26 March 2015

Turunkan Berat Badan dengan Produk Assez Slymm

Cerita bab berat badan & kegemukan ni boleh buat tension, hahahhahaha..... macam entri aku sebelum ni, pasal kegemukan DI SINI, aku boleh kurus 10kg sebulan hanya dengan Diet Tanpa Produk, tapi disebabkan tetiba aku sakit lutut sebab terlampau extreme exercise masa berat membadak & sampai kena jalani fisioterapi terus aku down & semangat diet hilang dibawa angin sepoi² malam..

Dari 83kg last timbang pada 19/02/2014, pastu aku kembali makan mcm BERUANG balik, tup² februari 2015 aku dah rasa badan mengembang balik, memberat, sekali timbang hambik kauuuuuu...

Setahun selepas itu, gila babeng naik balik kembali macam dulu & lagi berat pulak tu... T______________T






Untuk buat balik Diet macam dulu, tak makan apa² produk, hanya kena fight dengan nafsu makan, & pilih² makan, aku dah tak boleh nak buat dah, tak tau lah nape, semangat dah hilang terus hahahahha...walau skang ni lutut dah baik lepas 2bulan kena fisio kat HKL, tahun lepas, tapiiiii semangat nak menDIET tu terus hilang, apatah lagi nak berzumba tiap petang balik kerja ngan anak² depan cermin, heheheh... takut dtg sakit lutut balik *seksa*

Hurmm...Nak makan produk² kurus yang berlambak kat pasaran ni, memang tak lah, aku takut sebab aku masih menyusu Affan Fiqhry, walau dah 2 tahun 1 bulan si budak dedek gediks tu..... so hasrat berdiet ku pendamkan aje, konon nak tunggu Affan putus menyusu, tapi non hado nye, dah pernah cuba tapiiiiii meraung² si Affan ngamok aku tak bagi nenen, haha habis tu camno nye... *pendam je hasrat nk kurus sambil makan produk* (eleh banyak no alasan kalau nak diet tu kan)

Alhamdulillah bila diperkenalkan dengan produk ni... Assez Slymm, satu revolusi baru untuk menurunkan berat badan. Dia bancuh & minum je.. Khasiat dia yang aku suka,  membantu menurunkan berat badan, membakar lemak dengan cepat, menghalang penyerapan karbohidrat yang menjadi lemak, melawaskan (DETOX), menegangkan kulit dan menambah tenaga.


Formula Assez Slymm yang diadun indah ini buat aku rasa kenyang berpanjangan TANPA RASA SAKIT PERUT kena menahan lapar ke, memulas² ke idok ada..

Maknanya selain aku dapat menurunkan berat badan, Assez Slymm ni juga dapat mengekalkan kesihatan & tenaga yg optimum agar aku bersemangat setiap hari, ceeaaaaa...

Yang paling best nyeeee sebab dia berasaskan herba & bijiran je, takde bahan² terlarang & kimia yang merbahaya tu dannnnnn selamat untuk wanita mengandong & menyusu, haaaa tu pasal aku berani minum Assez Slymm ni... Rasa dia humang haihhhh sedapnyeeee .. Bau dia macam Lempeng, rasa dia mcm nestum & Oat sikit... yummeh









1 kotak ni ada 20 peket, boleh ambil 1 kali sehari atau 2 kali sehari untuk kesan yang cepat, disebabkan aku nye berat 2 kali berat korang jadinya aku ambik 2 peket sehari, ambik pagi sebelum breakfast masa perut kosong, & malam sebelum makan malam.

Tapi cara aku, ambik pagi & kemudian tu just ambik breakfast ringan je, macam telur rebus dua bijik ke, roti sekeping ke, sebab dah rasa kenyang dah...kalau lepas tu aku makan over² mcm nasik lemak ke, mee goreng ke, dia punya kenyangggg kadang sampai malam pon aku still tak lapar.

Malam pulak, aku just minum ni je pastu tak makan dah, kalau lapar pon aku makan gak nasik tapi makan sikit je dah kenyang...kadang tu nafsu kan, walau dah kenyang pon still nak mengketedarah jugak, tapi makan sikit je dah kenyang, heheheh. Bagus le gitu.





Disebabkan dia dalam bentuk sachet camni, so senang aku nak pi mana², kalau gi keje aku bawak sepeket masok handbag, pastu kalau member² ajak minum sama, aku just order je air panas kosong & mintak sudu, bancuh assez slymm & minum tu je... Momantaiii

#No hal kalau ko minum kat mana pon, kat Subway pon ada air panas apa, dia tak charge pon, ekekekek leh je bancuh assez slymm#



#Time nak hujung² tu lagi best, keladak² dia rasa mcm nestum pon ada, oat pon ada, barley pon ia jugak, tu yg buat kenyang tu.



#macam pagi tadi member ajak minum mamak, pon no hal apa, mintak air panas je & sudu, tuang & kacau je Assez Slymm ni, dia cepat larut... Sekali hirup je dah habis secawan *ok aku tipu, hehe*


Selama 1 minggu aku consume Assez Slymm ni, save duit minum pagi, hehehe, kadang² je kuar duit RM0.40 sebab bayar duit air panas kosong tu kat NZ, cekik darah betul, free je dah la, hahah..



Dannnnnnn.... resultnya ialahhhh


#kurang 0.4kg dalam masa sehari...#





#Dua hari lepas tu turun lagi, 0.9kg#





#Selepas seminggu dah turun lagi 0.7kg, menjadikan jumlah penurunan SEMINGGU je consume Assez Slymm ni adalah 2kg, yeayyyyyyyyy#






Korang tak percaya takpe jap, scroll lagi, tengok testi lain...






#Yang ni testimoni termuda yg consume Assez Slymm ni#







#Best Giles Diet tapi susu tak merudum#

Yang ni aku akui, sebab, walaupon aku menyusu affan tapi dah lama aku tak memerah kat opis sebab affan memang dah campor Fm & dah makan kan, so balik baru aku direct je sua nenen kat Affan, dan aku notice sejak minum Assez Slymm ni bila balik rumah je nenen aku mesti bengkak, selalunya dia sedang² je... hurmmmm berbaloi² produk Assez Slymm ni KURUS + MILK BOOSTER...



Amcam ? Tanpa bersenam pon, Tanpa diet ketat, Tanpa Berlapar (tu yg penting), Tapi jangan lupa minum air kosong banyak² untuk melancarkan proses penurunan berat badan korang, Formula yang aku guna..


                                           (Berat Korang)                       ??
                                       ________________      =      ______   Liter Sehari
                                                 25 KG


Macam aku berat sekarang 91kg/25kg = 3.64liter sehari, tapi aku selalu minum lebih, lagi cepat proses buang toksin tu...


Amacam, Best tak..Mesti La Best, ni kalau aku start exercise sikit², Kontrol Makan, Konfem lagi cepat turun berat aku ni..... **kelip² mata sambil bayang body JLo** kahkah





Untuk korang yang berminat dengan produk Assez Slymm ni 
 Harga dia Normal RM150 sekotak, tapiiiiiiiii beli sekarang la, tengah ada 
PROMO RM99 je sekotak untuk Semenanjung Malaysia, & Rm110 sekotak untuk Sabah/Sarawak & lagi bestnya FREE POSTAGE


Untuk korang yang membeli produk ni, ada diberi EBook Panduan Kurus Tanpa Senaman dalam bentuk PDF File... yang korang boleh download secara PERCUMA..




Ha, mudah kan, dah la dapat produk, dapat panduan lagi..



Ada lagi yang best, nak tau apa dia??? Let say la korang dah ikut panduan ni, dah minum berkotak² tapi still tak reduce berat, haaaaaaa...
JAMINAN MONEY BACK GUARANTEE ADA, No Worriessss...







******************************************************************************************
YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK ASSEZ SLYMM NI, 
Boleh Buat Pembelian melalui :



Call/SMS/Whatsapp : 013-920 0106 (Hotline No.)

Follow INSTAGRAM : @Assez.Official

******************************************************************************************




Nah ambik muka orang yang dah turun 2kg dengan Assez Slymm ni, 
muah ciked kat Assez Slymm

#takyah guna 360' boleh tak#
;p


23 March 2015

Percutian Saat Akhir di Gold Coast Resort, Morib

Lama rasanya family aku tak dapat berlibur bersama, punya lah payah nak mengumpul sorang² punya freetime.. Biasalah bila masing² dah berumahtangga ni kan, komitmen masing² dah tak sama, kadang elok2 dah plan sekali sorang tak dapat ikut, sorang gi outstation lah, yang tu tgh berpantang lah, hahahhaha macam²..

Plan nak berlibur di Gold Coast Resort, Morib ni dari tahun 2013 lagi, eekekekekee... Itu pon sebab beli offer di Dealmates.com sana. Beli 3 bilik je, aku, abang second & sebilik lagi utk makpak.. yang lain² not sure so tak beli time tu... Harga sebilik time ni RM198, skang banyak yg dah offer lagi murah.



Sebelum pergi ni aku baca semua review pasal Gold Coast, kebanyakan nya bad review sebab macam² mende jadik.. bilik penuh la, check in kena tunggu berejam la, bilik jauh kena berjalan, bilik tak sempat kemas, air panas takde, kettle takde, air-cond rosak, bau busuk malam², breakfast hall penuh, banyakkkkk sangat, tapi aku tawakkal jelah, harap² tak kena kat kami nanti, lagipon ada jugak review yang ok, seronok, puas hati, so aku anggap je rezeki aku pergi nnti ok...


Mula nya rancang nak pergi dalam bulan 6 kalau tak silap, cuti sekolah, tapi disebabkan time tu aku pulak yg banyak komitmen lain, so terpaksa tangguh lagi sampai akak ipar aku pulak habis pantang bulan 12 nanti...

Sudahnya hujung² kupon ni nak expired baru berkesempatan pergi bersama, heheheh, sib baik tak penuh sebab aku booking 3minggu sebelum, itu pon banyak kali balas email sebab nya aku mintak 3 bilik dia confirm 1 bilik je, alahaiiii payah no rasanya..

At Last sampai lah tarikh nya, 16hb Disember 2014, minggu selepas abang aku kahwin, so time ni bapak aku still bercuti alang² tu yg booking time ni.

pagi² gerak sama dri pulapol dua keta je, lalu jalan mana aku tak sure sebab abang aku yang bawak, muehehe, tau² dah sampai je..

Me & my father turun gi check in (anak bapak kan*), alhamdulillah tak ramai pon, pergi² kaunter kosong, yang besttttt nyeee..seingat aku masa aku beli kupon ni, aku beli yang dinner je, theme park & breakfast not include, tapi bila check in & dah bayar surcharge Rm50 sebilik dia bagi semua katanya include, waoo weeee berbaloi²... 

Dapat suites jacuzzi + dinner + breakfast & themepark dua dewasa, so total 3 bilik ada 6 tiket water themepark nnti..

Terus laju² punggah beg, siap bawak toto & bantal lagi.. *anak seploh kan*

Tapi memang pon bilik dia jauh, dari receptionist tu ke sana berminit² gak la.. takpe nak syok nye pasal.. ada tiga kunci, aku pon tak tau mana bilik yang mengadap theme park, mana ngadap hutan, mana bilik katil single mana double, so main hulur² je lah antara kami 3 bilik... Bilik kami di tingkat 4, aku & mak sebelah menyebelah, abang pulak bilik depan


Masuk² bilik yeayyyyy bilik ngadap theme park, katil pon queen, boleh berasmara dana :p
Tapi sian la abang & kak ipar aku dapat bilik ngadap parking keta rasanya, tak teringat pulak masa nak check in tu..




Bilik pon besar, memang tepat la aku bawak toto, so anak² tido diam² kat bawah ye, kasik can makpak ye..









Kiddos are really excited, memasing memang tak menyabo nak turun terjun je..tapi kutahankan sebab nak melepak melepas penat dalam bilik dulu.




Yang buat teringin nak kesini sebab jacuzzi dalam bilik ni, konon nak bermanja berendam kasih sayang dengan abam ajim la nanti..



Alhamdulillah bilik dalam keadaan ok, air-cond ok, kettle ada, kipas pon berfungsi, TV, air panas semua ok, cuma bilik mak aku je telefon rosak, rupanya cable longgar je, yg lain² goes well.. 

Disebabkan anak² dah tak menahan nak main air, so aku rendamkan dalam tub je dulu, sementara aku & azim terbongkang menikmati keenakan tilam otel :p *ok aku tipu, takkan dapatnye nak tido, mcm la si affan tu benarkan, kang kejap dah manjat nak ngempeng, memang tak bagi can langsong..

dalam 4 lebih konon nak turun la mandi, sampai bawah dorang tutup dan² sekali hujan daaaaaaaaaaaa.... frust kiddos sebab dah bersiap² nak mandi... naik la balik berharap hujan reda cepat..


Aktiviti sementara hujan reda adalah makan bekalan yang dibawak, roti sapu peanut butter, sebungkus roti tu habis kat dorang je, lapar sangat le tu..





Sementara hujan teduh, memang berlari je lah budak² hilangkan bosan, elok pulak dapat bilik hujung, ada celah koridor sikit..situ lah tempat bermainnya..




Ngam² dalam 5lebih nak ke pukul 6pm hujan reda & dorang bukak balik themepark, terus kami gegas turun mandi, disebabkan makpak aku taknak masok, so ticket dorang bagi kat akak aku satu & aku ambik satu, maknanya ticket leisya je lah kena beli kat kaunter. Tambah RM20 ke Rm25 tah lupo.


 Credit pict : SINI
*Affan & anak abang aku je free sebab below limit tinggi yang ditetapkan*


*Tiket ni valid selama mana kita menginap kat sini, maknanya kalau dah pakai jangan le bukak sampai lah ko dah taknak main air dah atau smpi ko dah nak checkout*




*etika berpakaian semasa mandi tu, tapi aku tengok ramai je yang tak follow, aku pon pakai je spek masa ni, mueheheh*



main sekejap je sbb nak naik mandi siap² untuk dinner pulak. Kang lambat penuh pulak hall tu.. Kul 8pm kitorang turun, belum ramai lagi, makanan pon panas ..



* i love u makpak yang cantik jelita hensem kacak bergaya *





Dalam kul 9 lebih, perut dah kenyang, affan pon dah start ngamok, time tido & ngempeng dia, so naik bilik je tidak lah bersiar² di tepi pantai sana, aku pon tak tau arah mana pantai, muehehe... Tapi makpak aku sempat la berjalan² meninjau sekeliling.. Azim pon dah tak koser, ngantok katanya, elehh signal² nak bermadu kasih le tu :p


Malam tu semua tido awal, anak² pon penat main petang tadi, kul 12 semua dah kebabom, ngorok.. 

Besok bangun pagi, siap anak² & turun breakfast, mak pak aku dah turun dulu, dah ramai katanya, kul 7.30pg..


Time breakfast ni kena bayar tambahan untuk aqeef & aleisya, berapa ringgit dah tak ingat, masa dinner malam tadi korang tak jaga pulak pintu tu.. bagi je la free, ekekekekek.. Makanan dia sedap lah so far, macam² ada.. budak2 pon dah lapar, so lahap je tak tunggu dah, pancake dia sedap, lembut, feveret aqeef & aleisya ..

*wrist band pon still tak bukak* 


Lepas breakfast, aku memang dah malas nak mandi dah, so azim & anak² je pergi, aku, mak & affan pusing² sekeliling.





Konon nak jalan sampai kawasan beratap sana tapi tetiba hujan renyai² mai pulak, sebelum dia lebat pusing lah balik ke hotel, frust mak i, dia nak berposing sakan area situ, sorry le mak, next time ada rezeki kita jalan lagi.. :)



Naik atas, aku pon berkemas le, nak check out sat lagi, azim, abang aku, aqeef & nayli je lah yang sambong mandi, lagi 3 budak kena kuarantin.

Mak² & nenek lepak atas sambil gosip.. my bapak sambong rest kat bilik..




*skodeng boifren masing² dari tingkat 4*


*lagi 3 budak dok main pusing² air tu*





* Affan Fiqhry & Little Cousin Qaid Zafran Dhamin*



Kul 12 Checkout, berjalan² tengok Avani, Makan² & balik KL, kembali menjalan kan rutin biasa.. Tah bila nak dapat kumpul ramai² macam dulu, masa ke Permaisuri Resort, best... satu family aku ada..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati