05 August 2014

CelopCelop Satay Celup Warisan di Melaka

Kisah Food Hunter bermula kembali, hehehhehe.. ini member ofis aku yang suggest, katanya selalu tengok member² fb upload pict makan kat sini, sebelum² ni aku memang teringin nak mencuba, tapi tak tau pulak ada kedai melayu islam, sebab selama ni dok tengok kat channel AFC tu kedai chinese je banyak yang buat style makan celup macam ni...

Lagi pula kedai ni kat melaka ohoiii, lagilah tah bila nak perginya, hehehe.. kebetulan sabtu lepas, syawal ke 6, adik husband aku bertunang, kalau ikutkan tak dapat pergi, tapi dah alang2 husband ambik mc pagi tu baru buat plan, kul 8.30am decide nak pergi melaka, haha, berkejar dengan majlis start kul 11am, haruuuuu

Setel majlis, singgah rumah adik bapak aku, dah dekat sangat dengan tempat bakal biras ni, dalam 15minit tak sampai, so singgah beraya dengan atok, dalam kul 5.00pm kedai ni dah bukak, so boleh lah singgah, merasa la sikit kan, karang dah balik kl tak kempunan, katanyaaaaa...lagipon dekat je ngan rumah makcik aku, xsampai 10minit..




Time aku pergi hari tu ada promo, Buffet All You can Eat, ehhehehe tapi tak le ambik buffet sebab konon nak merasa je lah kan...




Pagi otw nak gerak tu aku dah call siap² kedai ni, hehehe sib baik dah bukak, dorang tak cuti raya lama², so boleh lah merasa..aribbaaaa




 
Kitorg carik ikut waze & maps je, search aeon bandaraya melaka, so kedai ni lokasinya di bangunan blok kedai bersebelahan AEON & TESCO, dari tepi jalan memang dah boleh nampak


Simpang nak masuk nye depan sket di bangunan ada signbod OHM ni..




Kedai memang bersih & selesa


Setiap meja ada bekas untuk isi kuah ni, time customer datang, dorang akan tambah kacang kisar dalam tu...


Big Boss tengah tengok menu tambahan & air.. **bigger la sangat**



 semua cucuk² tu korang pilih sendiri dalam peti ais ni.. owhh lupa nak habaq kalau tak ambik buffet, so harga 1 cucuk RM0.80


 
Sebab nak merasa je, so pilih sikit² je dulu kalau sedap ambik la lagi kan... ni pon dah 20cucuk, hikksss


 
Si affan skang makin melasak, so kena makan cepat²  & balik... sebelum dia ajak main bola dalam kedai.. =p

 Rebus segala cucuk² dalam kuah dia





 Aqeef & aleisya keje nak main masak² je, makannye idok, dok makan sosej dua cucuk pastu taknak dah..kalau ambik buffet mmg rugi... lagipon kuah dia pedas sket..dah habis yang aku ambik tadi, big boss pulak bangun pi pilih lagi 10cucuk, huhuuhu tadi dia cakap kenyang... :p


 Total makan kat situ hari tu... 30cucuk, plus air = RM32 ++ camtu.... kalau ambik buffet ( RM16.90 x 2 ) + ( RM8.90 x 2 ) = RM51.60, untuk kanak² aku takde lah menanya kan stat umor berapa yg kena bayar tu, so korang decide la sendiri, kalau lapar better ambik buffet, so berbaloi..




Bagi yang nak rasa boleh carik sendiri kat melaka nu...

Info dorang..


Alamat : No. 6 Jalan Lagenda 3, Melaka 

No. Handphone : 013-6600892

Masa Operasi : 5.00pm - 12.00am (ISNIN - TUTUP)

Better call dulu, kan senang..

01 August 2014

Salam Aidilfitri 1435H : Syawal ke 5

Selamat Hari Raya korang, hari ni syawal ke 5, aku dah stat keje, semalam lagi dah stat, huh memang lemau nak masuk keje, pengasuh pulak cuti lagi.. berangkut le anak ke ofis...aku tak apply cuti sebab beraya kat kl je dgn adik badek semua..lagipon nak simpan cuti untuk raya haji nanti, akan beraya di pasir puteh dengan mil, dah le raya haji jatuh hari ahad, mau² kena apply 5 hari direct tu, wuhuu.. so kna save² la cuti yang ado berapa kerat je ni ha..


semalam, kena hantar leisya gi school, sebab dia tadika chinese & ada daycare sekali, so takleh la nak cuti lama² kan.. abang dia still cuti, so duduk kat rumah dengan affan dengan abah, abah hari ni baru stat keje.. & tengahari tu keluar ambik leisya & bawak ke ofis tros, lagipon kawan aku pon ada bawak anak dia gak, si aida batrisyia yg comey lotey ni.. dah dua² nama sya, bila panggil dua² pandang, hehehehe....

Mula² malu, lepas tu mau mau, si leisya ni...
 
 Aleisya Fazryn 4 Tahun
Aida Batrisyia 5 Tahun


Hari ni, disebabkan abah dah keje, so terpaksa bawak affan pulak masok opis, leisya sekolah & aqeef ikut abah sekali bertugas dalam pos, setel masalah, tengahari tdi balik anta affan... sian affan, tak jenero tido kena pangku je, kang letak bangun pulak.. sudahnya bangun, ngamuk, sakit badan kota kena pegang je...

ni le perangai baru si affan, tengok cermin ke camera ke, nanti dia senyum gini, budget cute le konon... ni video aku post kat IG tadi.. IG : mushmoora   

gedik sangat tau

ok lah, nak 5.30pm dah, masa untuk balik rumah pulak... stat bulan Ogos kembali menjadi masa biasa datang keje, takde dah masuk² awal balik awal bulan puasa .. ekekekke

Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat hari raya buat semua yang suka membaca blog marhaen saya & tak best pon ini.... hehehhe SALAM AIDILFITRI 1435H, MAAF ZAHIR & BATIN

IKHLAS Dari Lubuk Hati
Jiji
Azim
Aqeef
Aleisya
Affan
& Baby.... erkkkk ??? hahhahah yang ni next 2 years bole tak, kikikiki kasi affan putus menyusu dulu... *ada hati lagi tu*


Tahun ni, Tema Hijau Emerald, baju recycle je, pakai yang masa wedding adik aku dua bulan lepas, hhehheheh entri wedding kelaut dok dalam draft tak siap² lagi.. cuma aqeef & leisya je baju baru, sebab masa wedding adik aku dulu dorang jadik flower gurl/boy... so mmg tak buat baju hijau ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati