg di HQ, kena ke Gombak.. Semua latihan buat di Mini Teater (Muzium Orang Asli, Gombak)



bila praktis atas pentas ni rasa la mcam tgh btol2 hari pertandingan,*konon*


Disebabkan kami ni kayu dalam berlakon, *aku je lah, yg lain2 semua berbakat*, so bos aku ada kawan di Astro, Encik Jailani, mintak tolong dia untuk polish kitorg punya cerita kasik smooth, cantik & sodap..& Encik Jailani minta rakan² dia untuk sama² dalam Projek Sketsa ni, tuan Pengarah Drama & Filem Mr Hazali & Mama Asmira, Penulis Skrip yang terrer bab² puisi, sajak, kehidupan orang asli & banyak sangat ada petua² tradisional. Mama memang best.



Sketsa kitorg berkisarkan kehidupan Orang asli yang berjuang dalam Sen'oi Praaq membantu Askar Malaya menjejak komunis. Senoi Praaq ni maksudnya 'pahlawan perang'..actually bukanlah askar maupon komunis heheeh....


so hari pertama sesi latihan setelah skrip & jalan cerita siap, dimulai dengan pemilihan watak... hah ambik.. banyak² orang dorang soh aku jadik mak, hamboihh mentang² badan debok macam mak², hahahaha...


Watak aku tak banyak la sangat, hanya 2 scene je, skrip pon takde, cuma hujung² je babak kedua tu aku kuar bawak anak² yg dah berjaya dpt ijazah sambil panggil shuben i, auuwwww... i jdik Watak MAK ORANG ASLI hokeyyy... & kebanyakan pelakon juga adalah staff kami dari kalangan orang asli. Berbakat sangat dorang neyhh.

orang² penting dalam ni of coz la audio team (dari unit ICT) & props manager, so kalau takde dorang dorang ni tak hidup la persembahan kitorg kan..


untuk permulaan sebab ramai yang belum dapat turun untuk berlatih, so aku tolong join scene bab orang kampong, tolong meramaikan penari sewang orang asli, kat sini la 1st time aku dapat menari sewang, setelah 7 tahun berkhidmat di jabatan kemajuan orang asli (kes tak pernah nak join aktiviti masuk kampong) =p




Elok berlatih tetiba datang seorang pelakon yang aku memang kenal sangat, gila kau Zaidi Omar datang tgk kitorg praktis, tak teragak²...mula la masing² gugup & tetiba keras mcm kayu, hahah *yg sebenarnya aku pemalu*. Tuan Zaidi datang tolong polish & ajar cara² body language atas pentas. Huih.. banyak sangat ilmu lakonan dia curahkan.. Beruntong dapat secebis ilmu..









hari ke  5 berlatih, stat pakai full dresses costume watak masing².. 

baju komunis, pahlawan Senoi Praaq & Askar malaya adalah disewa dari Muzium Angkatan Tentera, Port Dickson.. semua props² penari sewang disediakan oleh staff kami, Sali, penyanyi 'Bah Bola' kumpulan sewang femes.. selalu buat show untuk istana budaya.


 Antara prop yang disediakan oleh unit Logistik, rumah untuk orang kampong


Macam biasanya, dah jadinya bergambo yang lebey, praktis nye main² je.. haha, kami ada masa dalam lebih kurang 5 hari je untuk prektis, dapat tak dapat memang kena buat je lah.





Sepanjang 5 hari berlatih di bawah bimbingan Abang Zaidi, Abang hazali, Abang Jai & Mama Asmidar, banyak sangat ilmu kami dapat, memang tak ternilai harganya.. & dorang tarak sombong punya orang, humbleeeee sangat..








fewwiittt












Habis latihan pon still boleh lepak minum sama²...






Sambil boleh lepak makan durian sama²..


 haa..ambik ko... ;p







**Bersambung ke Malam Persembahan, nextt entry.. ;p

30 April 2015

Battle Blogger di Lasertag Warzone Wangsa Walk

Battle ??? Macam terer nau aku nak masuk battle, hehhehe... Battle kat dapor bersilat ngan udang champion la... :p

2 Minggu lepas aku join dorang main LaserTag ni... kat Wangsa Walk... sorry baru sempat update, kesihatan tak mengizinkan, nak menghapdet blog pon bercinta, apatah lagi BW.. :)

Mula² aku dapat tau pasal main perang² ni dari blogger nadiafarahida.. Dia ajak join ramai².. Memang kena main ramai² pon baru havoc.. Memula dengar LaserTag ni aku tak faham pon main dia camne, tapi bila kata lebih kurang paintball oooo so dapat la gambaran sket..

Pepagi aku & azim dah bangun setel kerja rumah sket & siapkan anak².. time ni leisya tak follow, tido rumah mummy dia, jadinya kami berempat je lah dengan Affan..

kumpul kul 12pm katanya, so kul 10lebih aku dah kuar rumah carik breakfast dulu.. Sampai wangsa walk konon nak makan kat CiliPadi sekali belum bukak daaa... kempunan azim nak minum Air Three Layer Tea dorang **Terbaekk bak ang** setakat ni kat situ paling sedap, sebab azim ni cerewet bab makan, memilih, so kalau dia dh cakap sedap tu maknanya sedap lah... mana² dia gi kalau order air three layer tea tu tak sama dengan CiliPadi Wangsa Walk sana... *konfius ni cite LaserTag ke Three Layer Tea sedap ni* hahaha

Ok, lepas makan so kul 12pm aku terus naik atas, Laser Tag War Zone ni di tgkat 2, dalam tempat Game tu, sebelah KaraokeBox.

molek pulak tempat ni dalam tempat game, jadinya memang seronok la affan & aqeef..

 #sib baik dia mintak seround je, kalau dia takmo turun ha jenuh


 #Entrance & kaunter daftar untuk beli ticket, ada screen sekali untuk tengok markah & progress sapa yg tgh berperang kat dalam..



bila semua dah berkumpul, so boleh lah masuk private room yang disediakan, mula² masuk je aku dah nampak ni...pergghhhh siap medal, nampak macam nak kena pergi berperang yang serius.. Terus rasa berdebar, kahkah..al maklum la seumur hidup 1st time pegang senapang, kecik2 mak x bgi main, dah jadik mak² ni baru dapat merasa... selalu perang kat dapor ngan ikan goreng je guna sudip, ekekekkeke
 
 Khas untuk pemenang pertama (Champion) & kedua (runner Up)
#Milik siapakah Medal Ini#




Sebelum apa², kena daftar dulu, untuk tentukan anda di group mana, aku cabut dua nombor, satu untuk aku & satu utk mr shuben, *gitu*

Dapat nombor 2 & 5, memula aku nak ambik nombor 5 sebabbbb jati diri aku memang nombor 5, tapiiiii entah ngape aku gi tukar fikiran pulak, time tu aku terdetik macam takpelah aku ambik nombor 2, so daftar azim kat group 5...



 Sib baik hari tu affan tak banyak ragam, takut dia bosan je, lagipon aku & azim team lain² so bole gilir² jaga anak²....




Sebelum start kitorang tinjau² dlu kawasan medan peperangan kat dalam... boleh tahan besor la, banyak tong² toxid utk korang nyorok dari ditembak, haha, tong kosong je, jgn sandar plk, mau terbalik..








Sebelum masuk bertempur, kitorang diberi penerangan dlu, camne cara menembak, pegang senapang, peluru laser mana yang nak guna, cara pakai jaket, semua² lah...

 

pastu tiap team diberi main seround dulu, nak bagi biasa menembak, biasa dengan warzone kat dalam & boleh la rancang strategi menggomol lawan, haha, time ni bolehla tembak sesiapa sesuka hati, takde team² lagi, nak tgk sapa champion marshall, striker dll..

ni senapang laser tu, ada warna biru, merah, hijo..tapi guna merah vs biru je...




Time tu aku gi toilet, so tukar team dgn hasben aku, kendian baru join masuk ngan team 5, team sapik boifren nadia ni... sebenarnya masuk je mula² terus debor, dah la dorang main masuk terus meluru port depan, port atas, port dalam², senang nak nembak curik.. huh

 



Ada 6 team semuanya, aku team 2, so memula battle aku lawan team 1

antara team aku, mekonie, eazyizuddin, penaberkala, mawardi & adik noury kalau x silap.. sampai hati tak bergambo ngan aku, hashtag #sentap, hahahhaha joking time ni aku tak masuk lagi, tah mana aku gi..mak² betul ..


1st round aku main cara selamat je, nyorok, lari pon sikit² je, saje nak tengok rentak permainan, tapiiii koman² kuar team kitorg menang, hehehe & aku dpt ranking sniper tak ingat plak berapa markah aku.. kuar² korang boleh tengok markat kat screen depan kaunter ni..tapi sebelum tu tgk dulu pistol ko markah dia.


Baru nak berehat kena terus masuk balik lawan team 4 kot ke team 6 x ingat plk...  hoh dah baruuu nak tarik napass kena masuk balik bertempur...

Second & 3rd game aku memang main gila², siap naik slide atas gempur sniper dorang, hahaha memang lawak la ingat bali, pastu pi depan² musuh tembak dari depan nak markah banyak le konon.. masa kat dalam tak sedor diri, kuar² je terus togok ayor 1 botol, haus n penat nye pasal  padahal main 7minit je 1 game, fuhhh

So 4x jugak lah kitorg kena bertempur untuk menentukan markah group memasing...


Ni result game hari tu...

1st place : Team 5 (Team Shuben)
2nd place : Team 4
3rd place : Team 3
4th place : Team 6
5th place : Team 2 (Team Aku)
6th place : Team 1

Nampak tak permainan nya kat situ, kalau aku pilih daftar team 5 nama aku mesti aku dah juara, hahahahha *ayat sedapkan hati*, padahal team 5 memang memasing champion, mr jamar manjang markah marshall - higher, azim pon memang terer nembak, markah 3ribu sesaje, ye lah kalau dah kerja badan beruniform yg memang dapat training menembak tu, kalau tak menang memang saje je lah kan...

Seronok la tu, 1st time main terus champion, dapat medal dapat voucher..


Ni team² lain masa penyampaian hadiah, baru snap dua tiga pict terus bateri kong, kes affan main game nye pasal...

Team champion hari itu, miela je sorang bunga disitu...



 tak aci tau dua beradik ni satu team, jeles dorang dapat medal..






 huishhhhhh seronok sangat rasanya that day, memang have fun kitorg mak pak ni, hehehe, selama ni busy urus anak² & @spadirumah je, so masa bersuka ria tu terpaksa dihadkan, bila ada aktiviti camni, rasa best lah, sekali sekala lari dari kesibukan...

Memang pasni aku akan carik team lagi untuk bertempur, gian pulak rasanya, sampai termimpi² lah, ahhahahahhah....






Untuk korang yang berminat nak ber battle kat sini, minimum 1 team 3 orang kalau tak silap, & boleh bawak anak² main yang berumur 6 tahun ke atas, haaa boleh buat event sesama family plk pasni... best kan...

Aku sarankan ambik pakej Party tu, siap makan segala, so kalau bawak anak² kecik boleh lepak dalam private room tu, ada locker sekali.. tapi kalau just nak merasa  1game pon momantai ambik 1 battle RM20.

Apa² contact dorang dulu utk booking or pertanyaan.

Info :
Call : 03- 4131 0006
Facebook : Laser Warzone






Terima kasih pihak LaserWarZone Wangsa Walk, Terima kasih adik beras NadiaFarahida, Terima Kasih semua blogger yang sudi berperang sama² that day, sorry kalau kakak main ganas², sorry kalau tergomol, terpegang, sorry kalau ada yang terasa hati, ahhahah *sebab aku main ganas sangat sampai ada yang pegang senapang aku tak kasik tembak dia* hahahha, aku tak ingat sapa tapi maafkanlah lah sebab kakak masuk je dalam tu terus sawan nak menembak, maafkan kakak yang terlebeyh membunuh... :p

Terima kasih pada empunya pict, halal kan akak pinjam ye... ngeeeeeee....
..
..
..
..
p/s : nak main lagi weyhhhh, jom korang buat team...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati