06 September 2012

saat merasakan pergerakan baby



dulu² masa ngandong anak pertama orang selalu cakap, kalau anak pertama ni ko akan rasa lambat sket baby bergerak, biasanya dalam 20 minggu baru dapat rasa pergerakan pertama dia, bukan bergerak yg nendang² tu, tapi mcm ngulit² manja lah... kita pon dapat rasa mcm kaki dia kuis2 je...mcm tu..


tapi idok lah sampai terkeluar kaki mcm ni, heheheh



lepas tu bila peknen yg ke dua org cakap lagi, nnti makin awal sket ko dapat rasa baby gerak...

memang pon.. masa peknen aqeef dulu, dalam 20 mnggu camtu baru dapat rasa baby gerak, dan yg sebenarnya kita pon xde pengalaman kan, ni perut angin ke, apa ni...denyut2 ni...geli2 plk... yg sbnrnya oowhhhh camni rasanya baby bergerak...

bila preknen yang kedua, pregnant leisya, tak ingat gak exactly bila start dapat rasa dia gerak, tapi yg pasti awal lagi, sebelum mggu ke 20 dh dapat rasa dah...

so yg ke tiga ni, btollah cakap org2 yg berpengalaman...sbb nya hari ni kandungan aku dh masuk 16 mggu camtu, aku dh dapat rasa dikuis² manja oleh si kenit dalam perut ni masa 10 minggu lagi sebenarnya...dan pergerakan pertama tu adalah sangat kuat sampai aku terjerit 'adooiiii'..mcm tu..mcm dia pusingkan badan ke apa main bola ke apa dalam ni, mak haihhhhh sangat perkasa pergerakannya...masa aku 8weeks, doc scan percaya tak doc dah bgtau aku dapat baby apa sebenarnya...& berita itu paling gembira buat azim, serius sbb dia mmg mengharap mcm tu..aku tak kisah pon asalkan baby sempurna, sehat, cute & hensem mcm abang & kakak dia cukup, alhamdulillah...

tapi masih awal kan, dan aku pn xnak terlalu berharap...so aku pon takde lah ambik port sangat apa yg doc beritakan tu, tggu dalam 6 bulan aku akan scan lagi, haaa time tu baru leh confirm, tu pn kalau dia nk tnjuk lah time scan tu, kalau baby pon malu2 tutup kemaluan dia, bagus sbb i tau nnti anak i pemalu, bukan tak malu, hehehehhehe, asalkan sihat sudahh

****************************************

INFO : Perkembangan fetus - hamil 16 minggu


Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.


Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.






p/s : semoga kandungan ku selamat, baby sempurna & sihat, juga doakan kesejahteraan saya ye agar selamat sehingga melahirkan...aminnn

0 org telah balas ngOmel:

Post a Comment

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati