23 March 2015

Percutian Saat Akhir di Gold Coast Resort, Morib

Lama rasanya family aku tak dapat berlibur bersama, punya lah payah nak mengumpul sorang² punya freetime.. Biasalah bila masing² dah berumahtangga ni kan, komitmen masing² dah tak sama, kadang elok2 dah plan sekali sorang tak dapat ikut, sorang gi outstation lah, yang tu tgh berpantang lah, hahahhaha macam²..

Plan nak berlibur di Gold Coast Resort, Morib ni dari tahun 2013 lagi, eekekekekee... Itu pon sebab beli offer di Dealmates.com sana. Beli 3 bilik je, aku, abang second & sebilik lagi utk makpak.. yang lain² not sure so tak beli time tu... Harga sebilik time ni RM198, skang banyak yg dah offer lagi murah.



Sebelum pergi ni aku baca semua review pasal Gold Coast, kebanyakan nya bad review sebab macam² mende jadik.. bilik penuh la, check in kena tunggu berejam la, bilik jauh kena berjalan, bilik tak sempat kemas, air panas takde, kettle takde, air-cond rosak, bau busuk malam², breakfast hall penuh, banyakkkkk sangat, tapi aku tawakkal jelah, harap² tak kena kat kami nanti, lagipon ada jugak review yang ok, seronok, puas hati, so aku anggap je rezeki aku pergi nnti ok...


Mula nya rancang nak pergi dalam bulan 6 kalau tak silap, cuti sekolah, tapi disebabkan time tu aku pulak yg banyak komitmen lain, so terpaksa tangguh lagi sampai akak ipar aku pulak habis pantang bulan 12 nanti...

Sudahnya hujung² kupon ni nak expired baru berkesempatan pergi bersama, heheheh, sib baik tak penuh sebab aku booking 3minggu sebelum, itu pon banyak kali balas email sebab nya aku mintak 3 bilik dia confirm 1 bilik je, alahaiiii payah no rasanya..

At Last sampai lah tarikh nya, 16hb Disember 2014, minggu selepas abang aku kahwin, so time ni bapak aku still bercuti alang² tu yg booking time ni.

pagi² gerak sama dri pulapol dua keta je, lalu jalan mana aku tak sure sebab abang aku yang bawak, muehehe, tau² dah sampai je..

Me & my father turun gi check in (anak bapak kan*), alhamdulillah tak ramai pon, pergi² kaunter kosong, yang besttttt nyeee..seingat aku masa aku beli kupon ni, aku beli yang dinner je, theme park & breakfast not include, tapi bila check in & dah bayar surcharge Rm50 sebilik dia bagi semua katanya include, waoo weeee berbaloi²... 

Dapat suites jacuzzi + dinner + breakfast & themepark dua dewasa, so total 3 bilik ada 6 tiket water themepark nnti..

Terus laju² punggah beg, siap bawak toto & bantal lagi.. *anak seploh kan*

Tapi memang pon bilik dia jauh, dari receptionist tu ke sana berminit² gak la.. takpe nak syok nye pasal.. ada tiga kunci, aku pon tak tau mana bilik yang mengadap theme park, mana ngadap hutan, mana bilik katil single mana double, so main hulur² je lah antara kami 3 bilik... Bilik kami di tingkat 4, aku & mak sebelah menyebelah, abang pulak bilik depan


Masuk² bilik yeayyyyy bilik ngadap theme park, katil pon queen, boleh berasmara dana :p
Tapi sian la abang & kak ipar aku dapat bilik ngadap parking keta rasanya, tak teringat pulak masa nak check in tu..




Bilik pon besar, memang tepat la aku bawak toto, so anak² tido diam² kat bawah ye, kasik can makpak ye..









Kiddos are really excited, memasing memang tak menyabo nak turun terjun je..tapi kutahankan sebab nak melepak melepas penat dalam bilik dulu.




Yang buat teringin nak kesini sebab jacuzzi dalam bilik ni, konon nak bermanja berendam kasih sayang dengan abam ajim la nanti..



Alhamdulillah bilik dalam keadaan ok, air-cond ok, kettle ada, kipas pon berfungsi, TV, air panas semua ok, cuma bilik mak aku je telefon rosak, rupanya cable longgar je, yg lain² goes well.. 

Disebabkan anak² dah tak menahan nak main air, so aku rendamkan dalam tub je dulu, sementara aku & azim terbongkang menikmati keenakan tilam otel :p *ok aku tipu, takkan dapatnye nak tido, mcm la si affan tu benarkan, kang kejap dah manjat nak ngempeng, memang tak bagi can langsong..

dalam 4 lebih konon nak turun la mandi, sampai bawah dorang tutup dan² sekali hujan daaaaaaaaaaaa.... frust kiddos sebab dah bersiap² nak mandi... naik la balik berharap hujan reda cepat..


Aktiviti sementara hujan reda adalah makan bekalan yang dibawak, roti sapu peanut butter, sebungkus roti tu habis kat dorang je, lapar sangat le tu..





Sementara hujan teduh, memang berlari je lah budak² hilangkan bosan, elok pulak dapat bilik hujung, ada celah koridor sikit..situ lah tempat bermainnya..




Ngam² dalam 5lebih nak ke pukul 6pm hujan reda & dorang bukak balik themepark, terus kami gegas turun mandi, disebabkan makpak aku taknak masok, so ticket dorang bagi kat akak aku satu & aku ambik satu, maknanya ticket leisya je lah kena beli kat kaunter. Tambah RM20 ke Rm25 tah lupo.


 Credit pict : SINI
*Affan & anak abang aku je free sebab below limit tinggi yang ditetapkan*


*Tiket ni valid selama mana kita menginap kat sini, maknanya kalau dah pakai jangan le bukak sampai lah ko dah taknak main air dah atau smpi ko dah nak checkout*




*etika berpakaian semasa mandi tu, tapi aku tengok ramai je yang tak follow, aku pon pakai je spek masa ni, mueheheh*



main sekejap je sbb nak naik mandi siap² untuk dinner pulak. Kang lambat penuh pulak hall tu.. Kul 8pm kitorang turun, belum ramai lagi, makanan pon panas ..



* i love u makpak yang cantik jelita hensem kacak bergaya *





Dalam kul 9 lebih, perut dah kenyang, affan pon dah start ngamok, time tido & ngempeng dia, so naik bilik je tidak lah bersiar² di tepi pantai sana, aku pon tak tau arah mana pantai, muehehe... Tapi makpak aku sempat la berjalan² meninjau sekeliling.. Azim pon dah tak koser, ngantok katanya, elehh signal² nak bermadu kasih le tu :p


Malam tu semua tido awal, anak² pon penat main petang tadi, kul 12 semua dah kebabom, ngorok.. 

Besok bangun pagi, siap anak² & turun breakfast, mak pak aku dah turun dulu, dah ramai katanya, kul 7.30pg..


Time breakfast ni kena bayar tambahan untuk aqeef & aleisya, berapa ringgit dah tak ingat, masa dinner malam tadi korang tak jaga pulak pintu tu.. bagi je la free, ekekekekek.. Makanan dia sedap lah so far, macam² ada.. budak2 pon dah lapar, so lahap je tak tunggu dah, pancake dia sedap, lembut, feveret aqeef & aleisya ..

*wrist band pon still tak bukak* 


Lepas breakfast, aku memang dah malas nak mandi dah, so azim & anak² je pergi, aku, mak & affan pusing² sekeliling.





Konon nak jalan sampai kawasan beratap sana tapi tetiba hujan renyai² mai pulak, sebelum dia lebat pusing lah balik ke hotel, frust mak i, dia nak berposing sakan area situ, sorry le mak, next time ada rezeki kita jalan lagi.. :)



Naik atas, aku pon berkemas le, nak check out sat lagi, azim, abang aku, aqeef & nayli je lah yang sambong mandi, lagi 3 budak kena kuarantin.

Mak² & nenek lepak atas sambil gosip.. my bapak sambong rest kat bilik..




*skodeng boifren masing² dari tingkat 4*


*lagi 3 budak dok main pusing² air tu*





* Affan Fiqhry & Little Cousin Qaid Zafran Dhamin*



Kul 12 Checkout, berjalan² tengok Avani, Makan² & balik KL, kembali menjalan kan rutin biasa.. Tah bila nak dapat kumpul ramai² macam dulu, masa ke Permaisuri Resort, best... satu family aku ada..


18 March 2015

Rawatan Buang Ketuat di HERBALINE KL FESTIVAL CITY

haaa....akhirnyaa... tanggal jua ketuat kat idom aku ni... dah lama dia berdamping dengan aku, sejak aku belom kawen, setia meneman aku, hehehhehe...

hai korang, ngeeeeee...lama kan nak tunggu aku update? maaflah, nak membukak belog memblogwalking pon tak menyempat dah, apatah lagi nak menghapdet... kuikui...korang rindu ke? haha perasan sorang.

Citer pasal ketuat ni kan, Actually Ini sebenar whitehead je, aku kan gatai suka korek2, picit2, lama2 dia mcm timbul sket dah tumbuh jadik daging, mula² dulu cenonet je dia timbul, sebab kulit aku kan superrrrr sensitif, so bila luka or apa2 radang yg terjadi kat kulit aku, cepat je dia membiak, BCG pon jnis berparut timbul..


Sebelum aku kawen cenonet je camni.. *Nampak tak ?? * Atas Idum tu






tahun demi tahun eh eh, membukit pulak ketuat ni, memula nampak manis la kahkah... 










2014 - Selepas 8 tahun aku baja dia



memang saje aku boh large sumer gambar, kasik clear, korang focus tang hidung je dah la.. jgn komen jeragat & eye bag aku..



Sebenarnya dari tahun 2012 lagi aku terasa nak buang tapi biasalah dok tangguh nye pasal... ehehhehe




2015 - awal tahun ni, aku plk risau bila tgk dia membesar & menghitam pulak, alamakkkkkk mula la aku menggelupor google sana sini...



Pencarian terhenti kat HERBALINE... aku baca komen orang yang pernah buat, kesan² dan lain2.. so bila dah terpikat terus aku google cawangan terdekat ngan rumah... terbaekk lah ada di KL Festival City sana.. idok le jauh benor..

lama dah aku buat ni, bulan januari hari tu, makan masa gak nak tanggal bukan sehari dua..


Hari Jumaat 16hb aku ke sana dulu utk riki² harga & treatment yg disediakan... so bila sampai sana dorang tak terus buat, dorang check dlu jenis kulit kita.


Dorang soh aku tunjuk parut kalau ada & nak tengok BCG, sebab treatment ni pakai ubat titis, bukan laser tros tanggal.. so dorang nak tgk kalau aku berparut jenis camne..

Sadisnyaaa pulak sebab aku jenis kulit sensitif & berparut timbul, so dorang jelaskan dulu kemungkinan yg akan berlaku utk kulit mcm aku ni.. dorang bgtau kemungkinan yg benda ni takkan tanggal tapi akan naik membukit, so aku SANGGUP KE TAK.. ??

GULPP, terdiam sejenak, tapi sebab dah nekad nak buang & malas nak tangguh dah so aku ia kan ajeeee... terus wat appoinment esoknya sabtu kul 2pm..

Owh lupa, rawatan yang aku buat untuk sebijik ketuat ni je Rm100, tapi dorang takleh bagi gerenti akan hilang, sebab ada juga kes yg lepas 3 minggu still x tanggal, so dorang suggest aku ambik rawatan yg RM280 untuk 20 bijik ketuat & Oil Seed termasuk di muka & leher, tapi sebab ketuat hidung aku ni punya la bosau so itu dikira 10 bijik dah, the rest lagi 10 bijik aku soh dia buang kat leher, tak sanggup nak try kat muka sbb aku tau muka jnis sensitif tahap gaban.. & kalau ambik rawatan Rm280 ni ada gerenti, kalau lps 3 mggu tak tanggal so blh datang balik utk rawatan susulan FREE... & aku takmo ambik risiko & aku dah tak nyabo nak cantik, kahkah..so aku buat yg RM280 tu... kasik clear tang leher2 punya bintik2...

Herbaline KL Festival City ni belah luar tau, kat restoran² luar..



Esoknya ngam² kul 2 aku smpai sana..Sebelum rawatan dorang bagi free untuk basic foot treatment... disebabkan tempat terhad so dorang buat foot treatment kat belah hadapan outlet dia..




aku ingat dorang buatkan, rupanya kena berus sendiri, ceh kemain la aku tggu 5mnit tak buat apa²


 Lepas tu dia bgi fish spa dlm 5 minit kot... geliiiiiiiii kaki ku kna kokak ke ikan..




selfie ketuat sket 10minit sebelum start rawatan, see very the besar bijik ketuat tu, molek je parking kat atas idong tu, ramai tanya taik lalat ke, ekekekekek, tapi warna cerah pulak ye dak..bukan taik lalat le..





Setel basic foot spa, so boleh dah start treatment... mula² aku dibawak masuk ke dalam dorang soh hidu wap air rebusan serai & halia kot, konon bagi fresh la

pict credit : SINI




Pastu baring atas katil dia & dorang start la buat... OH MY PEDIHHHHHHH giles..hahahha, tang hidung aku leh tahan lagi, tang leher ada sejibik yg besar tu, sakittt woooo masa dia boh ubat tu.... untuk pengetahuan ubat yg dia guna ni ialah Cream Ekstrak Acid dari Bijik Buah Gajus. Nyut Nyut rasa dia, huuuu

Rawatan ni dipanggil EE Treatment


Masa tengah buat ni, dua tiga kali amoi tu kuar masok dok cakap2 ngan kawan dia, aku dah agak mesti ada something wrong, samada aku nye bosar sgt ke, dah berakar ke, atau kulit aku meradang ke...aku redho je la apa yg jadik lepas rawatan ni...

Setel tu dia tunjuk cermin soh aku tengok, dia bagitau, dia tak boleh buang terus sebab dah keras & dah berakar (mana taknye dekat 9 tahun aku baja dia)  muehehe :p

So dia bagitau bnda ni akan kering & tanggal sendiri dalam 1 - 3 mggu.. Lepas 3 mggu kalau tak ok dia boh ubat balik FREE of Charge (sebab dah masok dlm pakej Rm280)

Sebelum keluar dari bilik rawatan tu dia akan soh kita hidu balik wap air rebusan serai ke hape tadi, baru keluar ke kaunter depan tu untuk penerangan lain..

Diberi minum air serai kot ni, boleh tahan la rasa dia tapi tak minum habis, sebab dua tiga kali teguk aku nye tekak dah rasa semacam.. ngeeee



Sebelum aku beredar tu, dia ada soh aku beli aloe vera gel ni, skin repair gel katanya untuk tak bagi parut, aku malas dah nak tambah2 duit, dan aku tak beli pon, heheheh
Pict Sumber : Google (Sorry aku dah lupa apa nama blog empunya pict ni, 
mintak halal ye)



And ini lah rupanya progress selepas rawatan tu...


nah ambik selfie ketuat selepas aku masok keta.. dia masih nampak basah..sebenarnya kan kulit aku sensitif, so bila dia letak je cream ubat dia tu, tros kulit aku meradang, tu yg jadik merebak gak, dah berlekuk hidong aku...kiranya asid buah gajus tu mcm terhakis sekali isi sekeliling ketuat aku ni... sadissss..redho je


Day 2 - Esoknya dia dah mula mengering...



 
 Day 3 - dia dah mula mengering & menghitam, geram je tangan aku nak kuis2 kulit kering tu, hehehe kutahannn je...


 
 Day 4 - aku gatal, semalam tu aku pi sapu gel gamat teros dia jadik basah balik, hahaha terus aku stop, eksperimen tak menjadi...so aku biar je dia kering naturally

 


Day 7 - Alhamdulillah dah start kering balik..



 Day 8 - Taraaaaaaa dah terkopek yeayyyyy... tapi dia bukan terkopek naturally, aku yg gatal kuis² & aku guna kepit kuku utk buang kulit² yg dah nampak terbukak tu tepi2 dia.. so time mandi aku tertonyoh terus tertanggal kuping tu... disebab kan dia belum kering so dia tumbuh la kuping baru


 Week 2 - Ini kulit baru yg mengering selepas 2 minggu tu... dan setelah 2 bulan dia dah baik sepenuhnya...tapi still la ada parut kan, bukan leh hilang sekejap², ni mesti sebab aku tak beli Aloe Vera Gel yg dorang soh beli tu, kuikui..



 And today progress... yeayyyyy dah gojes... baru lah konfiden nak selfie guna Camera 360, kahkahkah


 BYE BYE KETUAT SAYANGGGGGGG...
JANGAN DATANG LAGI TAU KAT MUKA I...



SEKIAN ENTRI PERTAMA UNTUK BULAN MAC 2015 :p






Edit : #Ada yang tanya biar betul takde parut weh muka ko, nipu lah kan aku cakap takde parut, nah ambik muka tak make up & tanpa Camera 360', ekekekekekke.. berlekuk sket hidom aku kulit sensitif nye pasal.







 ****************************** IKLAN *****************************


Korang teringin tak nak pergi SPA ??? mandi lulur, mandi susu, foot spa, facial semua, aku tau semua perempuan mesti suka kalau dibelai, di manja & semua nak kalau kulit badan halussssss, lembut, gebusssss je bila dipegang, di raba, ye dakkk???

Tapi aku tau nak pergi buat rawatan kat spa ni mahal, tak semua mampu nak jadikan perawatan bulanan, apatah lagi mingguan, dan aku tau ada yang malu nak bukak² baju, malu nak tunjuk bila kulit badan tak sekata, bertompok, gelap dan sebagainya..

Lagi sadis kalau korang jenis geli kena pegang, kena urut kena raba, hahahhaa dah cane nak pergi buat rawatan kat spa kan???

TAPIIIIIIIIII... don worryyy I FEEL U OLSS... Ni ada GOOD NEWS...

Nah ambik produk² spa yang dipacking untuk kegunaan korang sendiri kat rumah, maknanya buat sendiri, sentap sendiri, mandi lah sendiri, lagi best kalau ada hasben, so hasben sental kan.... mandi sama² gituuuu....


HARGA MURAHHHHHHHHH sangat... Yang Best nye hasil nye sama macam korang pi buat rawatan yang sama kat SPA tu... ha best tak best tak ???

Meh sini Klik..

Follow FB spadirumah - http://www.facebook.com/spadirumah
Blog : http://mushonline.blogspot.com/
Instagram - http://instagram.com/spadirumah
@spadirumah


 





Pada Yang Ada INSTAGRAM tu nak tengok feedback² customer yg berpuas hati dengan produk² ni, meh search Hashtag #spadirumahfeedback boleh view sendiri...

Tak ada Instagram, don worry meh klik sini.. SPADIRUMAH FEEDBACK


ATAU LEBIH SENANG WHATSAPP JE, senang boleh fast respond
011-33020582 (mush)

BYE... MUAH CIKED


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati