27 April 2016

Rezeki Awal Adik Affan @ Pregnant 12 Minggu dah today

hurmm hurmmmm...untuk kesekian kalinya... It came to me as a surprise, another baby is on the way, Unplanned but doesnt't mean unwanted. Macam pregnant Aleisya & Affan ler jugak.




Ticker ni aku dah up lama dah kat sidebar tepi ni, heeeee tapi mesti ramai yang tak perasan sebab blog sendu, sapa nak baca, wakakakka.. aku up untuk rujukan aku je, sebab malas nak catit² dah berapa minggu, so nak tau aku tengok sini je lah..  & Today dah genap 12 minggu, tengah mabuk , uhuk uhuk...


Sebenarnya, untuk anak ke - 4 ni, aku & azim memang nak merancang betul², since kami dah buat keputusan cukup la setakat 4 je buat masa ni kan, lepas tu nak besorkan anak² la pulak, so aku budget nak mengandung tahun depan, selepas kami merancang nak pergi hOneym0on pada Anniversary kami yg ke 10 bulan FEB tahun depan, *kononnya*, so aku budget mengawan dalam bulan Jun/Julai 2017 & baby akan lahir pada bulan April 2018, time tu Affan dah 5 tahun, dah start sekolah, & aku merancang nak turunkan berat badan sikit supaya mengandung kali ni tak melebih² 100++ kg mcm yang sudah², sekso ko membuyong dalam keadaan membadak, nangis² aku sebab tak larat. 

Sooooooo.. begitulah kira² nya perancangan kami laki bini niii, dannn ko hengat dapat ?? heheheheeh kita kan hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba² Nya kan. Bagi kita maybe itu yang sebaik nya, itu yang kita nak, tapi DIA lebih tahu kan. Manalah tau bila badan dah slim aku takmo ngandung dah kan, wakakakak so Dia bagi lah anak sekarang supaya membadak sekaligus, lepas² ni tutup kilang ley overhaul badan.

Konon², anak 1st aku Aqeef Fahmi lahir bulan Jan, 2nd, Aleisya Fazryn lahir bulan Mac & 3rd Affan Fiqhry lahir bulan Feb, so budget nak dekat² la birthday nye nak la adik ni bulan April pulak, cenggitu, hurmmmm berangannnnnn....tak dapek nak nolong. 

Ok, berbalik pada kisah aku nak diet sebab nak kurus sikit untuk pregnant ni kan, cenggini... aku pelik gak, asal aku nak diet je tak jadik, macam selera tu makin membuak² pulak, hari ni konon diet, esok dia melantak balik, serius aku pelik, apsal rasa susah beno nak tahan selera ni, azim dah paham sangat pattern aku, dia jenis layankan aje.. Lagi worst selera bertingkek² masa aku balik rumah mertua masa CNY bulan Feb lepas.. wah² bahagia aku & azim JJCM kat Kota Bharu tu, manjang pi carik port makan best²... dengan azim pon turut berselera makan...

Masa tu aku takde la aku syak aku pregnant pon sebab tengah 'peod', heeeeeee...so aku rasa maybe hormon peod la kot yang buat mood swing rasa nak makannnn je...sampai aku perasan mak mentua aku jeling² tengok montot aku semakin melebar, kahkah... 

Bulan Mac, suppose mai la peod sebab aku memang regular cycle punya, tapi dah seminggu tetap tak mai, aku & azim memang dah cuak la gak, ahhh sudahhh, pi beli UPT kit, wat test urine & result dia samar² tang second line tu, so aku budget Negatif (-ve) la, oh nooo means aku tak pregnant, so aku syak sebab aku makin gemuk ni so peod aku pon mood kacau.... tidakkkkkk.

*Gambo gugel je, tak koser nak snap pict aku nye hri tu*


Aku siap ngadu kat member aku bagitau kat dia yang aku terasa dah gemuk sangat, betis ni mengeras macam pregnant, badan pon rasa selalu mengah, dia gelakkan aje sebab kami memang geng makan bersama, tak pernah insaf, wakakakakaa. Tapi aku cerita gak la pelik pulak bila tak dtg peod bila check tak pregnant pulak, hurmmmmmm... T_____________T

Dua minggu lepas tu aku saborkan lagi tak mai peod, pulak tu aku kena Kayap tu kan.. so masa balik berubat kayap tu pon aku ada bagitau mak yang selera bertingkek², time tu mak aku pon tengok aku makin membulat & comel, ahahahaha.. aku cerita la yang aku rasa lain, macam orang pregnant, tapi bila UPT tak peod, mak aku cakap baru lagi kot, nanti check lagi, aku pon hurmmm nanti² lah aku check.

Masa awal bulan Mac tu, aku rasa badan aku lain macam, aku kena pedih ulu hati macam selalu aku pregnant sebelum² ni, aku bagitau azim, dia pulak tanya balik betul ke pregnant, *muka cuak*, dasar tak boleh terima hakikat sebab kami belum bersedia, haha, lepas tu selalu sakit dada macam sesak nafas, kaki krem, adoyaiiiiiiii.. tu semua signal² yang aku memang pregnant tapi still lengah² utk wat UPT lagi sekali, azim pon macam malas² je bila aku suruh dia pi beli UPT kit tu, hahahahahhahah... 

So pada pertengahan bulan Mac, aku malas nak berteka teki lagi, aku pon wat sekali lagi Urine Test tu, & the result kali ni jelas 2 line & Positif dah, terlerai la tanda tanya segala sebelum ni, bila tak mai peod dalam 7 minggu, kuikui..naluri dah boleh agak sebab memang tak pernah missed peod kan. 

Masa nak wat test tu, aku dah tido awal, tersedar kul 2am tengok azim tak tido lagi dok layan movie kat astro, aku gi toilet sebab tak tahan nak wee wee, terus aku test sekali wat UPT tu, tengah terkulat² mata sebab ngantok, kali ni memang jelas result dia, tengok dua line terus ohoiiii confirm sangat dah, basuh² benda tu, keluar toilet, pi kat azim ambik tangan dia terus letak test kit tu kat tapak tangan dia, terkejut dia tengok tindakan aku yang tiba² tu, aku terus gelak sambil cakap, nah, anak awak, pastu masuk bilik sambung tido, dari dalam bilik aku dengar dia gelak, kahkah begitulah kisahnye, kami confirmkan yang Affan Fiqhry bakal dapat adik. Next aku cerita pulak aku gi scan 1st time untuk tengok baby baru ni...


*juga bukan pict aku nye, aku gugel je, heeee pict cilok sini*






**OKbai, nak tido kat surau, mabuk dah datang, wakakakakaka heaven giler dapat pergi tido.*ok tipu banyak lawa kerja ko nak tido je*


6 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah...nk peknen gak...ekekekeke

    ReplyDelete
  2. Heee... seronok juga surprise2 gini...

    ReplyDelete
  3. ala tak dapat nak temankan kak yong dekat surau.. kalau tak dulu selalu geng tdo waktu mabuk ni. mabuk beramai2.. hihihii

    ReplyDelete
  4. congrats beb!..
    rezeki Allah nak bagi awai..hehehe..
    jaga diri okeh!

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati