07 November 2012

Perubahan Hormon & Emosi Semasa Mengandung



Benda ni dah biasa kita dengar kan, mak kita bercerita, kawan², kakak adik yang pregnant semuanya akan mengalami benda yang sama..

Masa peknen ni, kita kena sedia dengan macam² kemungkinan yg boleh berlaku. Masa mula² nk dapat tau aku peknen dalam bulan 6 tu, aku jadik kuat makan, asyik koje nak makan je, selera plk besar², hehehe sempat aku bgtau kat kak ipar aku, macam peknen je sbb rasa badan lain mcm, kuat makan plk tu, dorg cam biasa r gelak je lah sbb dlm family aku dh xde org lain, lps aku akuuu je yg peknen, hurmmm *rezekiii jgn nak tolak² walau tak dirancang disitu*

lps je period bulan mei dlu, aku mcm cuak gak la, ni kalau peknen ni naya gak sbb budget nk peknen thn depan, nk kasi aqeef masuk sekolah dlu, selain tu aku jdi mcm selalu penin², keje nak tido je, & kemalasan melanda..

suppost bulan jun mai period dlm 16hb, tapi dh 20 jun pon still tak mai, ni konfem ni peknen ni, tapi still pgi mandi laut kat melaka ngan family dengan girangnye, yg pasti selera makan makin kuat, bila mak adik tanya aku jawab ntah, balik ni lah wat UPT, sbb nya memang dah konfem dah peknen sebab period regular tak pernah missed tiap bulan...hurrmm

bila dh wat UPT dah konfem peknen bila ada dua garis...*bersyukur juga rezeki tak dirancang* yawnn* sebulan pas tu baru g check klinik swasta, malas nk tros bukak buku merah kat government. bila scan konfirm sangat² dah, kantung baby ado, baby pon nmpak dah, semua terletak ok..

bermulalah episod² membuyong di mana aku kna morning sickness yg teruk..nama je morning sickness kan, padahal malam lagi trok, klu siang kat opis keje aku membuta je dari kul 9pgi - 12tghari baru bangun, hari² kauuuu ambik nak sangat....time ni bulan puasa lps, siap bawak bantal & selimut utk tdo kat surau, sejup gila, siap berstoking bagai...tu lah dia mcm² gayanya klu peknen.

& bila malam je, mesti menggigil² mcm nk demam, kena sejup sket takleh, berstoking & membungkus je lah kat rumah, belum kira muntah tiap malam, muntah pahit pagi² nak mandi tu, uurrgghhh...sib baik azim seorg yg sgt memahami, semua keje dia buat, dari mandi anak, masak air, basuh baju, semua lah, walau aku tau dia pon penat balik keje nk layan kerenah anak² lagi...owwhhh lebiuuu cayangg..

elok dekat² nak raya puasa tu hilang mabuk aku serta merta, haaaa time ni dah makin cergas sket, tros tukar mOod, dari jdik pendiam, pemarah, pentido kepada penceria, penlawak & penbadut di opis, hahaha, ingat lagi cc aku kat opis cakap, "haaa baru nmpak okey sekarang, kalau tak nak tegur pon takut, masam je..." hahahhaha *sorry lah saya bukan buat² ia adalah naturally, heheheh*

bab makan ni yg kelako, baby kali ni dia main nk seminggu²...



contoh : 1 mnggu ni dia nak air twister blekkaren ni hari² mesti nak minum...



minggu depan dia nk tutti frutti jee...kopak duit omak ni tau, bukan murah mende ni sekali beli nak sedap je penuh buah coklat semua...


lps tu mcm² lagi makanan lazat & sedap yg nak dimakan.....semua main seminggu², kalau coklat pon nak makan seminggu tu je....haiiyyoo anak peel ko kali ni lain macam...




kenapa aku bkk buku merah ni sbb aku mmg keje government & aku mmg nak bersalin kat hospital ampang je (hospital feveret tiap kali beranak - servis dia tiptop & hospital bersih) dannnnn tiap kali bukak buku merah ni, sepanjang dua anak yg lepas pon, konfem aku di tagging hijau tros...hahahhaha hanya mereka yg ada buku merah ni je tau kan apa makna tagging hijau tu, kalau ko normal tagging ko putih kalau tak silap, dan dia ada tagging merah (high risk mcm sakit jantung, diabetes yg trok & etc) tagging kuning (mcm ibu tu ada HIV ke, hepatitis B +ve & etc) kod hijau ni dia ada banyak faktor, contoh macam ibu kurang berat dari 45kg  ke, ada sejarah gugur lbih 3kali ke, ketagihan dadah/alkohol berlebihan dan aku of coz la berat lebihhhh dari 80kg..*tangan dibahu*



& tiap kali peknen mestiiiiiiiii kena minum air gula, ko tau air gula apa, ko bayangkan ko nak wat air sunquick ko bancuh air gula kan, haaaaa mcm tu lah sedapnye rasa air gula tu, klu klinik panggil MGTT , stand for apa aku ta amik tawwww...sbb nya untuk kesan ko ni ada kencing manis ke tak, & so far alhamdulillah dua² peknen sebelum ni aku bebas & sihat dari kencing manis & darah tinggi & aqeef leisya aku bersalinkan normal, & juga kelmarin baru je aku kena minum air gula ni lagi & resultnya petang ni aku checkup kul 2pm, hope sangat aku takde kencing manis & BP aku akan ok..


masa peknen ni aku jadik lebih lembap, ye lah dah badan ko membuyong camtu, nak bangun pon susah, haiiiyyooo, pastu tido bantal penuh kiri kanan, kepala semua, mcm ada kepungan plk, sbb aku kna sokong belakang aku, perut lagi, baru lah dapat dengkur dengan selesa, azim pulak jakiiii je sebab klu boleh satu katil tu aku nak qonquer, sib baik dia dah paham ye lah kalau yg peknen 1st dulu mmg r dia tak faham lagi keadaan aku, selalu gak lah kena marah, pastu aku ni kejap ok kejap tak ,memang makan atiii je kan, tapi sib baik pndai pujuk, hehehhe, so bila kali ni dia dah lantak ko lah labuuuuu buat la apa nak buat, haaaaa kan bagus camtu...hehehe

perubahan pada bentuk badan jgn cakap, kejap je berat aku naik 4 kg sebulan, punggong melebar dengan jayanya, belum tetep membesar bagai juara, hahahhaha...& sekali lagi bersyukur azim sangat memahami, dia tak pernah merungut, tgk badan aku mengembang camni, kalau aku mengadu² cakap bontot berat, sakit kaki dengan senang atinya dia cakap 'alahhh biasalah mengandong, beranak kang awak kurus lah balik' *lega atii mak* & tiap² mlm dia yg rajin sapu minyak panas kat aku time aku tdo mati, sedar² je pagi tu ehhh bila masa dia sapu, mithali kan laki i, hahah bini tdo mati tak sedau..

perubahan pada kulit muka plk, ada yang ko akan berseri², ada yg jdik kusam, bergantung pda hormon masing²...kalau dlu aku baru je cuba pakai satu sabun ni [sabun glutha] & sangat ok perubahan pd kulit aku jdik bersih, tak perlu nak make up tebal, tapi bila stat je peknen tros naik bintik² pigmentasi coklat penuh kat muka, naik jerawat, pastu tggal parut itam, hadoiiii....

dah lah aku jadik malas nak make up dah, g keje nasib² je nk pakai bedak kalau tak pgi muka mcm tu je, hamekkaww


so skang ni dah 6 bulan, jadinya terimalah perubahan bentuk badan anda seadanya, kesan regangan di perut, jadik garis² tu biasa dah, kesan belak di leher, kaki penuh kudis (sesetengah kes), so macam²...kita just relax & enjoy dengan pregnancy kita, pejam celik je pon ehh dah 6 bulan dah kan, bulan dua thn depan beranak dah....




        " Perubahan sikap adalah perkara BIASA dialami oleh wanita mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh.Pada satu ketika, seorang wanita itu mungkin gembira, tenang dan bahagia.
        Namun, pada masa yang sama, dia mungkin juga akan bersedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya."


9 comments:

  1. bestnya pegnent...tahun depan dapat baby baru..tahniah..

    ReplyDelete
  2. seronok baca psot yg ni.. =P

    ReplyDelete
  3. waktu pregnen la saat yg paling best! skrg anak2 dh hampir setahun, teringat2 plak zaman preggy dulu. hahahhaa :D

    btw jika mencari-cari supplemen utk preggy mom, berpantang, ibu menyusu, boleh view di blog kesihatan saya http://www.cantiksihatsemulajadi.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazra, thanx sudi singgah...waktu pregnant mmg best, paling best bila kena minum air gula, hehehehe, alhamdulillah tiada diabetes

      Delete
  4. Salam Kenal n folow your blog..........

    Tahniah! pregnant ya!
    take a good care dear!
    saya dah nak bersalin,
    this friday,
    pray for Me ya!
    tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. emme..salam perkenalan, ye baru 26weeks, wahhh emme dh dekat due ye, semoga selamat semuanya ye...

      Delete
  5. Wife saya pun br pregnant 5 minggu dah buat buku merah tu. Dapat sticker hijau maybe sebab berat badan.

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati