18 March 2014

Kisah Kejayaan : Breastfeeding Affan Fiqhry


Umum diketahui, ceh umum sangat, poyo manjang... affan ni anak aku yang ketiga, buat masa ni dia lah yang bOngsu, tunggu besor sikit mama kasik adik ye... heheheh, tapinyaa affan lah yang pertama aku berjaya breastfeed kan sehingga ke waktu ini dah setahun dah.. Alhamdulillah...


Aqeef & Leisya aku sempat nyusu dalam dua minggu je mcm tu, time pantang, tu pon campor² dengan Formula milk (FM)... Ok kenapa aku kecundang di awal perjuangan... Meh aku story...

Ada dua jenis orang yg menyusu,

Jenis Pertama : ko akan menyusu tanpa ada masalah, which is 'nipple' ko jenis takde masalah, terbentuk cantik, kemudian kulit ko normal & baby latch dengan baik & betul... 

Jenis Kedua : ko ada masalah dengan nipple, nipple ko crack, tak pon jenis tenggelam, lepas tu ko jenis kulit tofu (maksudnya kulit lembut, senang koyak) dan ko tak reti nak latch anak ko menyusu dengan betul (pelekapan mulut baby dengan puting & sekeliling areola)

dannnnnnn...aku kategori yang kedua...

Dimana jenis sebelah crack, sebelah tenggelam, kang letak gambor kata blOg lucah pulak kan, so korang click lah kat sini contoh² gambornya Crack Nipple .. kemudian sudahlah begitu, kulit pulak jenis sensitif, lagi² tang breast kan lembut, so cepat je lah koyaknya... itu yang buat aku kecundang kisahnye...

Jenis susu pulak ada dua jugak,

Jenis pertama : ko tengah sarat mengandung, susu ko dah ada, dah penuh, bila ko picit² nipple dia dah keluar cecair² putih, bila baby lahir ko boleh terus je susukan dia tanpa masalah, baby pon gembira & ko berjaya breastfeed dengan jayanya..

Jenis Kedua : ko buat la macam mana pon, masa pregnant kan nurse selalu suruh kita bersihkan nipple la, urut² la kan, tapi tetap belum ada lagi susu kau, maksudnya bukan tak ada, jgn salah paham, kilang susu memang dah terbentuk sejak kita mengandung 7 bulan pon, cuma tak dirangsang dengan betul pengeluarannya, dia nak baby gak punya hisapan baru keluar, macam tu..

So sekali lagi aku jenis yang Kedua jugak.... adoiihhhh dugaan sungguh kan.. jadinya masa aqeef & leisya dulu, baru je dua minggu puting aku dah koyak gila², sudahnye bila pedih, sakit, sapa yang nak teruskan betul tak, dah la sakit badan, sakit kat jahitan, sakit semua² lah, pastu (.)(.) pon sakit, hahahahah jadinya mental aku yang muda remaja ni tak dapat nak tanggung, so ber FM la kamu anak², mama tak sanggup menanggung, jiwa mama tak kuat, maafkan mama....



Dannnnnnnnn....bila mengandung affan, aku dah set dalam minda & hati bahawa kali ni by hook or by crook aku tetap nak susukan affan... seriously, insyaAllah..

Takyah la aku bagitau kehebatan susu ibu ni kan, umum dah tau semuanya, susu terbaekkk di dunia ciptaan Allah swt... dan

Antara Tips² Penting

1) Mind Set (paling penting)
Sepanjang mengandung aku selalu bayangkan seronoknya peluk baby sambil susukan dia, kita pandang muka dia dengan penuh kasih sayang, lepas tu baby kita pulak dok pandang mata kita, sambil tangan merayap, hahah... so itu lah yg aku buat sepanjang mengandung, disamping tu aku selalu berborak ngan affan dalam perut, aku bagitau mama janji akan susukan affan ye sampai dua tahun atau lebih, affan pon kena janji dengan mama tolong mama jayakan visi & misi kita ni ye... begituuuuu.. touching tak, kahkah..

2) Beli Keperluan Menyusu
Selain tu aku beli sikit² kelengkapan menyusu, macam pam susu (perkara wajib), mula² aku pakai adik aku punya, Medela Mini E, lepas tu aku pakai Medela Harmony (manual) je sampai sekarang, nanti aku review pasal pam pulak lepas ni..

Medela Mini Electric

Medela Harmony (Manual)


Kelengkapan lain ialah botol susu storage utk buat stok masa bekerja, cream nipple (medela), breastpad (time ni aku beli  yg disposable, malas nak basuh punya pasal), lepas tu lain² yg mcm biasa lah..

3) Terus Susukan baby kita sejurus dilahirkan ( untuk create bonding ibu & anak)
Start je affan lahir nurse tros suruh aku menyusu affan, time ni memang fitrah semua baby akan pandai mencari cari nipple, bersungguh² affan menyusu,kira success la konon, affan lahir dalam kul 2.50pm mcm tu, setel jahit segala aku disorong keluar dari labour room, dok bersidai kat koridor luar tapi still dalam labour room, kat situ gak ku susukan affan, sambil baring, agak kekok..

Bila dah ditolak ke Wad Biasa, mak adik badek semua datang, time ni affan tido je so aku memang tak susukan dia, nak kejut punya lah payah..malam tu aku cuba susukan dia lagi, tapi dia punya kekok kahkah macam anak 1st plk, affan pon tak bagi kerjasama yg baik, kerja nak tido je...

Esoknya, masih lagi kekok, maybe badan aku besorrrrr, baby kecik, tu yg mcm eh nape susah sangat ni, eh nape mulut kamu kecik, eh kan nak kena masuk semua aerola dlm mulut baby, mana muat, kahkah, sampai mcm tu sekali.

pastu ada nurse datang, aku panggil

'Nurse, nak tanya, cara yang betul pegang baby utk breastfeed'

Then, nurse pon ajar, ok mcm ni, letak bantal sini, badan awak naik sikit, ha ok, kan baby ok je menyusu kan, ok teruskan macam tu..

lepas tu tau tak apa nurse tu cakap ngan aku...

'Biasalah anak pertama kan, semua akan kekok, nanti lama² akan biasa"

terus aku gelak kat situ gak sambil cakap 'ni anak ketiga nurse, yang sebelum² ni tak bf '

dengan nurse² sekali gelak... ok aku takde rasa pon dia nak budget aku nampak muda ke apa (takyah nak perasan) tapi yg pasti kalau kau dah kekok mcm tu of coz takde pengalaman sebelum² ni, ye dakkkk

4) kena kuat semangat (SAAT PALING KEMUNCAK)
Lepas tu bermulalah episod dirumah pula, hari kedua dan seterusnya adalah sangat worst bagi aku & aku rasa semua ibu² berpantang akan mengalami nya, iaitu sindrom baby blues (atau kata melayu nya bakal² merOyan) cuma cara bagaimana nak atasi tu kena lah banyak beristighfar

Ok camni, ko tgh tak sihat lagi, badan belum kuat, baby pulak ngamuk je takmo susu, takmo bekerjasama dengan aku, so bengang satu hal, lepas tu breast bengkak pulak, belum kira sakitttttt sangat tang urat² breast, keje aku nangis, nangis, nangissssss... 

5) MORAL Support dari Orang Sekeliling (Especially HUSBAND yg hensem)
tanpa azim aku rasa aku takkan berjaya BF affan sampai hari ni, sebab azim lah yg banyak bagi support, bila aku nangis² menahan kesakitan, azim la pujuk aku sabar ma sabar, demi affan, saya tau awak boleh, lepas tu tolong gosok² pinggang aku bila aku lenguh duduk susukan affan, & dari hari 1st bila aku bangun malam susu affan dia pon bangun tolong letak bantal belakang badan lah & apa² yg patut.. tapi walau bertahan seminggu je dia bangun, tak kisah lah janji dia nye moral support tu ado, tang² keje yg lainnye kan.. ye lah anak ketiga ni aku pantang sendiri je, so segala nya diuruskan sepenuhnya oleh azim. Dari segi mandi kan aqeef, hantar gi sekolah, basuh baju, gosok baju semualah, masak yg simple² je lah.. semuanya azim yang uruskan, sampai kan ke air mandi herba akar² kayu untuk aku semuanya dia sediakan, cekal tak cekal , tu bukan takut bini tau, tu azim cakap HARGAI... aku dah lahirkan anak² dia, 9 bulan penat lelah sakit pening bawak perut, so time pantang aku rest sepenuhnya....Gituuuuuu cewahh...time ni azim ambik cuti 3 minggu, hambik ko, sib baik dia jenis simpan cuti tak mcm aku, tiap tahun tak pernah carry forward, hahah, memang tiap kali aku bersalin dia akan apply 3 minggu, yezzaaaa.... & time ni Leisya hantar rumah pengasuh dia....


selamber je dia uruskan affan mandi apa semua, berkat berlatih dari 1st baby katanya... 
*affan day 12*




ni sambungan utk nombor 4
ok, ini adalah saat paling worst, masuk 1 minggu aku berpantang nipple aku dah start koyak dah, luka, mula² sikit lepas tu panjang sikit, apa ko ingat tak sakit ke...dah la luka, baby plk bukan tau kita sakit, dia keje nak ngisap je... banyak la petua org suruh buat, sapu susu kita lah, letak ubat itu lah inilah..cara baby nyusu salah lah, macam²... der aku tgh stress ni ko jgn r tambah ye tak, apa yg tak betulnya kalau nurse pon cakap aku nye cara pelekapan tu dah btol, so lain tak bukan aku jenis kulit tofu, konfem...

siap pakai nipple shield ni, medela punya, pon tak jalan, affan tak nak bila dia rasa puting silicon ni dia reject la, nurse pon marah aku pakai, katanya klu pakai ni mana nak dtg bonding skin to skin kamu & baby tu, jgn pakai dah, bila aku ckp benda ni dicipta utk yg mcm saya saya ni puting takdok nurse, tau apa dia jawab, baik awak bagi guna botol je, ye baiklahhhhh....sedu sedu simpan dalam beg, cehhhh...

http://cdn.firstcry.com/brainbees/images/products/zoom/1285a.jpg
medela brand - nipple shield



sib baik dah standby ubat ni awal²..sapu ni cepat la sket luka tu kering, tapi selagi baby menyusu takkan pernah baik nye..

 Brand MEDELA, beli je kat kedai jual barang² baby, harga dalam RM25 ++ kalau tak silap


kakak biras aku sendiri menyaksikan kehebatan luka di nipple aku, sebab sebelum ni aku merujuk pada dia, dia hustle dlm bf ni, dah dapat master pon, hehehhe, segala sakit perit dia la tempat aku merujuk selain google dengan pakcik gugel tu...

tapi makin lama makin teruk, aku pon dah tak tahan, aku gi klinik sebab dah bengkak teruk, bengkak susu, sampai ke ketiak dah ketulnya... sakitttttt jgn cakap...doc yang check nipple aku pon tanya anak u umur berapa, dia gigit ke luka teruk ni, aku sengih² bagitau, baby saya baru 2 minggu... terkejut doc tu... sambil buat memek muka menahan sakit, eh eh aku yg sakit dia plk rasa, macam cubit peha patient peha doc pon rasa sakit...kahkah

ini ubatnye yg dia bagi memang terbaek, bila pakai rasa kebas je, tapi pedih la bukan tak pedih;

kalau ubat ni habis aku beli je kat klinik Mediviron Setiawangsa tu

Episod luka, sakit urat, bengkak masih bersisa, aku rasa sepanjang aku berpantang tu, stress tak pernah hilang, heheheh, astaghfirullahalazim, istighfar je lah banyak², sambil bf affan sambil nangis, menitik² air mata aku, dalam hati dok pujuk la diri sendiri, sabar²...mak aku boleh takkan aku tak boleh, gituuuu.. ada sekali tu, dah la bengkak, luka, dia datang pulak milk blister, perghhhhhh tangkap leleh air mata aku, hheheeheh... milk blister tu apa ??? ha banyak kan istilah² breastfeeding ni, so ko klik je lah sini kalau nak tau, owh Milk Blister please be nice to me...please go away, dan affn juga lah yg memainkan peranan penting dalam kejayaan breastfeeding aku ni, sebab apa, ingat tak masa mengandong aku ada cakap, kita akan gosok2 perut bercakap dengan baby, kita janji akan bf dia & kita nak dia pon bekerjasama dengan kita kan, yesssss affan betul2 tolong aku, sebenarnya aku yg dah tak kuat, aku sakit, aku kecundang, aku bagi affan FM ( susu Dutch Lady), tapiiii affan reject, beria² dia meraung taknak minum, & tambah la tension aku, sebab aku dah janji akan bagi susu aku je, so affan pon reject la, mesti kalau dia boleh cakap time tu aku kena sound dengan dia, hehehhehe, so alhamdulillah itu lah yg buat aku berjaya & kuat utk teruskan penyusuan affan, mama sayang affan....


Dan sampai la sekarang ni affan dah 1 tahun pon still luka, ubat ni akan sentiasa bersama aku, agak² nk start luka je sapu, kalau dibiarkan melarat la luka dia sampai nak terputus... dan ko agak² best tak nak breastfeed, haha, that's why berbalik kepada nombor 4 tu, kena kuat semangat, bak kata mak aku, memang la sakit, tu lah harganya yg perlu dibayar, tapi at the end tengok anak² mak camne (adik badek aku la kan) alhamdulillah kami² ni membesar menjadi 'orang', hehehehhe berkat susu ibu katanya... sambil menyusu tu selawat² lah, baca zikir Ya Latiff, utk lembutkan hati anak², insyaAllah.


ni la budak yg buat mama dia nangis kesakitan & kegembiraan, amboiiii tido pon senyum ye, rotan kang



& hari ni, affan dah 1 tahun 1 bulan (lagi 2 hari), dan so far mission aku masih berjaya, ada lebih kurang 1 tahun je lagi untuk genapkan penyusuan affan selama 2 tahun... harap aku kuat & tabah, sebab benda ² ni mind set je, jangan kau kecundang dah la.... bila aku rasa macam nak kecundang, aku banyak istighfar, & berdoa, moga² bekalan cukup, moga² aku berjaya...





p/s : besyukur punya suami seperti azim, takpe lah garang pada pandangan orang lain, untuk kebaikan jugak.. takpelah cerewet pada pandangan orang lain, untuk kesempurnaan institusi kekeluargaan aku jugak... bersyukur...itu yang terbaik Allah swt dah aturkan... bersyukur sebab memahami, bersyukur sebab banyak menyokong, bersyukur atas segalanya





Entri lain ~~


17 March 2014

Major Renovation

Morning Reader's (budget blogger fofular) kahkah, so ok tak my new blog 





Setelah bertahun kusam & kedaung hari ni dah berubah wajah... Segala renovation ini di jalankan oleh seorang gadis yg cOmey lOtey iaitu Maisarah - Blog bingkisan Hati

Mula² nak buat sendiri sebab kedekut nak hire orang buat, kahkah tapi bila nak buat je malas, nak buat je tak dan masa, sudahnye tu yg sampai bertahun tak buat, jadinya kita google je lah, jadi mana² blogger yg sangkut SEO yg ada buat edit² blog ni aku sebat je, malas pikir banyak aku pon suruh je blog bingkisan hati buat ikut suka dia, demand sket² je mintak theme baby blue + pink sebabnye mcm comel, kahkah, padahal tuan tanah punya la ganas, kannnnnnn...., heheh dannnnnnnn servis sangat ok, aku suruh dia tukar template blog spadirumah sekali




kedua² template aku request yg simple sajOrk, asalkan sodap mata omak ni memandang... sekejapan je dia buat pon.. berhubung melalui FB Bingkisan Hati

so bila pagi ni dia pm bgtau semua dah setel, dan charge dia sangat berpatutan, tros bukak blog, ecehhhh terpampang muka abam azim kat situ sebelah cik adik, bila tunjuk kat dia, tau dia cakap apa, 'dah tengok dah', what da pak, aku tanya, 'bila awak tengok', katanya tengah duty kul 3 - 4 pagi tadi,  bosan² bukak la blog awak, ecehhh ooo selama ni stalker blog aku rupanya, hahahah... ingatkan dia jenis tak kisah apa aku tulis, =p


So, then...kalau korang berminat boleh contact dengan si cantik manis maisarah ni ye..








p/s : blog dah cun, semangat nak update membara semula, ekekekekek

-
-
-
-

14 March 2014

Let It Go (Frozen) - Mom Parody

ok ini parody yang kelakar, hehehehe... dah macam kes aku dah...




Si aleisya paling teruja tgk cerita ni walau tak paham, pastu bising² sebab panggung kan kuat stereo dia... leisya leisya... last² terbalekkan 1 tong popcorn.. bluhh

13 March 2014

Di Hina Kerana Menyusukan Anak

jap...jap...tetiba macam panas je hati aku baca mende ni.... sebab nye aku pon salah seorang ibu yang menyusukan anak..





Kisahnye begini,
Emily Louise Slough, 27, yang berasal dari Rugeley, Staffordshire, England seorang breastfeeding mom keluar membeli belah bersama anaknya yg berusia 8 bulan, dah tetiba anak dia ngamok nak susu kan, so dia pon berenti la kat depan pintu sebuah restoran utk susu kan anak dia...
eh eh tetiba plak tah sapa² ambik gambor dia lepas tu upload di fb Spotted Rugeley (skang acc ni dah tutup & ini adalah acc fb baru) dengan caption 'I know the sun is out n all that but there's no need to let your kid feast on your nipple in town!!! Tramp.'
pedas ayat ko, siap ko hina panggil orang tu kutu rayau segala, apa ingat ko dulu tak minum susu mak ko ke... hampeh



dan ini membuatkan emily naik hangin la & benda ni dah tersebar di dailymail.co.uk pon...siap ada perbincangan..(kalau aku pon hangin)

ada rakaman di fb page emily boleh view sini

She told the Birmingham Mail: 'The mentality of the individual that attempted to shame me for feeding my daughter makes me so angry.

"saya sangat yakin dan selesa  dengan cara saya menyusukan bayi," Katanya. Di akaun Twitter milik nya, dia mendapat banyak sokongan  dari wanita yang memperjuangkan ibu-ibu menyusukan bayi. Seorang wanita bernama Linda Deakin, mengatakan dalam akaun Twitternya bahawa tak ada wanita yang boleh dihina hanya kerana menyusu kan bayi.. (sangat betul)






Mereka juga kesal dengan pemilik akaun Facebook Rugeley yang memuat naik gambar tersebut dan memalukan seorang ibu yang menyusukan bayinya.


Emily mengatakan melalui BBC bahawa dia menerima banyak pesanan. Ada yang menyokongnya. Ada pula yang mengatakan bahawa dia harus menyusukan anak nya dengan lebih sopan, contohnya menyusukan anak di tandas awam. Emily membalas, "sanggup kah anda makan di tandas awam?"

 

Seorang wakil dari The National Childbirth Trust juga mengatakan bahawa tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap ibu yang menyusukan bayinya dilindungi oleh akta. "Setiap ibu berhak menyuskan bayinya tanpa ada tekanan," katanya.



Tak paham aku, mende ni yg korang kecoh, habis yg gambor selebriti korang pakai baju sampai nampak lurah nk ke pusat tu apa kehal .... takde plk korang sebok kan...


p/s : Bagi aku tak perlu timbul kot soalan ni, lagi pula patutnya dorang lebih terbuka bab² macam ni... kalau mende ni kat malaysia boleh lah nk kuar isu ni, bukan sebab menyusukan anak, tapi tempat tu yg tak kena lah kan... sekarang ni pon kalau kat malaysia menyusukan anak ni jdik trending kot, ibu² yg baru beranak kecik ni semua jadik seronok & teruja nk susukan baby dia what... pergi mana² pon banyak je shopping complex yg mesra breastfeeding, siap ada tempat khas kan...belum kira persatuan la, grup fb la, grup whatsapp ibu menyusu belambak ado, macam² equipment & keperluan ibu² menyusu tu ada di pasaran kan.

aku pon ini lah 1st time berjaya susukan affan banding kaka & abang dia yg kecundang di awal perjuangan... so bila kali ni berjaya susukan affan feel dia lain macam, memang la susah, sapa cakap senang, takde benda senang kat dunia ni, nak VERA pon bawak si kenit tu masuk toilet sekali, tapi in the end, anak tu punya bonding ngan kita lebih erat... ko tak caye ko susu la anak ko, baru ko tau & aku pon anak yang disusukan oleh mak aku..

Owh I LOVE U mak yang canteq... mintak tips awet muda sket mak, hehehehe mak i tahun ni dah 59 tahun, alhamdulillah masih sehat, makin vogue, makin moden guna teknologi.... =p


ha... time ni aku baru je habis pantang, nak pulak family kuar² makan kat pizza hut, affan plk ngamok nak susu, apa susah, aku pusing kat kerusi tu hadap dinding, nah hambik susu lah kau di situ, Chill bebeh

12 March 2014

Aleisya Fazryn turns 4

Alhamdulillah, tiada kata² seindah bahasa yg dpt saya gambarkan, bilamana anak² membesar didepan mata dengan sihat, gebus, sempurna & segala yg indah...

Alhamdulillah sekali lagi, anak dara mama dah 4 tahun hari ni.. 12 Mac 2014



 Aleisya fazryn sepanjang 4 tahun ni....

* Bijak
* Rajin pergi sekolah, pergi mengaji petang², rajin buat homeworks (yg teacher tak tanda pon nak
   buat jugak)
* Gedik (suka melaram barang make up mama)
* Kuat Nangis
* Kuat Merajuk
* Penyayang (ada² masa peng garang haha)
* Sangat helpfull (kat sekolah menjadi kesayangan teacher katanya sebab suka tlg teacher Harpreet
   angkat buku, tolong ambilkan kasut kawan² masa nak balik school dll segala pujian yg ketua 
   teacher selalu cakap tiap kali ambik dia balik school) tapi kalau kat rumah takde pon camtu =p
* Manja
* Sikit² nak kiss abang & adik dia, kadang² memang aqeef luku je sebab rimas dengan rambot dia
   yg mengerbang tak suka ikat tapi nak kiss² abang, hehehhe (sian leisya)
* ada 1 mama, 1 abah, 1 mummy, 1 papa ... haaa nampak tak limpahi kasih sayang dia tu, kakak
   aku dah isytihar dia sebagai anak angkat secara rasmi pon, so kalau untuk medical cards kakak aku
   tu, aleisya leh tumpang dapat rawatan sama.
* kadang² akan jadik rajin menolong (tolong tambah kan sepah rumah, tapi taknak tolong kemas)

yang lain² perkembangan normal macam budak² seusia dia...



Moga membesar menjadi anak yg solehah, jaga akhlak, jaga tingkah laku, jadik anak yg boleh mama banggakan ye.. mama & babah tak cukup nafas kalau fikir nak membesarkan anak perempuan dalam zaman sekarang ni, walau dah sama je takutnya nak membesarkan anak lelaki pon, tapi bak kata pepatah dolu² 'nak menjaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan seorang'.... tapi aku tak pernah rasa pon jaga lembu, bapak aku ye lah tu mmg hObi dia...hehehehhehe

Okbai...
-
-
-
-

Pengalaman melahirkan aleisya disini

-
-
-
-

07 March 2014

Rezeki di dalam Ujian

Dalam pada bermacam ujian yang menimpa, aku tau Allah swt sayang aku, so dia nak uji aku, tapi Allah swt kan Maha Pemurah, Dia takkan datangkan ujian tanpa pengakhiran yang baik...

Dengan Affan demam keteguran, dengan orang gila yang tak sudah, dengan bisnes & mcm² lagi ujian yg baik & buruk, tapi sampai ofis tadi..terubat sedikit duka di hati...

Alhamdulillah, rezeki, sapa nak tolak kan....berkat kumpul bertahun, hahah

cepat pulak dapat nya, bila check kat account nuffnang tak proses lagi, igt mcm dulu la kot dua tiga bulan tapi eh² dah ada...



Syukurrrr.... :)







P/S - untuk ingatan diri aku..


03 March 2014

7 KELEBIHAN ORANG YANG MEMILIKI SIFAT SABAR


Dalam hidup aku kan, selaluuuuuu sangat aku diuji, tak kisah la cara macam mana, ujian yang baik ke, ujian yang pahit ke...tapi kan, aku tak tau datang mananya kekuatan aku untuk terus bersabar, padahal kalau diikutkan aku ni mulut leh tahan laser gak tau, siap lah sapa² yg suka carik pasal ngan aku, memang tak bagi peluang, aku tibai time² tu jugak...

Tapi lately, aku perasan macammmm eh² dah ber sifat  'mahmudah' la, dah jadik pen sabar, hehehehhehe.....

Mungkin bila dah jadik mak² beranak tiga ni kan, kurang dah la sifat suka melenting sound org sana sini tu kot, so korang² yg suka carik pasal ngan aku ni insyaAllah akan selamat dari diserang oleh aku, hahahahaha..tapiiiiiiiii KENA INGATTTTT..Allah swt ada, tak perlu untuk aku yg balas kan kan...:)


eh jap, ini statement takde kena mengena ngan sapa² tau, sebab aku takde musuh pon, betul, aku ni orang yang disayangai & disenangi oleh semua orang, tak caya tanya dorang.. puiiiiii...


Nak Tazkirah sikit pagi ni......


Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.” 

Riwayat Bukhari & Muslim
Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
· >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
· >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
· >> Memiliki iman sejati


Info : Here


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati