Hari ni 12.12.12, genap² kandungan aku 30 minggu...cepatnyeee...cepatnyeee masa berlalu....yg sbnrnya lebih kepada aduhhh baru 30 weeks ke, lambatnye lagi nk bersalin, paling lama pon 10minggu lagi atau kalau ikut due dalam 39 minggu camtu insyaAllah aku dh bersalin... atau kalau aku lasak lebey sket masa 38 minggu kot² dah kuar....*bak kata orang dolu² lagi banyak anak lagi senang nk bersalin* & member aku yg bru je lahirkan anak ke tiga pon ckp bnda yg sama, dia baru sakit² perut g spital dh bukak jalan, sekejapan dah bersalin, tak sama mcm anak 1st dlu ~~ 2 hari akak tahan sakit dik non** mudah² an aku pon begitu nanti~~
Malam tadi tetiba sesak nafas, dh lama gak aku tak kena mcm ni, masa awal² peknen dlu adalah rasa camtu, sesak nafas, mengah, kalau bercakap tu ketara sangat bunyi mengah, masuk trimester kedua dia hilang, gone with the wind, ni bila trimester terakhir ni datang balik..
memang kalau diikutkan kesesakan nafas semasa kehamilan ni benda koman, ye lah bila baby makin besar dia akan menekan abdomen kita kan, terutama dada lah..
tapi bila sampai ke pagi ni pon rasa sesak nafas lagi, padahal aku dalam keadaan duduk tegak, tanpa bebanan lain di badan selain bawak perut ni, dh duduk relaks pon still sesak nafas lagi...takut gak..hurmmm...mcm biasa sebelum apa² mesti gugel sana sini kan.... kebanyakan yg bg tip sesak nafas adalah cara yg sama...
****************************************
Tip Sesak Nafas
Salah satu gejala yang kerap menyerang
ibu hamil adalah sesak nafas. Gejala ini mudah berlaku setelah
kehamilan memasuki usia 6 bulan ke atas terutamanya pada trimester
terakhir kehamilan.
Keadaan ini disebabkan bayi yang semakin membesar dan menekan abdomen terutama di bahagian dada si ibu hingga mengurangkan ruang pada paru-paru yang menyebabkan anda sesak nafas atau adakalanya terasa sukar hendak bernafas.
Berikut tip yang boleh anda cuba amalkan bagi membantu mengatasi keadaan ini.
Keadaan ini disebabkan bayi yang semakin membesar dan menekan abdomen terutama di bahagian dada si ibu hingga mengurangkan ruang pada paru-paru yang menyebabkan anda sesak nafas atau adakalanya terasa sukar hendak bernafas.
Berikut tip yang boleh anda cuba amalkan bagi membantu mengatasi keadaan ini.
- Banyakkan melakukan senaman olahraga kerana ia akan membuat tubuh sihat dan segar serta membantu mengurangkan masalah sesak nafas.
- Duduk dalam keadaan tegak agar ruang pada bahagian paru-paru tidak tertekan dan mengganggu pernafasan anda.
- Semasa tidur pastikan bahagian kepala dan bahu agak tinggi sedikit agar paru-paru tetap mempunyai ruang yang cukup untuk memudahkan pernafasan anda.
****************************************
So far semua aku dah ikut, tapi masih lagi rasa mcm tu, maybe kalau berlarutan smpi tengahari ni aku gi spital lah kot, sebab kadang² kita bukan tau kan dalam dada ni, kot saluran sempit ke, errkkkk....mintak dijauhkan....
ok...aku nak berehat jap...sandar² kat sofa, lagi best kalau dapat lelap barang sejam dua...hun hun hun... *lagi best bila mana bos takde hari ni ** heheh selamat bekerja bagi korang yg bekerja, untuk kes mcm aku ni, special..dikecualikan dari kerja² berat...gud nite... zzzzzzzzz
~
~
~
~
~
~
wah..dah makin hampir dah nak bersalin
ReplyDeletealhamdulillah kak, diberi kesihatan yg baik sehingga 30 mnggu ni, tapii dup dap telah makin terasa mcm dh dekat sangat pulak due nye padahal ada la sebulan lebey lagi, nebes mcm nk beranak sulong plk, padahal yg ke tiga dh ni...
ReplyDeleteSalam kenal.Berminat dgn PEMANGGANG AJAIB yg murah tp mmg ORI...jemput singgah ya.
ReplyDeletetq singgah kat sini gak...
Deletesalam mush.
ReplyDeleteTirana aduka dtg tanpa diundang.maaf ye.
Salam kenal.
wsalam tiranaAduka, ishhh ada pulak tanpa diundang, nih padang bOla mush tadahkan sbb sudi singgah kat sini, heeeee
Delete