17 September 2014

kisah payung berwarna warni

ofis aku tiap² tahun konfem ada macam² aktiviti, salah satunya ialah Event Raya Jabatan, YB Menteri KKLW bersama masyarakat Orang Asli, nama pon kerja kat Jabatan Kemajuan Orang Asli kan.... okeyh² paham citer dah lama berlalu, hahaha... hari ni dah 22 Zulkaedah, dah lama habis pon bulan syawal nye...


biasanya kalau event raya ni, semua bahagian wajib ambik part, kena buat menu gerai masing²...macam tahun lepas, aku dari Seksyen Sumber Manusia buat kuih muih & cendol.. untuk tahun ni seksyen kitorg gabung dengan seksyen ICT, tak rajin hayat bergabung bersama, ekekeke.. so tahun ni menu kitorang ialah kuih muih (macam biasa), buah buahan & biskut raya.

& tiap² tahun gak ada hadiah untuk gerai terbaik, termasuk hiasan gerai & cara melobi juri dengan baik, haha

 rupa gerai yang togey sebelum deko

Tahun ni, kitorang guna konsep 'Colourfu Umbrella' gitu..idea asal dari kakak datin nuruluyun, ketua kerani unit aku, katanya ikat² payung kat atap.. bila dah bincang lebeyh lanjut & buat lawatan tapak gerai, so dah tau rupa tiap gerai, baru decide nak ikat payung² tu mcm mana...

sehari sebelum event, kitorg gi tgk tempat ..& pilih gerai, sambil hias sikit²..so esok majlisnya idakla kelam kabut kan..kali ni buat di area perkampungan orang asli kat area bukit cerakah, shah alam.


bab² ikat payung tinggi² ni kita bagi orang lelaki buat kerja, aku boleh je tapi kang ada yang kerusi tu patah, takpon kain terselak² ditiup angin bayu masa panjat² tu, haru..






 

bila dah separuh ikat, nak siap tu, sedar macam tak cukup pulak payung yg kecik² comel tu, so setel ikat, balik la kl balik untuk beli lagi tambah..






 konon payung² kecik comel tu nak ikat cenggini la



so last touch up sebelum balik..habiskan semua payung yang ada... ikat kat tiang² semua...




last satu payung hijau tu je yang belum ikat, tak tau dah nak ikat belah mana... so ingatkan dah siap la sambung esok pagi, sekali bos cakap ikat je kat belah atas atap ni, paling atas, jadikan kemuncak dia...



dan, rupa terakhir gerai PSM & ICT sebelum balik petang tu, memang doa² le malam tu takde hujan ribut petir ke kan, mau tercabut payung semua terbang dibawa angin bayuuuu..



Keesokannya, kami datang agak lambat sebab jem + sesat barat =), so gerai² rata semua dah penuh & tetamu pon dah ramai yang kerumun..


siap ikat payung² kecik yang tambah semalam, pastu tolong susun² buah & hias² atas meja..





 Antara kuih² hari tu, koci, karipap, agar² donut, biskut raya, sata & mcm² lah





idea asal hiasan payung, datin wannabe nuruluyun, heheheh, vogeh kan, walaupon dah masuk usia emas.. 5 tahun lagi nak pencen dah, baru dapat cucu, kembar, boy & gurls =)



 

 



 
 semua tetamu kebanyakan nya makan kat khemah tetamu, tapi kitorang yang bertugas ni makan ikut dan je, tiap² tahun camtu dah, mmg tak menyempat nak makan, dah penat bekerja jaga gerai, nak makan pon tak lalu



 
 time ni dato KP JAKOA round unuk tengok setiap menu di gerai...
 

 habis je Dato' KP & YB Menteri round garden, semua pun pakat serbu, makan & makan dengan gumbiranya..




Antara gerai² lain yang ada, gerai air




gerai sebelah jual aiskrim..memang jadi rebutan lah kan, budak² punya favOurite..  =p



Gerai sebelah, Pejabat KP & Seksyen Kewangan, sediakan menu sate & soto 




seksyen pentadbiran, buat laksa

 

 & banyak lagi actually, tak sempat nak meround, 


Gerai Terbaik dimenangi oleh Unit Logistik, Gombak, dengan menu ayam golek panggang..tahun lepas pon menang gerai terbaik, tahun ni menang lagi.... kuat melobi diorang ni, haha


so konsep yang sama guna untuk hiasan gerai di Event Raya Kementerian pulak, di INFRA, Bangi, takyah nak membazer sangat ye dak, lagipon takde pertandingan gerai terbaek, so buat ala kadar je, ahaha, takde penat nak mengemas karang..

 mak kalau dah bergambor dikelilingi ngan anak² dara memang rasa perasan muda sket, =p


saje beli corak sama, BFF la sangat








#THROWBACK ~~ teringat kemenangan 3 tahun lepas bawak konsep gadis melayu.. time tu juri datin Puspanita, apa lagi kitorg punya time la melobi, kihkihkih (menu kuih jugak)


okbai











15 September 2014

20 Facts About Me

Budget sangat kan, nak gak entri pasal diri sendiri... hehehehe... tu pon sebab terkeliur ngan entri sama yang dibuat chooyaya I & Chooyaya II .... dia dah tag sapa² yg baca entri tu kena buat gak.. =p

Rasanya aku tak pernah lagi cerita pasal diri aku yang sebetul² nya dalam blog ni, ke ada, ehh lupa plak, malas nak godek entri kurang matang dolu², so wat gak la entri diri sendiri... ni kira buka pekung pon ada, masuk bakul pon boley... 


*harus letak gambar tgh kuyus, kalau letak gambar lalani terkejut org bukak² blog mak nampak dugong* =p


1) kita cerita pasal family la dulu, aku anak no 4 dari 7 beradik, 4 lelaki & 3 perempuan... aku anak yang tengah² which is aku ada semuanya.. aku ada kakak, aku ada abang, aku ada adik lelaki & ada adik perempuan. kira jenis cukup kasih sayang la konon. kalau kakak aku dia takde kakak, kalau abang aku dia takde kakak & abang, kalau adik perempuan aku dia takde adik perempuan, kira mcm tu la kan... hehehehhe

2) Aku adalah keturunan cina + jawa yang tak pandai bahasa cina mahupon jawa, hahaha... arwah atok aku belah mak yang cinanya, peluk Islam & kahwin ngan arwah nenek aku, dapat mak aku, begitu, yang jawanya ofcoz la bapak aku kan...

3) aku baru 7 tahun melayari alam berumahtangga, & dah ada 3 anak buat masa ini (plan nak 4 org anak) tapi mak soh beranak banyak², haiyooooo...  =), skang aku dah umor 32tahun, kalau aku plan tggu affan besar 3tahun maknanya lgi 2 tahun , umur 34 aku plan utk mengandong, so kalau nak banyak² sampai umor 40 an ke ??? owhh my..

4) aku anak jati kolumpu + selangor (boleh camtu ?), aku lahir kat petaling jaya, membesar sampai 8tahun di p.j kemudian pindah dok kl sampai la ni, sekolah kat kl, sambong diploma kat shah alam, selangor, kerja kat kl, kawen & bermastautin kat kl... kl dihatiku, quarters aku dok skang ni ke ofis dalam lebey kurang 4km je.. kalau tak jem, 15minit dah leh sampai ofis..

5) masa kecik ada cite lucu, aku ni penakut bunyik katak, kalau hujan, selalu katak nyanyi² mcm ejek² aku...satu hari tu, depan rumah lama kitorg kat p.j dulu, tiap hari khamis kot, ada pasar malam *mak aku mesti ingat hari apa*, aku dok sorang² bersidai tepi longkang tengok orang lalu lalang, pastu tetiba tah datang pulak suara katak dari dalam longkang tu, apa lagi kelam kabut aku bangun nak lari masuk dalam, kain pulak sangkut kat meter pili kat situ, aku nye meraung ingatkan katak tu tarik kain aku, hahahah, buat malu sungguh, sumer famili pakat dok gelak kat aku, sampai la ni still jdik bahan gelak dorang, cinabeng sunggoh.

6) masih lagi pasal takut, aku pentakut kat LIPAS, herrrrrr.... mmg menyeramkan, kisahnye masa kecik dulu, sepupu aku datang rumah, dorang lastik lipas tu, tetiba terbang masuk baju adik aku, tapi aku rasa mcm dalam baju aku gak dia masuk, so sampai le kesudah aku trauma dengan lipas.. masa mengandong kan anak² aku, selalu terperanjat bila nampak lipas, dengan perut boyot tu, aku boleh melompat setengah meter tingginya, hahah..lepas tu kalau ada lipas dalam bilik ke, kecoh nya macam ada lipas yang besar anak kucing pulak dia punya takut, selagi aku tak tengok lipas tu kena flush dalam lubang jamban aku takkan tido, nyampah si azim kalau bini dia ni menjerit².. katanya muka ganas tapi takut lipas, bapak aku lagi best, dia cakap keturunan dia makan lipas, aku pulak bole takut, nyampah tau...aku bukan takut aku mcm geli kot.. boleh menggigil, hahahha over

7) ok, ni bab masuk bakul sket, aku suka memasak & ada kebolehan memasak (azim yang cakap), mungkin masa kecik aku je anak perempuan mak aku yang tak dapat masuk sekolah asrama, yang sebenarnya tak dibenarkan, mak aku cakap nanti sian dia takde sapa nak tolong kat rumah, hahahah, mak aku tak cakap camtu tapi aku tau isi hati dia ... so dari situ timbul minat nak memasak, sampaikan ada sekali dulu bapak aku, dia suka makan kacang pistachio, kan mahal sket kacang tu, so kalau makan bapak aku akan bagi² kitorg sorang sikit, tapi satu hari tu dia bgi aku lebih sket banding lain²...katanya sebab aku rajin memasak, apa taknye, dia bangun je pagi² aku dah siap buat sarapan, yang bosannye sebab kerja aku asyik buat sarapan cekodok je (resepi cekodok sedap disini), hahahahha mau tak jemu dorang, lepas tu aku suka buat donut, pau goreng, memang kerja aku la kalau kena nguli doh tepung tu kan...sampai kan ke zaman study, dak² rumah sewa suka beli bahan soh aku masak *konon* & salah satu sebab azim jatuh cinta kat aku sebab masakan, heheheh... & SEO yg banyak sangkut kat blog ni semua pasal resepi masakan.

8) aku jenis kasar, jenis mulut laser, tapi hati baik, hahaha korg sila akui cepat..kan kan... kalau tak suka ke apa, aku cakap je sebab better berterus terang dari memberi harapan kan.. tapi geng2 dah faham sangat dah, so dorang tara hal je, sebab aku ni mulut je cakap cenggitu, tapi takde niat pon nak sakitkan hati org, ye dak..pernah satu kes kat ofis, seorang staff menangis selepas aku & member berborak dgn dia, rupa² nya terasa ati dengan member aku lagi sorang, aku tanya aku ada salah cakap ke, dia jawab, dengan aku dia tak kisah sebab dia tau aku mmg selalu cakap selamber je, tapi terasa ati sebab member aku yg nasihat tu dia rasa mcm pedih sangat padahal benda tu ok je.. hahaha... boleh nampak tak permainan aku kat situ... betul tak nor zarith *eh tetiba*

9) tiga² anak aku tu, orang cakap aku pandai timing, 1st lelaki, 2nd gurl, 3rd boy, selang bunga kata dorang, tapi aku mmg takde planning ke apa, tu semua rezeki Allah swt nk bgi, & yg sulung si aqeef lahir 20 JAN 08, affan 20 FEB 13 & aleisya 12 MAC 2010... tiap² bulan kena celebrate berday, hehehe... so bila mcm ni yg keempat nanti nak kena planning lahir bulan APRIL pulak, tahun tak tau bila, pastu kena planning baby gegurl, huishhhh mintak² dimakbulkan..*mintak nak twins sebenarnya, boley tros tutup kilang*

10) perghhh baru separuh, dah panjang gila aku nye karangan.. apa lagi ye.. aku suka makan kuey teow, tak kira la digoreng atau buat sup, tapi tu dlu kot, masa sekolah², skang ni aku suka makan semua benda, mcm dah takdek favourite food pulak, apa ada makan je tak memilih... *bila tah nak diet*

11) badan aku jenis cepat naik lambattttt pulak nak turun (kurus).. tiap kali mengandong mesti buku merah aku akan ditampal sticker ijau, ada cerita kat sini.. tiap kali mengandong badan aku akan membadak sehingga mencecah seratus kg ++ *tension* pastu dah habis pantang still belum kuyus, baju keje tak muat, *tension kuasa dua*.. dah la susah nak kawal nafsu suka makan, ekekeek...kata orang kalau menyusu mesti badan cepat susut, jenis aku takde nak kuyus der, makin naik ada..tapi azim dah bising ni makin berat, harus start diet balik... *gulp*

12) aku suka make up, tapi jarang pakai make up, selalu gi keje aku just pakai cream, pastu dap² compact powder & pakai eye liner je *eye liner ni wajib sebab kalau tak pakai, mata aku akan nampak sembap & confirm org akan cakap tak cukup tido lah, nangis lah, padahal tu sebenarnya mata sebenar aku* pernah belajar make up dua kali dulu, sebab nak kan basic & ilmu sikit² belajar kat sini..

13) actually aku jenis aktif, kalau sukan tu suka main netball, tapi jarang la dapat main, time ada game ke apa ke kat opis ni baru join, kadang² suka naik treadmill kat rumah mak tu..pernah join fitness first kat avenue K,  tapi xtau la nape x kuyus² haha, jenis metabolisme rendah gamaknye... lepas tu sejak ada affan ni jenis ngempeng je, so kerja aku banyak duduk je bersamarenda dengan affan, golek²..kadang² lepas makan tros affan nak ngempeng, dah baring ngan dia, ha camno??

14) ada suara, boleh menyanyi, hahaha perasan betol.. tapi aku berani takat karaoke jamban je lah, kalau nak suruh aku masok contest ke apa, memang gugup, walau time sekolah rendah dulu teacher dah kesan bakat aku, suruh menyanyi lagu 'Isabella' masa hari sukan..time tu darjah 3 tak silap..gila malu...lepas tu join koir, join nasyid jdik solo utk high note vocal, then masa tingkatan 4 kot ada masuk pertandingan nyanyi, berduet & pastu selalu kena dajal ngan kawan² soh aku nyanyi kat depan la apa.. nak taknak mmg kena sebab mc dah panggil nama, pastu mula la suara ke laut, pitching tah kemana dek gugup nye pasal *eleh memang dah tak sedap kan* mak aku cakap dah memang keturunan dia suka menyanyi, dari arwah atok aku yg cina tu, sampai ke adik beradik mak aku semua suka menyanyi (kira ada suara la), pakcik aku pon ada band sendiri.. sampailah ke adik aku pon ada band ngan kawan² dia & ada buat lagu... The night Act (YOUTUBE)

15) aku suka melukis, suka menconteng, suka melakar inai... dulu² asal nak raya ke apa mesti kawan² soh conteng tangan dorang, manjang nak free pulak tu...pernah cerita kat entri sini, so ada nampak bakat tu turun kat aqeef, kerja asyik menconteng & melukis je, lepas tu sampaikan nak cakap ngan aku pon tulis surat.. *gedik*

*nyampah time ni, slim je, tahun 2009*

16) huuu, apa lagi nak cerita ye, hurm..aku jenis buat sesuatu kerja dengan bersungguh & buat dengan teruja, tak kira la apa pon.contoh macam nak taip satu² entri, tah bape kali dok karang, pastu save, sampai berhari² nak siapkan 1 entri, mcm le best benor kan, pastu kalau diberi tugas apa² confirm aku google dulu ke apa, nak tambah² info, mcm tu.. lepas tu suka buat kerja tak habis, kejap buat ni, pastu sambung yg tu, pastu kembali buat yg ni balik, last2 kerja tak siap.. adoiiiii kena masuk kursus pengurusan masa & kerjaya ni..haha

17) emosi aku cepat panas cepat sejuk, macam tengah bengang ngan sapa² ke, gadoh2 manja ke, sekali ada call ke apa, tros ubah suara jadik normal, macam takde apa² yang berlaku, hahah pelakon hebat sangat kan..lepas tu kembali bengang balik. *dush*

18) suka memasak cerita dah, tapi ni tak suka mengemas, haha, ye la sebab bila dah memasak tu tau nak cepat je, kadang2 dalam masa 1 jam memasak boleh siap 3, 4 lauk, pastu dapor sepah2 dah malas nak kemas, azim jugak yg kena, ye lah kang tengah masak dah la sambil dukung affan, pastu tiba siap masak dia nak ngempeng nyusu dah, ha tros sama² hanyut ngan apan... =p

19) bole bawak kereta auto & manual dalam 1 masa, lepas bawak auto, tetiba kena reverse keta manual pulak, insyaAllah skill tu mash ada...motor pon sama, bole bawak moto ada clutch mcm 125z ke, LC clutch ke, pastu kekok bawak skuter, hehe maybe sebab kaki kena kepit je kot, kalau bawak motor biasa kan ada palang kna kepak sket kaki tu, baru rempit ye dak.. dulu mmg kaki rempit, bawak moto je gi kerja dari kl sampai putrajaya, pastu dapat tukar keje kat kl, masih bawak moto lagi, sampai ke pregnant dah 7 bulan pon merempit lagi, tapi sejak² ngandong affan sampai lah sekarang dah bersara dari dunia rempit, dah tuo, hahaha

20) yessssss dah sampai yang last, hurm apa ye... haa apa kata aku bukak untuk korang nilai pulak diri aku camne, sapa yg bagi jawapan yang tepat kat comment nanti aku bg adiah, hurmmmm maybe adiah dari @spadirumah ke kan... cer la teka, teka lah, teka lah *dengan gaya tak malu*

bole mula dengan ayat...

" saya rasa mush (sambung) ............................................................." (tak kisah la nak panjang mana, asalkan anda rasa itu lah fakta ke 20 tentang saya..bukan rumuskan balik apa yang saya dh list kan di atas tau)

nanti saya pilih sorang yang paling tepat atau hampir ye...cukup 10 komen saya tutup penyertaan.. jgn lupa tulis alamat email sekali untuk dihubungi jika anda berjaya..







**gulp..ok choyaya wat entri khas psl ni... maluuuuuu klik le sini

04 September 2014

Thank You Libresse

Elok masuk je bulan september, tetiba dapat posto sampai kat opis aku ni.. tengok² dari libresse... dio takde benda lain, mesti nak wish birthday... walau awal lagi pon, berday mak kan 21 september ni... huuuuu 32 tahun dah mak ni haaa... mcm tuo sangat rasanya, walau jiwa memberontak masih muda *konon*



 Kali ni kad berday dari libresse omey angat, 3D gitu..
 
 Your life, your show !
Is all directed by YOU !

 betul gak ayat libresse ni, kita yg mencorakkan kehidupan kita kan...hurmmmm



tu je nak cerita, takde yang best pon, hikhik.. nak balik rumah, hujan pulak, kereta parking kat sebelah ni, so tunggu la teduh jap sambil taip entry tak mengancam ni...

waaa nak balikkkk.... rindu apan..

03 September 2014

Pengesahan Darjah 1 Aqeef ke SJK (C) Chong Hwa

Akhirnya....



Setelah perbincangan serius bangettt selama 40 hari 40 malam, *tipu* maka, kami ambik keputusan supaya aqeef meneruskan silibus pembelajaran ke sekolah cina... so pilihan abah dia ke SJK (C) Chong Hwa, Jalan Pahang. Dekat dengan rumah, so nanti senang abah dia nak hantar & ambik..


Surat penempatan baru terima masa bulan puasa hari tu, dia bagi tempoh untuk daftar dalam masa sebulan sampai 30/08/2014.. so lepas raya hari tu aku ada survey kat SK Air Panas, atas cadangan guru besar sekolah Aleisya, katanya kat situ ada silibus Pilihan Bahasa Mandarin..



So, pagi tu survey jap kat sekolah tu, jumpa cikgu bahasa dorang, tanya pasal silibus mandarin kat situ, azim nak anak dia pandai cakap mandarin & sampai level boleh baca akhbar chinese, tu tujuan dia, so bila cikgu² kat situ bagi penerangan, so kami decide takpelah ke Chong Hwa jelah.. sebab kelas mandarin kat sekolah tu just basic sahaja, lisan & menulis, bukan secara menyeluruh...


sempat merasa makanan dak² sekolah rendah, hehehhe, nasik goreng RM1, ayam RM2, air coklat RM1, belanja sehari budak² sekolah mencecah RM5 (fiiitammmmmm), aku dulu gi sekolah Rm0.50 sen je mak bagi, dah boleh beli kuey teow goreng & air hari²...



Actually Aqeef & Aleisya, sekarang ni bersekolah tadika di chinese pre-school, Aqeef di Tadika Ayer Panas & Aleisya di Tadika Joy Kids, dua² aliran chinese, kenapa nak sekolah cina ?? tu kerja abah dia, mula² dulu masa dia masuk tadika 5 tahun, dalam dua bulan camtu dia tadika Islam dalam pulapol je, ada aku story kat sini..  & kat sini 




ini hasrat abah dia, so aku ikutkan je lah.. lagi pula bila tengok kecemerlangan  aqeef dalam subjek mandarin, alhamdulillah tu yang kitorg rasa aqeef boleh teruskan ke sekolah rendah cina pulak...


Alhamdulillah, leisya pon nampak ok dah, lagipon dia baru 4 tahun, so kitorg takde la push sangat kat dia, walau liat benor nak buat kerja sekolah, tengok lah dia 5 tahun nanti, kalau dia ok dalam mandarin, insyaAllah akan sekolah yang sama dengan abang dia nanti.. senang satu tempat kan..

 





Masa daftar ni, memang tak ramai pon parents, ye lah, sebulan kan tempoh dia, pulak tu aku daftar pon kira awal² bulan lagi ni.. Yuran sekolah kerajaan sekarang ni kan dah mansuh, so nanti just bayar sikit² duit buku latihan & duit yuran tuisyen dia je nanti & lain² perbelanjaan di kemudian..

muka mak pak yang still tak percaya anak dah nak sekolah rendah dah..
*budget jiwa muda remaja sgt kan*



Bercerita pasal risau?? Siapa tak risau ye dak... macam² benda bermain dalam fikiran aku, terutama bab makan dia nanti, memang la boleh bawak bekal, tapi nak sekat keinginan dia dari terbeli makanan² kat kantin tu yang risau...atau makan bekal kawan², OH MYYYY... selain tu pasal kelas agama petang, kalau ikutkan dia habis kelas kul 1.05pm, tapi sambung pulak sampai 2.30pm (not sure) untuk tuition & revise apa yang dibelajar waktu pagi tu, kalau ikutkan ni kelas wajib, tapi hari tu kerani daftar kat sini suggest nanti bincang dengan Guru Besar untuk pelepasan... tapi rugi la, nanti anak² chinese semua cepat belajar kan... hurmmmm... mcm biasa google adalah penyelesaian terbaekk kan.... & survey tanya kawan² & sedara mara... & banyak info yang aku dapat.. penyelesaian mudah, balik sekolah kul 2.30pm, mandi, makan, solat, kul 3lebih gi sekolah agama pulak, walau masuk lewat still budak² boleh catch up silibus pelajaran dorg...aku selalu dengar & terbaca org selalu cakap nanti anak² sekolah cina perangai pon tak mcm melayu dah *islam actually*... tapi aku tak setuju bab tu, sebab memang lah pendidikan disekolah tu penting, tapi bab ilmiah agama, kita sebagai mak pak dia yg bertanggungjawab membentuk anak² kita, ye dak.. sebab tu aku cuba seimbangkan akademik & agama.. insyaAllah kitorg buat yg terbaik nanti..


& masa daftar hari tu, mak pak disyorkan untuk beli set buku  LINUS ini, katanya untuk ulangkaji ujian penentuan tahap pembelajaran awal tahun depan, so ini buku² panduan & latihan dia, nanti macam jawab exam la... Harga dalam RM16 mcm tu..


hehehhe omak ni sepatah haram tak paham, tapi kan teknologi dah canggih, aku snap pict, pastu sent whatsapp kat adik ipar aku, dia pon dulu sekolah cina, & fasih berbahasa mandarin, so dia lah yang tlg translate sket² kalau aqeef tanya aku...



& omak dia kan gelabah manjang, semua benda nak google, so ada lah jumpa set soalan ujian LINUS utk tahun 2013 punya, just utk rujukan aqeef, so that dia dapat tau apa ujian yang dia bakal hadapi nanti.. pergghhhh  gila dah macam nak ambik UPSR..

LINUS
http://www.ppdkp.net/UNIT%20LINUS%20PPDKP/news.php?readmore=114

untuk contoh soalan SJK Chinese, ni aku print siap² bagi test kat aqeef... hehehhe http://www.ppdkp.net/UNIT%20LINUS%20PPDKP/downloads/inbsjkc_s1_thn_1.pdf



so, akhir kata, kita hanya merancang kan, insyaAllah aku & azim akan hadapi cabaran ni dengan sebaik² nye... Risau tetap ada, harap² anak² mama boleh harungi cabaran hidup akan datang yg tah mcm mana mencabar nye nanti.. belajar rajin² ye nak... kita cuba dulu, kena belajar sebulan dulu utk tgk kesesuaian, kalau aqeef ok, kita go on, kalau tak ok kita tukar sekolah kebangsaan je nanti..


Ini antara link blog² yang ada cerita pasal sekolah cina untuk rujukan aku & untuk rujukan korang jugak kan..

ayah-kenapa-saya-kene-sekolah-cina

apa-salahnya-hantar-anak-ke-sekolah-cina

kenapa-hantar-anak-ke-sekolah-jenis

kenapa-bila-sekolah-cina-taknak-hantar

kelebihan-belajar-disekolah-cina



p/s : Kalau nak bahas kelebihan & keburukan antar anak² Islam sekolah cina ni, pat puloh hari pat puloh malam pon tak habis kan, so ikut la niat masing²...















UPDATED : 25/4/2016 - Hari ni aqeef dah darjah 2 pon, so far so good, ramai yg tanya sebenarnya ni dia camne kat situ, nantilah ada² masa aku update pasal perkembangan sepanjang dia sekolah kat sini, boleh baca psl Orientasi masa darjah 1 kat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati