25 November 2012

Happy Birthday buat suami ku yang tercinta


Hari ni 25 November 2012, genap dah usia azim 31 tahun...maknanya aku pulak 30 tahun, uhukkk uhukkk cepatnya masa berlalu, tak rasa dh masuk 3 series dah kami.. rasa mcm muda remajaaaa je, masih selalu dating berdua, pigi nonton, *anak kasik mummy dorg  jaga*  main kejar2 (aku tipu)...

rasa macam baruuuu je aku n azim melalui zaman2 belajar sekelas, pi dating time umo 20an dlu, cepatnyeee masa berlalu...hihikkkk

*takyah nk gelak2 tengok aku & azim yg melidi dulu2*



skang ni pon dah hampir 6 tahun usia perkahwinan kami & anak pon nk masuk 3, alhamdulillah, syukur ku padaMu Ya Allah, karna mengurniakan kesihatan yg baik kepadaku, dalam menunaikan amanah untuk menjadi isteri yg baik pada suamiku, & menjaga serta mendidik anak2 kami ke arah jalan yang diredhai Mu, Ya Allah..


Buat suamiku, Nik Ashraf Azim bin Nik Azizan....saat tangan mu menyalam tangan tok kadi untuk menerima ku, telah termeterai lah janji kita untuk hidup bersama sehingga ke jannah kan...


terima kasih kerana menjadi suami yg baik kepadaku, melayan kerenah ku dengan penuh sabar, terima ku seadanya *paling penting*, lagi2 time mengandong yg membuatkan ku mengembang tak hengat ini, hehehhe...

Terima kasih kerana rajin & tak jemu2 menyapu minyak panas kat kaki tiap malam (bg kurang bengkak & kurang krem), yang setelkan segala kerja mendobi kat rumah ni, yang juga setelkan jaga anak2 time ku kemabokan, ehhh sekarang walau dah kurang mabok pon abang tetap uruskan anak2 dengan baik...

Walau orang selaluuuu cakap awak tu garang mcm singa, layan anak mcm anak tiri *sumtimes* ...tapi biaq pi la org nak cakap apa sbb saya tau awak sayang sangat2 kat anak2 awak, walau awak selalu ajar anak mcm training polis, tegas sangat, tapi tiap2 malam awak yg tdo kan anak2, sapu vicks kat dada & belakang dorg...besar sangat kasih sayang awak kat anak2....bila petang je awak dah siap mandikan anak2, walau dorang memang liat sangat nak mandi tapi awak tetap guna kuasa polis soh dorg mandi gak, kadang2 kena paksa smpi nanges tapi saya tau yg sebenarnya awak taknak dorg mandi lewat nanti bila malam dah sejuk, leisya senang dapat selesema....dann awak jugalah yg palinggg risau mengalahkan saya kalau anak2 demam...awak uruskan dorang dengan baik, tak tdo malam jaga dorg, sampai lah dorg sehat, Terima Kasih banyak2 sebab jadi abah yg penyayang di mata saya..


Walau awak tak romantik macam lelaki lain, takpeee saya takde makan ati pon sebab saya dah masak sangat cara awak tu, walau tak dilafaz kan dengan kata2 tapi perbuatan awak dah cukup menggambarkan kasih sayang awak tu.....*saya suka saya suka* 


Saya harap dengan pertambahan usia ni, awak menjadi semakin matang, semakin bersemangat untuk menjadi yg lebih baik, semoga berjaya dalam karier, cepat naik pangkat *senang ati makkk* berjaya dunia & akhirat....disayangi bos *kipas lebey sket* dan ceria2 selalu disamping saya & anak2...





HAPPY BIRTHDAY, muahhh muahhhh kat pipi






p/s : disebabkan awak kena bertugas hari ni kat dataran, so tak dapat nak celebrate, jadinya anak2 wish & nyanyi untuk awak kat youtube je lah ok.....








************************

Doa Buat Suami Tersayang
Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh & solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

~ Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu  & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni.   Amin ~

2 comments:

  1. so suweeetttt.. aik abg long slengg nya .. pandai & siap peluk adik lagi ye.. comel :) happy bday to abam polis tu .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lien...abg long tu sesaje je gitu, selalu klau nyanyi idok kuar sleng camtu pon, hehehhe

      Delete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati