31 July 2014

Resepi Lempeng 'Tuna & Cheese'

Dah habis idea le tu kan, lempeng punye resepi pon nak citer, haha... Ini lempeng bukan sebarang lempeng, ini lempeng meresik resik bak kata mak aku.. hai mak, hehehhehe....

Pada asalnya nak buat lempeng je, anak² makan ngan gula, sekali teringat mak aku punya lempeng, yg adunan last sekali tu mesti mak buat style masak atas api kecik lama² sampai garing & rangup..utk dia.. hehehe...

So resepi ini adalah gabungan idea mak + aku + restoran al-rawsha... kenapa, nanti aku story...




Resepi Mudah je ni, aku guna bahan yang ada je dalam peti...

Mula² korang buat lempeng je mcm biasa.. pastu dah agak meresik sket, sapu side sebelah dengan sos spagethi, apa² brand pon ok... sebelah side lagi sapu mayonis...

 
aku guna sos pasta adabi


 


pastu lapik pulak ngan tuna spread yang ready to eat tu, pastu letak je keping² cheese tu...

tuna spread yg ni ha...
 





hangatkan sekejap, lipat je dua...gini



potong & ngap, gitu je....bukan susah pon, hehehhe ... boleh tukar ngan perasa apa pon, sukati korang le...



ok, nape ni resepi bersama al-rawsha, kisahnye hari tu ngidam makan makanan arab, so order ni, punyalah sedap tah apa ke nama ni... so budget nak wat cenggini la, tapi daging takde... ada tuna je, belasah je lah..





Affan : Makin Besor makin buas

dok belek² Draft, terperasan satu entri ni, aku tak sempat nak publish, hehehehehhe, time ni aku pon tak ingat affan berapa bulan, tapiiii humang aihhh memang ganas... & sekarang ni yang dah hampir 1 tahun 6 bulan, ko takyah cakap la ganas dia, abang & kakak dia pon boleh nangis sebab selalu kena pukul dengan affan.... OH MYYYYYY.....

tengok, punya la buas nunjal² kaki dia dalam rocker tu, kalau takde rocker belt tu, mau dah jatuh bawah dah tu, hehehehh...

Ni zaman aku gila Keek, tapi menjak ada Instagram leh record video, lama dah tinggal arena keek ni... keekersss ..




25 July 2014

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bagi penggemar seafood macam aku ni, konfem kalau pergi makan mana² akan order sotong goreng tepung, takpon udang goreng tepung, kalau biasanya makan kedai² tomyam, sotong goreng tepung dia mesti macam cekodok kan, tepung je penuh, pastu sotong kecut je kat dalam tu, memang banyak nayyyy dari yayyyy lah kan...aku kureng gemor yang style mcm ni...




nak dapat makan sotong goreng tepung yang sedap jauh nu di Bangi, haa kalau kat sinun sedap.. kat Ana Ikan Bakar Petai, cawangan kat kuantan pon sedap lah, pastu kedai² seafood kat Bagan Lalang, pastu kat muar, heyyy banyak lah, tapiiiii jauh le dari kl ni sotong oiiii...

sudahnye masak je sendiri, tapi tak jadi, tak sama dengan kat kedai² makan seafood yang sedap tu, dulu aku ada belajar masak menu² kat kedai masakan panas tomyam, masa tingkatan 5 dlu, bapak aku bukak kedai makan, so belajar masak dari makcik sedara belah bapak aku, mmg pure dari siam, keje aku pembuat air, kadang² tolong masak, kira assistant chef la konon, tolong² buat telur dadar ke, goreng ayam ke,  biasanya kalau makcik aku penat, dia soh aku tolong masakkan nasik² goreng, bihun goreng, apa² lah kalau setakat customer sorang dua je kan, so dari situ dah ada resepi² ambik dari makcik siam aku ni, & dah arwah pon, innalillah..

makcik aku punya resepi kurang memberangsangkan, cara dia tepung² gandum & jagung tu dibancuh dengan sedikit garam & serbuk kunyit, celup & goreng, memang style goreng pisang & cekodok tu, hehehehhe

so kelmarin, keinginan nak makan sotong goreng tepung yang sedap memang membuak², hoii ngidam ke hape azim bebel, hahahaha... nak gi makan buka puasa kat kedai memang tak koser lah dengan askar² yang tgh aktif ni kan... kang sotong kemana pinggan kemana...

then, google & bertanya adalah resepi sebenar kesedapan sesuatu masakan, heheehe... setelah digoogle & ditimbang kati, rupa² nya hek eleh senang je caranya... sama pulak tu dengan cara aku masak cendawan goreng tepung selama ni, cuma tepung tu je yg lain... haiyaaaaaaaaa...

punya la panjang membebel nak bagi satu² resepi tu kan... ok ok, gini kekdahnya..


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
******************************************************************************


Bahan²..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) pertama kau perlukan sotong la of coz, hehehe, kalau nak sedap beli lah sotong yang fresh, masih keras² tu isi dia, bukan keras sebab kena simpan dalam ais batu, tapi isi dia kenyal lagi, banding sotong yang lembik² tu, beli yg saiz besar² sket, tak dapat besar mcm kat sabah tu, aku beli sederhana besar, pon boleh..


2) Tepung gandum
3) garam
4) serbuk lada sulah
5) telur




Cara² nya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1) sotong tu dipotong² ikut besar yg korg suka, dicadangkan 1/2 inci lebor dia..

2) gaul kan sotong dengan garam & serbuk lada sulah, garam ikut sebanyak mana sotong, jgn banyak sangat kang masin.. serbuk lada sulah pon utk secukup rasa je...



3) Lepas tu ambik sesudu tepung gandum gaul je dalam sotong tu, jangan letak air, sotong tu kan basah² dah, cukup utk gaulkan tepung tu...kalau tak cukup, tambah lagi dua tiga sudu tepung ikut banyak mana sotong korang... kemudian ketepikan sekejap.

4) Ambik telur sebijik, pukul, ketepikan

5) ambik tepung gandum secukupnya



senang gila kot step dia...

**** Ambik sotong, celup dalam telur, celup dalam tepung pulak, pastu goreng dalam kuali, PASTIKAN MINYAK BANYAK & API BESAR...

kalau rasa tangan tu tak laju buat keje celup² ni, heheheh so korang buat siap2 dlu, celup telur & tepung kemudian letak 1 pinggan baru masuk sekaligus goreng dalam kuali, sebab nanti baru nak masuk sotong yang ke 7 ke 8 dalam kuali, sotong pertama masuk tu dah kuning kena terbalikkan... so keje korang nanti kena sentiasa terbalikkan lah, supaya masak serata...

ha..ada faham tak... gila punya details tutorial bagi ni, kalau tak jadik gak tak tau la korang... ekekekek, agak² dah nak kekuningan tu, api kecikkan sket ye..


OK, boleh dah makan dengan nasik panas... sedap woooo, rangup, sebijik rasa macam kedai seafood...

Disebabkan sedap tidak terkata, esoknya aku pon goreng lagi, mak mentua yang kurang makan sotong pon makan bertambah, hehehehe....
Lusa nya pulak, aku buat udang goreng tepung pulak, cara yang sama, sedap pon sama, oh nom nommmmm, kesian kat aku kan, selama ni baru tau cara yg betul...






SATU LAGI TIPS, if nak guna tepung segera tu, yang tepung kfc tu pon ok, cuma jangan letak garam, sebab tepung tu dah masin, ok, selamat  mencuba...





 ****************************** IKLAN *****************************


Korang teringin tak nak pergi SPA ??? mandi lulur, mandi susu, foot spa, facial semua, aku tau semua perempuan mesti suka kalau dibelai, di manja & semua nak kalau kulit badan halussssss, lembut, gebusssss je bila dipegang, di raba, ye dakkk???

Tapi aku tau nak pergi buat rawatan kat spa ni mahal, tak semua mampu nak jadikan perawatan bulanan, apatah lagi mingguan, dan aku tau ada yang malu nak bukak² baju, malu nak tunjuk bila kulit badan tak sekata, bertompok, gelap dan sebagainya..

Lagi sadis kalau korang jenis geli kena pegang, kena urut kena raba, hahahhaa dah cane nak pergi buat rawatan kat spa kan???

TAPIIIIIIIIII... don worryyy I FEEL U OLSS... Ni ada GOOD NEWS...

Nah ambik produk² spa yang dipacking untuk kegunaan korang sendiri kat rumah, maknanya buat sendiri, sentap sendiri, mandi lah sendiri, lagi best kalau ada hasben, so hasben sental kan.... mandi sama² gituuuu....


HARGA MURAHHHHHHHHH sangat... Yang Best nye hasil nye sama macam korang pi buat rawatan yang sama kat SPA tu... ha best tak best tak ???

Meh sini Klik..

Follow FB spadirumah - http://www.facebook.com/spadirumah
@spadirumah


 





Pada Yang Ada INSTAGRAM tu nak tengok feedback² customer yg berpuas hati dengan produk² ni, meh search Hashtag #spadirumahfeedback boleh view sendiri...

Tak ada Instagram, don worry meh klik sini.. SPADIRUMAH FEEDBACK


ATAU LEBIH SENANG WHATSAPP JE, senang boleh fast respond
011-33020582 (mush)

BYE... MUAH CIKED

23 July 2014

5D4N : Sabah Part 1 - Driver Teksi yang Baik

Ceh cerita macam ko pergi holiday, puiii padahal kursus je, tajaan sepenuhnya oleh government pulak tu, lagi mau cerita banyak, hahahahhaha...

ok² saje mukadimah kasik gempak sket, actually bulan lepas aku ada kursus HRMIS di sabah...




Masa mula² dapat berita ni rasanya aku tengah bercuti, pusing² jalan TAR carik kain dengan emak tercinta yang canteq... so ketua unit aku whatsapp bgtau nanti standby 23 - 25 Jun ni ko kena pergi sabah, pastu baca sambil terkebil²... kursus 3 hari, sabah pulak tu, ???? perkara pertama terbayang kat mata aku ialah Anak dedek manja hemakk ni lah, si affan tu, hadoyaiiiii.... gerun rasa tetiba kena tinggal dia, setelah 1 tahun 5bulan  menggedik bersama, tup² nak kena tggal malam², kursus dh konfem lah 3 hari, campor hari perjalanannya, mau 5hari4malam gak tu... haissshhhhh


Kerisauan jangan cakap la, tapi kena pergi jugak, NO EXCUSE dah..haiyooo... sehari dua sebelum pergi tu konon nak asing tido ngan affan lah kan, taknaklah dia terkejut tetiba malam tanpa aku kan, mau dia meraung sampai pagi kekdahnya..tapi tak dapat², budak² ni bijak benor, dia tau mak dia ada, takde nak tido asing² nye kan... sampai lah hari last nak tinggal dia tu, pepagi dah bangun, slow² je siap.. kul 7.30 teksi nak sampai, sebab flight kul 11.05am...  sekali tersedar jugak budak tecik ni, hurmmm sudahnye abah dia la kena handle, kang mau mama terlepas flight...

tros siap, gegas ke KLIA 2, sekali dengan officemate, pergi bertiga.. ni 1st time aku ke KLIA 2, memang besor, dah la lutut sakit, sib baik dapat terminal dekat je..



Elok pukul 1 lebih.. sampai dah sabah... kat sana awal² aku dah booking taxi untuk sepanjang kitorg kat sana.. kawan aku yg stay kat KK punya anak buah, so dapat org yang kenal memang senang je lah...



Azizi nama dia.. kalau korang nak guna khidmat dia boleh call nombor ni, 016-8356028, tapi rate dia sama lah dengan kebanyakan service taxi² on call kat sana kan... don worry, azizi ni baik sangat cuma pendiam je, hehehe, cakap je nak gi mana dia bawakkan.. Cas dari Lapangan Terbang KK Terminal 2 ke Grand Borneo Hotel, RM50..

So, sampai hotel tepat kul 2, tros check in bilik.. ambik superior, mintak extra bed, dok sekali 3 orang senang...

lepak tido, tersedar kul 3.40pm baru ingat tak solat zuhur lagi... lepas solat lepak baring² konon nak lelap jap, tapi mata takleh nak katup, tgk jam kul 5pm, turun bawah hotel ni, dia bersambung dengan Shopping Complex 1Borneo shopping paradise, jalan² carik makanan, lapor je rasa.. carik roti je pun sebab malam nak makan seafood lah konon..


 1 Borneo Hotel, gambar ehsan sini

Turun sorang² je sebab geng lagi dua org menikmati keempukkan tilam hotel. 1BorneoShopping Centre ni memang besar, banyak wings, udah rupa MidValley dah... just pusing² tgk tempat orang je, masuk 7e carik air, roti, sedar² bunyik azan, tengok jam 6.30pm...Allah baru sedar kat sabah cepat 1jam dari semenanjung, maknanya dah maghrib, & baru teringat yang tadi solat zuhur tu dah masuk waktu Asar pon, & Solat Asar pon belum lagi, haiiyyaaaaa....naik atas siap² mandi & call Azizi Taxi.... yeayyyyyy free time ke bandar KK..

kita mo cari mutiara ni bah, mo makan seafood ni...ok, next entri boleh, story mory seafood & mutiara pula..







22 July 2014

Keyword : Dulu Gemuk Sekarang Kurus

hehehhee, hari² kalau berkesempatan mesti check nuffnang, takdelah nak check 'money' pon, takdelah lebat mana, sen² je, cuma just suka bukak tgk keyword yg sangkut dalam blog... blog aku banyak sangkut resepi je, tapi hari ni memang kelakar, keyword kau : Dulu Gemuk Sekarang Kurus... hehehehhehehe





bila aku google balik, huhuhu antara front page.. kuikuikui



ye, ye aku faham, aku hutang ada sorang pengkomen kat blog aku ni, rahsia aku separuh kurus duluuuu... duluuu lah, 3 bulan lepas.. tapi stop diet sebab nak betulkan alignment lutut..sekarang alhamdulillah dah sembuh...


memang aku ada buat diet, cuma ubah corak pola pemakanan aku je, time ni ada la senam sikit² berjaya gak la turun hampir 8kg.. memang manjadik, two thumbs up untuk pencipta corak pemakanan ni... tapi hehehehe aku still tak sempat nak cerita lagi.. lepas² ni lah, tunggu aku start balik diet tu, nanti aku story mory satu persatu cara² nya okeh...




so kepada blogger Niar Wati, yg mulanya datang sebab nk carik resepi..kannn dah cakap blog aku ni layak wat blog resepi je...ehheehe  nanti² saya cerita ye..rahsia lah sangat... kannnnn



daaaaaaa......



07 July 2014

TIPS IBU MENYUSU YANG BEKERJA

Entri ni lama aku perap dalam draft, taip² simpan, taip² simpan, hehehehe, biasalah ikut mood, lagipon time rehat je dapat access kan, soooooo...... ~paham² sudah~~



Bismillahirrahmanirrahim....Nak kongsi..maluuu, tapi mau, alaaaa bukan terer na engkau pon, kecoh je lebih...kahkah, tak kisah la apa korang nak cakap..

Aku ibu bekerja yang menyusu, ko hado... gituuuuuuu.. masa affan dua bulan, time tu dah habis pantang la kan, selalu orang tanya, dah buat stok susu belum, jawapan aku belum, sebab tak sempat, affan kejenya ngempeng je, dah camne masanya nak pam kan, rupa² nya lepas je nyusu kena pam, makna kata kosongkan betul² nenen tu baru susu pnye production meningkat lagi dan lagi... ohhh gitu, aku angguk, lepas tu baru start ngepam, dekat nak 3 bulan, dah habis cuti kan...nak naik keje dah ni....bukak peti..alahaiiiiii banyak ini je stok untuk kamu affan...CUAK jangan cakap la, ye lah orang lain 1 fridge stoknya, aku takat 1 bahagian dalam fridge je... tu pon siap selit roti paratha frozen disitu..



takpe sikit banyak bukan ukuran, yang penting kau ada keinginan... konon cakap dengan diri sendiri untuk up semangat, ehhehehe, 1st day keje, maknanya st time berenggang whole day dengan affan, dannnnn sessi mengepam pagi adalah sangat suksesssss....


Hasil pon lumayan.... sesi mengepam lama gak dlm 20minit macam tu lah.. 7oz.. thumbs up jijie.. masa tengah mengepam tu sambil bayang² muka affan tengah tersengih² nak nyusu, pastu dok set dalam kepala otak ni susu banyak, susu cukup, susu banyak susu cukup, tu je lah, sambil berzikir, alhamdulillah...tak mengecewakan..

Tapi production ni of coz ada naik turunnya, mana ada yg sama & statik je kan, emosi kita pon berubah², jadinya sesi tengahari & petang agak menurun sket, tapi TAKPE, ko jangan khuatir, itu semua rezeki ketentuan Allah swt, banyak sket bukan ukuran, macam yg aku cakap sebelum ni, yang penting KESUNGGUHAN kan....


& ini lah hasil selama hari pertama mengepam... dalam 16oz... affan menyusu satu hari aku hantar pengasuh 3 @ 4 botol = 5oz * 3 @ 4 = 15oz @ 20oz.... so memang mak ngasuh dia akan habiskan susu tu untuk sehari, kalau ada lebih dia simpan utk esok, so kalau 1 hari habis 4 botol maknanya aku short dalam 4oz sehari nak bekalkan ke mak ngasuh dia...

Memang ada sedikit kerisauan disitu, tapiiiii kan dh bgtau MINDSET..hehhe so ko set je kat otak ko susu cukup, susu cukup, insyaAllah, akan cukup...

ada satu masa production sangat bagus, 8oz dalam satu sessi...wow lumayan...haha dia punya feel mengepam tu mcm apa je tau, bila banyak rasa mcm hebatnyeeee....heheheh maksud aku hebatnye kuasa Allah swt kan, tiada sapa dapat menyangkal...

Kalau mak² yg bekerja ni, mesti familliar dengan beg susu @ beg pam.. pergi kerja dua tiga beg diheretnya..handbag lah, beg susu lah, kang 1 lagi beg bekal lah, mcm² kan...



tiap hari ni lah kelengkapan aku bawak gi keje, handbag 1, beg susu 1, beg susu ni aku pinjam adik aku punya je, Brand Autumz, ice pack tu aku beli je sendiri, harga dah tak ingat, biasa nya lepas mengepam aku mmg biar je susu tu dalam cooler bag ni, aku tak masukkan dalam peti ais pejabat ni sebab malas, hehehhe, dah ada ice pack tu dah cukup sejuk dah, lagipon ofis kan ber aircond jugak, so dia xde masalah pon, sampai je rumah aku tros masuk dalam fridge...


ok, ramai gak yang tanya aku, apa petua nak banyakkan susu, just to be honest, aku memang takde petua khusus, aku pon takde makan apa² supplement nak tambah susu ke, pekatkan susu ke, takdonyo, mula² lepas pantang dulu ada la aku makan ubat tambah susu, tu pon ambik adik aku punya, tapi bagi aku ko makan apa pon, tapi ko takde demand (kekerapan baby menghisap & mengepam susu) rasanya takkan menjadi jugak, T______T ~~ bergantung pada keadaan badan masing²


So, apa yang aku buat, aku pastikan aku akan minum air masak dengan banyak, kalau ikut berat badan aku yang mengembang ni, aku kena minum lbih dari 3 liter air sehari... untuk pastikan badan aku cukup air untuk aku & cukup air untuk hasilkan susu, Selain tu aku suka makan nasik, hari² akan makan nasik, alhamdulillah susu memang mencukupi.

atas meja aku dah macam pesta botol, penuh ngan macam² botol dah..


Alhamdulillah, sekarang affan dah 1 tahun 5 bulan, masih menyusu, masih mengempeng, ku panggil budak dedek... asal aku balik kerja je, tergedik² dah terkam, hehehehe



Moga mama dapat susukan affan sehingga dua tahun atau lebih.. moga² Allah murahkan rezeki mama & affan... aminnnnnnn





ni tips dari pa&ma... bacalah.... 




.
.
.
.
.

Entri lain ~~












02 July 2014

Resepi Cheesy Milky Butter Prown @ Udang Masak Butter Basah

Haaaaa nampak dia punya gila kuasa nak letak tajuk, hahahaha...

Ceritanya begini, minggu lepas aku ada kena pergi kursus HRMIS, buat kat INTAN, Kota Kinabalu, Sabah, pergi hari ahad minggu lepas, balik kl hari khamis, nak tak nak aku memang kena pergi sebab aku staff yang bertanggungjawab untuk handle setting aliran kerja (workflow) dalam HRMIS utk seluruh JAKOA, & aku juga Pentadbir Sistem.. Pikir punya pikir memang la taknak sebab kena berjauhan dengan Affan kan, gila kau 5 hari 4 malam, aku xdapat bayangkan camne affan nanti bila xdapat nak ngempeng malam² kan... dah la ni 1st time nak tinggal dia.

Eh dah melalut mukadimahnya... ok dipendekkan cerita aku pon pergi dengan keterpaksaan walau teruja juga nak pergi sabah, ye lah 1st time kan ke negeri dibawah bayu, free pulak tu tiket flight & hotel, kuikuikui, aku just siap duit belanja je kat sana...  & alhamdulillah affan sangattttttt ok bila duduk dengan abah dia, terbaikkk lah... pasni leh la gi outstation selalu, kihkihkih...

ok ok... cerita pasal resepi kan, haaaa camni, kat sabah kan terkenal dengan seafood murah.. so aku ada la tanya member yg dok Kota Kinabalu, kat mana nak makan seafood yang sedap & murah OF COZ la, so dia pon suggest aku makan kat area Dataran Ikan Todak, Bandar KK.. situ banyak sangat warung ha ko pilih la.. kebetulan driver teksi yg bawa kami tu ada kawan keje kedai situ, so pergi lah makan kat kedai dia..


Sampai² situ pergi pilih seafood dulu, memang best..


ko tengok la udang harimau dia, pergghhhhh tergoda aku.. ***abaikan jari montok aku tu**




Pilih punya pilih, ni lah hidangan kami malam hari pertama di sabah, Ikan Kerapu, Sebelah dia masak masam manis, sebelah lagi dia masak Steam Nyonya, pastu Lala masak sos tiram, Udang Goreng Tepung, satu lagi sayur kangkung goreng time tu tak siap lagi dan yang paling menarik nafsu makan kitorg adalah Udang Masak Butter Basah ni lah....



 Sebab takut mahal, so pilih udang sederhana besar je, tak ambik pon udang besar jari aku tadi, tu pun ambik sorang sekor je lah, 4 ekor makan sekali dengan driver teksi yg baik & pemalu itu..


GILA SEDAP dorang masak, sampai teringat² kitorang, dan GUESS WHAT, semua masakan ni, 6 jenis masakan, makan untuk 4 orang termasuk air semua lah, HANYA RM81... gilak lah sabah, murah sioottttttt....cuba gi makan kat kl sini, kat seafood bangi nu ke, takde de dapat harga camni,,ye dok.... dannnn disebabkan tak puas hati hahahaa, lusa nye kami pergi lagi makan kat situ..




dannn kali ni kami pilih udang harimau yg besor² tu pulak, ambik 6 ekor so sorang makan dua ekor, sebab makan 3 org je kali ni, tu pon dah kenyang gila, pastu ambik lagi Ikan Kerapu Masak Steam Nyonya, yg ni pon gila best...sedap ohhhhh.... perghhh terliur aku type entri ni, dah la tgh puasa, haishhhhhh, & tak dilupakan Sotong Goreng Tepung..



Ini dia Udang harimau Masak Butter Basah yang sangat best itu, tapi kali kedua makan ni kuah dia sikit noooo pulak....takpelah yg penting udang itu...

Total makan malam ni pulak hanya RM108 sajorkkkk... termasuk tapau air shake kelapa gelas besor, nangis aku sebab puas dapat makan seafood, hehe, sib baik tak ngandong..kalau tak mau aku pergi balik hari semata nak makan dinner kat sana, haha



ok...panjang kan mukadimah nak bagi resepi ni, kihkihkih, kena sabar... nak menuntut ilmu jangan gelojoh kang tak jadik masakan ko.... 


Ok ni resepi yang aku dah google & aku ubahsuai ikut citarasa aku... si isteri dah makan sedap² di sabah of coz la kena balik masak untuk suami pulak ye dak...


Cheesy  milky butter prawn.. 

Bahan2 (anggaran utk 1/2 kg udang) dlm 20 ekor 
***************** 
-kena ada Udang (of coz la)... nak puas hati guna udang harimau saiz xxl  ye..aku pki udang biasa je tpi saiz besor..yg 1kg rm28.90 bli kat nsk
-bawang putih dua ulas (dicincang) 
-bawang besar holland 1/4 biji - yg warna kuning tu (potong dadu) 
-cili hijau, cili benggala (hijau, merah, kuning), cili api ~ ni semua optional klu nk pedas n nak nmpk menarek warna warni masakan 
-daun kari 6 helai 
-1/2 sudu kecik serbuk kari 
-3/4 tin susu cair (nak guna brand ideal pn ok...aku guna brand gold coin) 
-1/2 kiub ayam 
-tepung jagung 
- butter 1/4 dri seketul tu 
-cheese sekeping (apa2 brand pn ok...cheese yg letak kat burger tu) 


Cara masak 
****************** 
- mula2 kena goreng udang dlu, letak garam sket secukup rasa..gaul sebati n smpan kejap dlm peti...10mnit..lbih pn xpe..kemudian bila nak stat masak bru kuarkan udang n tabur tepung jagung salut rata...kemudian  goreng udang smpi agak2 masak...jgn lama nnti isi dia keras..ketepikan sekejap


 of coz la guna pemanggang ajaib kan

 




Utk kuah
 ********************** 
- panaskan butter 
- tumis bawang holland, bwg putih & daun kari smpi kekuningan..masuk  serbuk kari, masuk air sket... 



-dah menggelegak masukkan susu cair 


- pastu masuk kiub ayam..secubit garam..& setengah sudu kecik gula..garam xyah byk2 kang masin sbb butter dh ada garam...kecuali ko pki unsalted butter.. kna agak2 la ikut berapa banyak udang 
- kemudian masukkan cheese..biar menggelegak kemudian masuk udang...agak2 pekat tutup api... (Ini bergantung pd kepekatan kuah..klu cair masukkan tepung jagung..bancuh dgn air dlu...agak2 je dlm 1/2 sudu je) aku x letak sbb kuah dh pekat 

 


 



 - ada dua tips boleh guna... 

!!! Kalau suka nak makan udang garing xyah nak campor udang dlm kuah... just siram  je atas udang yg dh goreng tdi.. tapi aku campor sebab nk bg udang sebati ngan kuah 

!!! Lagi satu buat je kuah dlu...time nak makan bru campor udang n panaskan balik.. sebab nnti kna mcm aku dia jdik beku time nk makan - sebab gap aku siap masak n berbuka tdi dlm 1/2 jam.. so cara aku tdi...aku just letak je sket air panas kt udang tdi n gaul2 so cair la balik... 




EDIT PADA 08/07/2014 *****

Semalam aku cuba resepi yang sama tapi tukar bahan asas kepada ayam, sebabnya anak² aku tak makan udang, tapi leisya request nak makan kuah sedap mcm hari tu, yang ni lah, so aku tukar lah jadik ayam...

Cara yang sama, goreng ayam dulu, tapi jangan masak lama, just sedang² je, lepas tu letak tepi, nanti masuk je dalam kuah tu....






 dan rasanya tetap sedapppppp....


Selamat mencuba... om nom nomm...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



ok, masa masak semalam ada upload kat fb, takde niat nak tunjuk terer masak ke apa, just berkongsi kegembiraan bersama² je, share² resepi kan, so ada dua tiga member yang request, ha ni aku bagi version senang print je... hehehhehe


Cheesy  milky butter prawn..


Bahan2 (anggaran utk 1/2 kg udang) dlm 20 ekor 
***************************************************
-kena ada Udang (of coz la)... nak puas hati guna udang harimau saiz xxl  ye..aku pki udang biasa je tpi saiz besor..yg 1kg rm28.90 bli kat nsk 
-bawang putih dua ulas (dicincang) 
-bawang holland 1/4 biji (potong dadu) 
-cili hijau, cili benggala (hijau, merah, kuning), cili api ~ ni semua optional klu nk pedas n nak nmpk menarek warna warni masakan  
-daun kari 6 helai 
-1/2 sudu kecik serbuk kari 
-3/4 tin susu cair (nak guna brand ideal pn ok...aku guna brand gold coin) 
-1/2 kiub ayam 
-tepung jagung 
- butter 1/4 dri seketul tu 
-cheese sekeping (apa2 brand pn ok...cheese yg letak kat burger tu) 

Cara masak 
********************************************************************
- mula2 kena goreng udang dlu, letak garam sket secukup rasa..gaul sebati n smpan kejap dlm peti...10mnit..lbih pn xpe..kemudian bila nak stat masak bru kuarkan udang n tabur tepung jagung salut rata...kemudian  goreng udang smpi agak2 masak...jgn lama nnti isi dia keras..ketepikan sekejap 


Utk kuah 
************************************************************************
- panaskan butter 
- tumis bawang holland, bwg putih & daun kari smpi kekuningan..masuk  serbuk kari, masuk air sket... 
-dah menggelegak masukkan susu cair 
- masuk kiub ayam..secubit garam..& setengah sudu kecik gula..garam xyah byk2 kang masin sbb butter dh ada garam...kecuali ko pki unsalted butter.. kna agak2 la ikut berapa banyak udang 
- kemudian masukkan cheese..biar menggelegak kemudian masuk udang...agak2 pekat tutup api... (Ini bergantung pd kepekatan kuah..klu cair masukkan tepung jagung..bancuh dgn air dlu...agak2 je dlm 1/2 sudu je) aku x letak sbb kuah dh pekat 

- ada dua tips boleh guna... 

!!! Kalau suka udang garing xyah nak campor udang dlm kuah... just siram  je atas udang yg dh goreng tdi.. tapi aku campor sebab nk bg udang sebati ngan kuah 

!!! Lagi satu buat je kuah dlu...time nak makan bru campor udang n panaskan balik.. sebab nnti kna mcm aku dia jdik beku time nk makan - sebab gap aku siap masak n berbuka tdi dlm 1/2 jam.. so cara aku tdi...aku just letak je sket air panas kt udang tdi n gaul2 so cair la balik... 

Selamat Mencuba..









 ****************************** IKLAN *****************************


Korang teringin tak nak pergi SPA ??? mandi lulur, mandi susu, foot spa, facial semua, aku tau semua perempuan mesti suka kalau dibelai, di manja & semua nak kalau kulit badan halussssss, lembut, gebusssss je bila dipegang, di raba, ye dakkk???

Tapi aku tau nak pergi buat rawatan kat spa ni mahal, tak semua mampu nak jadikan perawatan bulanan, apatah lagi mingguan, dan aku tau ada yang malu nak bukak² baju, malu nak tunjuk bila kulit badan tak sekata, bertompok, gelap dan sebagainya..

Lagi sadis kalau korang jenis geli kena pegang, kena urut kena raba, hahahhaa dah cane nak pergi buat rawatan kat spa kan???

TAPIIIIIIIIII... don worryyy I FEEL U OLSS... Ni ada GOOD NEWS...

Nah ambik produk² spa yang dipacking untuk kegunaan korang sendiri kat rumah, maknanya buat sendiri, sentap sendiri, mandi lah sendiri, lagi best kalau ada hasben, so hasben sental kan.... mandi sama² gituuuu....


HARGA MURAHHHHHHHHH sangat... Yang Best nye hasil nye sama macam korang pi buat rawatan yang sama kat SPA tu... ha best tak best tak ???

Meh sini Klik..

Follow FB spadirumah - http://www.facebook.com/spadirumah
@spadirumah


 





Pada Yang Ada INSTAGRAM tu nak tengok feedback² customer yg berpuas hati dengan produk² ni, meh search Hashtag #spadirumahfeedback boleh view sendiri...

Tak ada Instagram, don worry meh klik sini.. SPADIRUMAH FEEDBACK


ATAU LEBIH SENANG WHATSAPP JE, senang boleh fast respond
011-33020582 (mush)

BYE... MUAH CIKED














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati