Kisah Food Hunter bermula kembali, hehehhehe.. ini member ofis aku yang suggest, katanya selalu tengok member² fb upload pict makan kat sini, sebelum² ni aku memang teringin nak mencuba, tapi tak tau pulak ada kedai melayu islam, sebab selama ni dok tengok kat channel AFC tu kedai chinese je banyak yang buat style makan celup macam ni...
Lagi pula kedai ni kat melaka ohoiii, lagilah tah bila nak perginya, hehehe.. kebetulan sabtu lepas, syawal ke 6, adik husband aku bertunang, kalau ikutkan tak dapat pergi, tapi dah alang2 husband ambik mc pagi tu baru buat plan, kul 8.30am decide nak pergi melaka, haha, berkejar dengan majlis start kul 11am, haruuuuu
Setel majlis, singgah rumah adik bapak aku, dah dekat sangat dengan tempat bakal biras ni, dalam 15minit tak sampai, so singgah beraya dengan atok, dalam kul 5.00pm kedai ni dah bukak, so boleh lah singgah, merasa la sikit kan, karang dah balik kl tak kempunan, katanyaaaaa...lagipon dekat je ngan rumah makcik aku, xsampai 10minit..
Time aku pergi hari tu ada promo, Buffet All You can Eat, ehhehehe tapi tak le ambik buffet sebab konon nak merasa je lah kan...
Pagi otw nak gerak tu aku dah call siap² kedai ni, hehehe sib baik dah bukak, dorang tak cuti raya lama², so boleh lah merasa..aribbaaaa
Kitorg carik ikut waze & maps je, search aeon bandaraya melaka, so kedai ni lokasinya di bangunan blok kedai bersebelahan AEON & TESCO, dari tepi jalan memang dah boleh nampak
Simpang nak masuk nye depan sket di bangunan ada signbod OHM ni..
Kedai memang bersih & selesa
Setiap meja ada bekas untuk isi kuah ni, time customer datang, dorang akan tambah kacang kisar dalam tu...
Big Boss tengah tengok menu tambahan & air.. **bigger la sangat**
semua cucuk² tu korang pilih sendiri dalam peti ais ni.. owhh lupa nak habaq kalau tak ambik buffet, so harga 1 cucuk RM0.80
Sebab nak merasa je, so pilih sikit² je dulu kalau sedap ambik la lagi kan... ni pon dah 20cucuk, hikksss
Rebus segala cucuk² dalam kuah dia
Aqeef & aleisya keje nak main masak² je, makannye idok, dok makan sosej dua cucuk pastu taknak dah..kalau ambik buffet mmg rugi... lagipon kuah dia pedas sket..dah habis yang aku ambik tadi, big boss pulak bangun pi pilih lagi 10cucuk, huhuuhu tadi dia cakap kenyang... :p
Total makan kat situ hari tu... 30cucuk, plus air = RM32 ++ camtu.... kalau ambik buffet ( RM16.90 x 2 ) + ( RM8.90 x 2 ) = RM51.60, untuk kanak² aku takde lah menanya kan stat umor berapa yg kena bayar tu, so korang decide la sendiri, kalau lapar better ambik buffet, so berbaloi..
Bagi yang nak rasa boleh carik sendiri kat melaka nu...
Info dorang..
Alamat : No. 6 Jalan Lagenda 3, Melaka
No. Handphone : 013-6600892
Masa Operasi : 5.00pm - 12.00am (ISNIN - TUTUP)
Better call dulu, kan senang..
0 org telah balas ngOmel:
Post a Comment
thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...