29 August 2012

Misi mencari Ikan Bakar



Lunch kami waktu tengahari tadi....setelah bosan dengan daging dagingan & ayam ayaman juadah hari raya, tekak teringin nak makan ikan bakar plk...biasanya klu ikan bakar time lunch tempat pilihan aku of coz la kampong baru kan.. Gerai ikan bakar Pak Lang...




gambor *gugel*


kat sini takyah cakap, bukan ikan bakar je, lauk pauk yg lain pon berderet² dihidangkan...rambang mata nk pilih...


*sumber gambar - KYspeaks.com *




Si mizni pon tetiba je sama ngidam ikan bakar walau perut tak memboyot, aku pon ngajak la sekali ke sana...smpi kt sana menu kami opkos le ikan bakar..


akak ambik ikan talapia, mizni ambik ikan kembung je, sorang lagi si cikin makan nasi lauk udang je..








sepinggan lagi hanya nasik kosong & tauhu lembut tu je, & air kami dua sirap limau, satu tembikai....


semua² sekali hanya..... RM25.80


kira je sekali bahagi 3, sonang....burpppp....alhamdulillah...heeee


Khasiat Buah Delima untuk Perempuan Mengandung



Sebelum² ni aku kalau sebut buah delima mmg tak pernah masuk dalam list buah² an pilihan dalam fridge kat rumah tu, maybe satu dia ssh gak nk dapat (bermusim) pastu dia dh la kecik² nk makan mcm x puas...pastu dia agak mahal....huuuuuu


Tapi bila tgh peknen ni ramai gak yg cakap buah delima ni bagus untuk baby & juga omak ehh...Bila gOogle antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah kandungan asid folik (penting untuk pertumbuhan saraf bayi) dan zat besi (utk pembentukan darah). Bagus ni.. meh aku share kan kat sini ya. Antara lainnya menyebut :


Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.




hurmmmmm so benda bagus of coz la kena wat kan, lagi² utk baby ni ha....so hari tu masa bulan pose jalan² gi jalan tar (sekali tu jelah terlepas ke jln tar), itu pon dh dekat sgt nk raya baru berjalan, terjumpa lah pakcik yg selalu meniaga anggur, kadang² je dia jual delima ni kat depan medan selera yg jual berger tu (burger shark)...

jual dalam pinggan, 1 pinggan @ 3 bijik RM10, dalam hati ehhh buah delima lah...alang² dh ado murah lak tu sambar gak la... walaupon dah tau mesti agak kurang manis sbb tu murah, tapiii alahh beli je lah jgn banyak munyik....



bila balik rumah, tros makan, agak masam sikit...& warna pon kureng merah...padan la dgn harganya....kalau nk yg sedap pi carik yg harga dalam RM25 sebijik, konfemmmmm sedap..


bila lah leh dapat yg merah camni, sedapppnyeee...mintak ngan sapa² yg ke Mekah la, buah delima dari Mekah lebih apdal, hehehhehe



INI KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA..tak semestinya untuk wanita yang mengandun' je ye, semua pon ley dapat khasiatnye....


    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri (ni sukerrrr, hahaha)
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous





****Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99



p/s : agak susah nk carik buah delima beli je jus delima, belambak ado.....minum je...

28 August 2012

Tangan di bahu mata ke atas....


bila sampai satu saatnya...tika kita dh rasa full sangat dengar perkara sama yang menyakitkan hati, tak sudah² perilaku kejahatan di tunjukkan...kita pon sampai ke satu tahap di mana...tolong lah kamu jangan muncul lagi dalam hidupku...tak ada pon takpe...yeeeee dh sampai tahap itu, apa yang boleh dikatakan hanyalah....


Pergi lah jauh² dari hidupku, kamu tak diperlukan disini.....


**bak gaya leisya ni..tangan di bahu, mata ke atas, tambahan jelir lidah sekali** **puiiiiiiii**





p/s : menyampah tahap gaban dahhhh...

Pesanan Untuk Semua...




p/s : SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

27 August 2012

Aidilfitri 2012


Hai korang..Selamat Hari Raya...tak terlambat lagi nk update pasal raya pertama kan, heeee....

Ni pagi raya, di muar..elok leisya & aqeef baru siap mandi tros snap pict, sbb klu lambat² nanti dorg dh berlari sakan..nanti sampin aqeef kemana, tudung leisya pon kemana....songkok aqeef time ni dalam keta, babah dia bawak pi semayang raya...so idok adolah gambar aqeef lengkap bersongkok kan..

gambar sekeluarga takdan nk snap, sebab mama dia x lalu nk bergambor tahun ni, kasik can kt ank2 je beriang gumbira... tgk lah bila ada² mOod nanti kita pi studio ambik pict sefamily....

Tahun ni kami sekeluarga warna coklat...baju & tudung leisya last minute baru carik tu pon mintak tolong nenek nya carikan, almaklum lah mama dia tahun ni di arahkan utk berehat saje **sedey tak dapat merayap ke jalan tar**




*time cOllect duit raya*


*yg berbaju ungu adalah dua pupu aqeef, yang berbaju hijau adalah berpangkat pakcik kepada aqeef, sebab mereka sepupu denganku, owwhhhh mudanya pakcik aqeef & leisya*








2 jam kemudian........



dorang dh stat main kat luar plk...agak dah konfem terbang sampin aqeef kannnn..






leisya pon dah serabai, sib baik dok dalam rumah je main puzzle dengan sekupu sekapat...



17 August 2012

Aidilfitri bakal tiba, sedih bila terkenang zuriat itu...

esok lusa je semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aildilfitri, hari kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadah berpuasa...dan tika ini juga aku sedang bersedih & teringat zuriat yg hanya sempat bercambah 12 minggu je dalam perut aku 2 thn lps...

lebih kurang hari² macam ni lah, lagi dua tiga hari nak raya, september tahun 2010, aku keguguran...zuriat yg ku kandungkan tak kuat & aku mengalami keguguran malam sebelum aku nak bertolak balik pasir puteh bercadang raya bersama mentua...
Link
**Kisah keguguran leh baca sini

" Kalau lah kamu kuat & membesar dalam rahim mama ni, insyaAllah mama selamat melahirkan kamu pada 5 April 2011, & insyaAllah sekarang kamu dh berumur 1 tahun 4 bln camtu....dapat beraya bersama² dengan abang aqeef & kakak kamu leisya pada tahun ini kn... "

Tapi kuasa Allah menentukan segalanya...

Sebenarnya masa last scan pada Ogos 2010 tu, doc dah kesan something yang tak betul pada kandungan ku, doc cakap rahim besar & tak padan dengan usia baby, & perkara yg doc cakap 'maybe kembar' ni mengingatkan pada kandungan ku sekarang...perkara yg sama pon doc bgtau...

So next checkup doc soh datang after raya pada 21/09/10...tapi kuasa Allah tak sempat next checkup kamu dh pergi dulu... "detik² 12mggu yg terindah bersama kamu mama takkan lupa sampai bila² sebabnya sepanjang 12 mggu mengandOngkan kamu, mama takde kemabukan langsung, mengandongkan kamu tanpa loya, mabuk, muntah segala....."

& kandungan ku pada kali ni juga ada sedikit minor prOblem...ini pula kisah masa kandungan ku yg sekarang ni usia 8 mggu . . . . . .

**********
pagi tu siap² nak pergi kerja, azim bgtau petang lah kita pergi klinik (utk checkup/scan), aku pn oklah sbb boleh balik awal sket..elok azim dh kuar pi kerja tetiba aku rasa basah mcm leaking air ketuban, ada lah juga menitik 2 @ 3 di lantai...tros call azim ajak pi klinik la la tu jugak...

berita dari doc buat aku tak senang duduk...scan sebelum ni yg doc cakap dua kantung baby kembar tu sebenarnya adalah ada pendarahan pada plasenta, juga dipanggil 'subchorionic bleeding' . . . .

lebey kurang camni la pict dia...**gambo gugel**




so doc bagi mc 3 hari for 'bedrest & aku diarahkan utk tidak buat kerja² berat, no kerja rumah basuh pinggan sumer, anak2 pon jgn bagi mereka manjat2 atas perut... bila aku cakap saya pergi kerja naik moto...tros doc cakap.. '''oowwwhhh jangan jangan tu yg bahaya tu, jangan lasak sangat ''''

**suddenly teringat dua tiga hari sebelum tu aku g keje cam biasa lah merempit juga walau mengandong dh 8 mggu tu...boleh plk nak balik ada moto2 lahabau dok parking rapat2 camne aku nk kuar, nak tak nak pi angkat moto tu ketepikan **hambik ko, ganas tak ganas, maybe itu yg menyebabkan smpi leaking air tu***

so sekarang ni, stat je lps kejadian itu, aku gi keje kena drive je lah, jgn harap nk merempit, kerja2 rumah pon abam azim je yg buat semua, akak jadik princess kat rumah, nk air mintak je, heheheheh, kalau bab2 basuh baju, kemas rumah semua diuruskan dengan baik oleh abam azim, thanx abam... love uuuu..

hari ni kandungan ku dh masuk 13 mggu, " mama doa kamu kuat, mcam abang & kakak kamu, due kamu insyaAllah 21 feb 2013 mama akan lahirkan kamu, tumbuh lah dengan sihat ye anak ku, abang & akak kamu tak sabar nk jumpa kamu...hari2 dorg cium kamu kat perut mama ni..."




p/s : MORAL of The Story utk aku sendiri, jangan ingat bila kita mengandong yg sebelum2 ni takde apa² masalah & kita kuat utk buat semua bnda, smpi peknen leisya dh 6 bulan pon still bawak moto pi keje...jadinya jgn lah ingat kandungan kita kali seterusnya takkan ada masalah....sebabnya dah menimpa pada diri sendiri, kandungan ketiga keguguran maybe sebab aku pon lasak sgt angkat2 moto alihkan utk keluar dari parking....takde rezeki sbb tak dapat kesan masalah tu awal..so kandungan kali ni aku takmo dah lasak²...jalan pon pelan² penuh tertib.. :)

16 August 2012

Korang Raya Mana Tahun Ni ????


Hurmmm bila cerita pasal raya, persiapan raya, of coz semua mesti nk lengkap, nk terbaik, dari baju sampai lah ke kelengkapan rumah, langsir, biskut raya, macam² semua nk disediakan... mcm aku thn ni semua ala kadarrrrr je, maksud aku, persiapan utk aku sndiri, tak termasuk hasben & anak² ye...utk aku, thn ni baju raya hanyalah blOuse ibu mengandong saje, al maklum bila dh berbadan dua ni kan...mood aku nk bercantik² tu kureng sket, nk soh aku pki baju labuci² idok le, mao muntah di pagi raya, hahahhahah.....so baju raya thn ni 3 helai semuanya blOuse sahaja...

untuk aqeef & leisya masing² sepasang baju melayu & sepasang baju kurung, x koser nk buat berpasang² sbb pgi raya je pakai baju kurung lps tu konfem dorg dh berlari sana sinun & xde makna si leisya nk berbaju kurung, akan ku tukarkan dgn seluar sajOrk... baju² utk berjalan ke rumah sedara mara haaa yg itu ku dh sediakan berpasang²...kasik dorg gumbira pakai baju baru je hari raya ni, abah nye pon sama, baju melayu sepasang & baju berjalan berpasang²... mama dia tara hal, xyah nk berbaju kurung berdress bagai, sarung blOuse sudahhhh lagi selesa baby dalam perut ni ikut mama berjalan kan...

owhhhh...seperti biasa setiap kali tiba Hari Raya tak kira Aidilfitri or Aidiladha kami akan bergilir²...maksudnya aidilfitri tahun lepas kami dh beraya di pasir puteh rumah mentua ku & Aidiladha thn lps dh beraya di keyell rumah mak ku, so Aidilfitri tahun ni adalah giliran beraya bersama family ku pula kemudian Aidiladha lagi 2 bln nnti beraya lah dengan mentua ku..begitu lah kami sepakat bergiliran...ye lah rumah mak & rumah mentua bukannye dekat kan, xleh la nk sehari sini sehari sana...heeeee




& tahun ni mak ahkak ajak balik muar, johoq...hOyehhhh leh la beraya ngan atOk ku tahun ni...& kalau setiap kali balik beraya di muar tidak dilupakan family suami ku, of coz kami akan beraya dgn mok teh, makcik hasben ku, lagi² tahun ni mokteh dapat lagi cucu baru...x sabo nak gi gomol....aqeef & leisya pon suka sangat klu dapat jumpa baby sekarang ni..

& yg lebih menggembirakan aku dh sihat sepenuhnya dari kemabukan..hoyehhh lagi sekali...jom goyang²...jadinya takde masalah untuk beraya ke sana sini..& yg penting thn ni aku dh soh mak rebus ketupat, ngidam wooo nk makan ketupat nasi ngan lodeh, rendang semua, mmg lauk wajib tiap tahun mesti ada, tekak dh biasa lauk wajib raya camtu, & kalau balik rumah mentua di pasir puteh aku plk yg akan masak rendang, lodeh kuah kacang semua....boleh kempunan woo kalau raya takde semua lauk² wajib tu....

ala² macam ni lah hidangan pagi raya nnti, tapi lodeh takde plk gambarnya, tu lagi feveret, segala sayur ado...veggie vegiieee...



**gambo gugel saje tak koser nak godek hard disk crik gambar aku thn² lps...





p/s : owwhhh lupa di kesempatan ini, saya & seluruh family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam diseluruh dunia (mcm seluruh dunia baca blog ni, hehehe)...kepada kawan², kawan alam maya....Selamat Hari Raya ye korang...tak baik gadoh² moh kita bermaafan di hari raya yg mulia ini....


15 August 2012

HUKUM KARMA

Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.

Karma adalah perkataan Sanskrit sama seperti asal-usul perkataan dosa dan pahala yang dipercayai oleh kaum hindu. Tapi dalam Islam, dosa dan pahala hanya akan dihitung sesudah kita wafat. Manakala bagi mereka, hukum karma ini berlaku dimuka bumi ini ketika kita masih hidup.


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Apalah sangat pangkat dunia? Hari ini mungkin kita berkuasa, esok lusa? Siapa tahu, kan?

Kalau hari ini kita buat orang menangis, esok lusa apa agaknya bakal terjadi pada airmata kita? Kalau hari ini kita menutup periuk nasi orang, esok lusa apa agaknya bakal terjadi pada rezeki kita? Kalau hari ini kita menindas orang, esok lusa apa agaknya bakal terjadi pada hak kita?


Agak-agak apa akan terjadi? Mungkin terkubur? Mungkin tersungkur? Siapa tahu, kan?


Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Itulah yang selalu kita dengar. Malah, Islam sendiri ajar penganut dia benda yang sama. Buat baik, dapat pahala. Buat jahat, dapat dosa.

Namun bagi penganut hindu, karma ni ada dua jenis. Satu karma cepat, satu karma lambat. Manusia suka buat kejahatan sebab dapat karma lambatlah. Kalau dapat karma cepat macam dekat bawah ni, confirm semua tak nak buat jahat. Hehehe ;3







Oh ye..hukum karma ni banyak makna / peribahasa / quote yg boleh kita kaitkan...seperti


WHAT GOES AROUND COMES BACK AROUND
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir9jaMubl5LNy8VZl6AZ8aytEE9VzE7wkquk1_tX9B4-NQF516L7IipUGlXQrsDuVhAPCn0KbGyiw6zUp4EHYXp8I_ed8IXaWb2vHjVc3Oi_cJ-mJ4STdpBwjnDOKGqFJiuI5CsA17AIs/s1600/what-goes-around-comes-back-around.jpg
Karma Pendant: What Goes Around Comes Around

atau

SEPANDAI² TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA

atau yg ni pon boley lah...

WHAT U GIVE U GET BACK


p/s : cite pasal hukum karma ni teringat kat lagu ni..... buat baik berpada² kata orang tua, buat jahat jangan sekali engkau takkan rugi, Mulia dibalas syurga, Dosa 'kan sengsara....Ini hukum karma, nyanyian Wings...meh layan





13 August 2012

Klip Video Yang Bisa Meruntun Jiwa

Hari ni dh masuk 12 minggu aku preknen, hampir ke 13 camtu...klu ikutkan dalam 3 bulan dh..



& malam tadi adalah kemabukan yg serius bila loya & muntah 2 kali dalam satu malam...rasanya baru2 ni dh kembali sihat dari morning sickness tapi xtau nape mlm tadi kemabukan menyerang kembali & aku tros flat..

terbatal tros aktiviti nk pergi menyopping baju raya aku plk mlm tdi...maybe siang semalam dh penat pusing2 cari baju anak2...

takpe lah yg penting baju anak2 dh setel...baju mak dia ni xdo pn xpo sbb just nk cri baju pregnant je..raya tahun ni takde nk beria sangat..baju ala2 kador je...pki baju2 lama yg still elok...

ehhh...lupa tajuk lain isi ke lain plk...hehhhehe

ni haaaa...klip video ni aku mmg suka sangat tgk, stat dari peknen leisya dok layan...suka sangat, syahdu bila tgk perkembangan baby dalam perut kita...dari persenyawaan sperm sampai lah saat melahirkan....


aqeef & leisya hari2 nk layan video ni...

aqeef : mama nk tgk baby dalam perut mama...

mama : nk tengok mcm mna, baby kan dalam perut..tgk pusat mama je lah

aqeef : ala yg baby mama dalam henpon mama tu..

mama : heeee aku paham dah saje nyakat....











lepas tu time layan video ni, mulut abang & leisya tak habis2 tanya...nape baby muka mcm ni, nape tangan dia kecik mcm ni, mama baby mama ni makan apa ni, mama nape baby ni nanges, sapa buat dia ( bila dh lahir ), pastu mama nape macam rupa pusat je, hahhahahah


macam2....tapi satu hal yg aku perasan, bila kita selalu tunjuk video2 mcm ni kat anak2 kecil ni dapat menyemai perasaan cinta & kasih sesama mereka & bakal baby dalam perut ni...sebab sambil2 dorg layan video ni, aku pn cakaplah tgk baby dalam perut mama tendang2, sakit mama, sian mama, abg & leisya pn dulu mcm tu...lps tu bgtau, tgk masa mama nk kuar baby ni, mama sakit sangat, abang & adik kna dengar cakap mama jgn nakal, jgn gadoh adik & abang... bla bla blaaaaa.... mcm tu....


& hasilnya, lepas je tgk video ni tros tido pelok2..sambil kiss2 sayang abang, sayang leisya....hahhahahah




10 August 2012

Iklan Raya 2012 | BERNAS | Sedeyyy nya...!!!

Iklan Terbaru dari BERNAS untuk Hari Raya 2012...sangat menyentuh naluri keibuan aku..nak² sekarang ni aku tengah membawa insan kecil bersama di dalam perut ni...

Ohhhh...sedeyyy nya tengok nasib anak² yatim piatu...walau tidak ber ibu bapa tapi mahu berdikari...


"Mak Ahmad ..Mak Fizi juga...."







p/s : kita yg masih mempunyai ibu bapa ini, let's make them happy this Aidilfitri okey ??

09 August 2012

Ice Cream Free 'VS' Pencarian Malam Lailatul Qadar

malam tadi ada ke yang sanggup pi beratoq semata² mengejar ice cream baskin robbin free tu...ikut tekak kami yg penggila eskrem ni mmg nak gak join berator, tapi difikirkan keadaan ku yg msih ting tong ini, ditambah pula dua hero & heroin ni yg perlu di heret berator sama, tros rasa mcm biar je lah..lenkali teringin leh beli....

sebenarnya 90% xmo pi hanya 10% je nak pi so jawabnye mmg x lah kan...

malam tdi tengok hasben ku tgh bersiap² nk pi teraweh...saje² je kuar sOalan cepumas

**********
Mama : Bah mlm ni ice cream baskin robbin free..xmo pi berator ke..
Babah : ice cream klu terlepas leh beli..mlm lailatulqadar klu terlepas xleh beli dah....!!!!

Kuang kuang kuanggg...bernas sungguh jawapan mu itu incik hasben...sejup perut i tetiba...


dan aku pn xde koser pn nk pi berator...pagi ni saje gugel nk gak tgk camno org² yg kesabaran pi berator utk ice cream free itu...


















wahhh meriahnye korang kan...macam pesta plk...rata² outlet baskin robbin seluruh malaysia FULL.... *fengsan*



****************************************

03 August 2012

Perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

Entri COPY & PASTE

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.



***** ok maybe tips ni bagus utk suami yg jenis bukan caring atau tak pernah ada pengalaman isteri mengandong atau ko mmg jenis suami yg cengeng...tapi kalau hasben ahkak, dari 9 perkara diatas akak bg dia 9/9...yihha bravo sbb semua yg dinyatakan di atas mmg dia ada buat...lagipon aku bkn jenis yg suka nk mengada² sampai nk mandi pon hasben bukak kn baju **puuii**...tapi bila tiba² ehhh tak suruh pon dh buat dah...sonang hati eden ni....camni leh buat² sakit terlebey...heheheheh sekali sekala dimanja pe salahnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati