14 November 2013

Aqeef Report Card Day

Minggu ni minggu last persekolahan kan, so ofcoz la aqeef pon school holiday, maknanya cukup la setahun pembelajaran aqeef di Tadika Ayer Panas, Setapak. (Chinese and English Programme). Aqeef ambil Chinese Class, babah dia punya niat nak sekolahkan dia sekolah cina sampai hbis SPM, gitu...



Bulan jun yang lepas, kena ambik report card utk mid term punya exam... Sementara tunggu giliran kami, sempat la snap barang sekeping dua, abang aqeef takyah pemmaluu sangat hokeyyy....






Time ni cikgu bgtau prestasi aqeef sangat bagus.. alhamdulillah, walau hanya start belajar bulan April - Jun tapi otak aqeef dapat tangkap dengan mudah semua pembelajaran yg di ajar, siap kena puji aqeef mudah terima pelajaran... :)

Kebanyakan matapelajaran dapat markah penuh & highers dalam kelas, untuk pertengahan tahun ini, Aqeef dapat Nombor Satu, yeayyyyyy alhamdulillah....so disebabkan aqeef pandai & rajin belajar, makanya kopaklah poket mama & babah nye belikan hadiah untuk dia... sudah lah mintak Set mainan thomas train (makan ratus² gak set dia , huuuuuuuuu)



Pagi tadi pula, rupanya² report card day dia untuk Akhir Tahun Pembelajaran, apa daa cikgu tak bg surat, aqeef pon tak bagitau, ha eloklah, nasib baik masa abah dia hantar, teacher dia panggil....

Alhamdulillah Syukur... sekali lagi Aqeef mengekalkan kecemerlangan dalam semua subjek, Mandarin je kantoi sket, but still dalam A level...




Teacher dia bagitau, aqeef dh mcm leader dalam kelas, sebab tu kalau aqeef tak datang one day, kelas akan senyap, students yg lain pon tak high nak belajar...haha, mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasik kan, kikikikiki.... yang kelako bab 'Singing' A tu, kihkihkih, bakat turun temurun... *perasan*

Alhamdulillah, Aqeef merupakan top student dalam Junior Chinese, so tahun depan teacher bgtau katanya aqeef akan masok tros class SC1, maksudnya tak duduk dah dalam Junior Chinese 2, sebaliknya Lompat tros ke kelas Senior Chinese 1, aminnnnnnnn....

Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak yang pintar & bijak kepada kami, walau nakal aqeef jangan cerita la kan...boleh buat mama & abah jadik tarzan 24 jam, hahahahaha....

InsyaAllah mama & abah akan jaga permata hati kami semua dengan baik, marah bukan bermakna kami membenci tapi marah kerana mama & babah sayang kan kamu semua, mahu kamu semua jadik 'orang'....

 **comel tak gurl bawah sekali ni, rachel namanya, bakal menantu mama, hak hak hak**



p/s : abahnyeeee.....jangan buat² lupa ye janji² manis kalau aqeef periksa nombor satu, hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati