31 January 2011

adoyaiii tak boleh nak lain sikit ke

pagi tdi saya sampai ofis, semua pakat kerumun...pelik...dorang cakap ni apa kes dengan contact lens, dengan sepit, semua dok usik sana sini...argghhh rasa cam artis pulak pepagi tadi...hehehhehe

semuanya kerana aku yg gatal² nak mencuba pakai tudung pesen rupa ini...hehehehhe

ok tak, agak² ngam tak muka aku pakai camni...tapi bukan lah nak tukar gaya terus, sebab tak larat hari² nak maintain pakai contact lens, make up bagai, kalau aku gi kerja biasanya, tudung bawal, spek pastu cau, stat moto blah gi kerja....

petang lepas lunch tukar plk sepit tudung kaler lain, dah kena kerumun lagi...hahahha...bising la dorang ni, mak org ni baru nk stylo² sikit...bagi la can kan...huhuhuh




aku tidak mudah tertipu



pagi ni seperti biasa bukak email ofis, cek apa yg penting, sambil² email personnel pun bukak sekali lah kan...


sekali dapat email dari ni...service@maybank2u.com.my, aik apa kes....




dia tulis situ, maybank aku dah di bukak di merata² IP yang dia dah blacklisted...so aku pun pelik gak la, sambil ada la percaya sikit sebab aku kekadang log in guna phone jugak...

dia ada bagi link....tulis Click Here To Continue

Bila aku klik, tros dia papar website maybank yag sejibik macam real website maybank, sib baik aku pernah dapat info pasal jgn log in apa² pasal akaun kita kalau website tu takde 'S' di http:// tu..ada gak buat entri pasal tu [link]..so aku tengok dia punya URL pun pelik...

http://ec-nova.com/WEB3/document/docweb/construction/connected/index.php


yg atas ni yg fake, yg bawah yg real....sejibik ko, sib baik aku tak tertipu...nak nipu pun agak² la...





29 January 2011

Siapa cari Kajol???


kenapa keyword yang sesat semalam berduyun2 org yang mencari kajol kelantan....huhuhu...bukan kajol yang bollywood yang aku maksudkan disini ye....tapi ini adalah kerana si dia, kajol Kelantan dari JAKOA...boleh rujuk entri ini.

Apsal korang carik dia, korang berkenan ye...oopppsss awasss...yang lelaki jangan cuba2 ye..tok guru nik aziz cakap, jange cari pasal..hehhehehe...ye la kajol tu, luaran sahaja wanita, tapi asalnya adalah....... *****




tapi jangan korang nak keji ye, sebab suaranya sangat tip top hokeyyyyy.....disebabkan aku rasa yang mencari kajol ni aku andaikan tak dapat pergi malam dinner Jasamu Dikenang untuk pesara ofis aku tu, so aku attach la sedikit sedutan nyanyian dia malam tu....

sediakan tisu utk mengelap air liur yg akan menitik kerana suaranya....fuyyooohhhh....biar betik lu ni lelaki beb....hehhehe, sedangkan aku yg perempuan tulen pon boleh terpana/terpukau/ter gullppppp...yummy...nyum...nyum...huuhuuu

so dengar je lah, jangan kutuk banyak, tak baik ngata orang, dosa tau....




** maap lah ye, aku record guna hp cabuk aku je...korg tutup mata dengar suara dah lah, hehheheh ****

27 January 2011

Mush Review : Makan Kat Mana Malam Ni

agak² tak tau nak makan mana malam ni, meh aku suggest 1 tempat best, deme² yang dok kampung bharu tau lah kan, Restoran Imperial Medina, Masakan Cina Muslim.


Bertempat di No. 43 Jalan Raja Abdullah, Kampung Bharu. Depan Menara DBKL. Restoran ni sangat luas tempat makan nya, nak makan bersila pun boleh.


kat sini ikan dia segar², nak sauk sendiri pon boleh kalau sanggup..huhuhuh



tapi takyah lah sampai nak bersauk kan sebab dia dah sediakan dah ikan² yang telah siap disiang & fresh lagi...pilih je....aku berkenan sangat tengok ikan siakap, srruuppp...


ketam pun ada, pilih je then duduk la, order nasik, pastu ikan sotong udang ketam yg kita pilih tu nak masak apa.


Menu masakan lain pun banyak, tengok gambar semua sedap², tapi kita makan ikan dulu ye...nak rasa ikan siakap masak pedas dia dulu, sotong bakar & sayur² an, WAJIB ado...


mak buyung timah la yg ajak makan sini, nak makan sotong bakar.


dak kecik dua orang ni lagi banyak main dari makan....




time to eat ye....baca bismillah dan...ngap ngap ngap..huhuhu alamak punya la lapar sampai lupa nak ambik pict masa hidangan sampai...so jadinya ambiklah yg tengah makan nih...hehehehe

so, dah ada idea nak makan kat mana ke, ala susah² pi sini je, sampai aku taip entri ni pon dok terkeliur teringat ikan siakap dia yg sangat setapppp....



p/s : kitorg makan sampai ikan tu punya kepala pun tak nampak rupa, laki si timah tu la, buek malu yo...ahhahahaha...asalkan kenyang kan...


tazkirah petang hari - bersedekah

petikan : skyoflove2u.webs.com




assalamualaikum

bismillah ir rahman nir rahim..

Saya dahulukan dengan permohonan maaf jika artikel ini kurang lengkap atau ada kesalahan didalamnya,justeru itu minta tunjuk ajar dari semua saudara-saudara semua..insya'Allah


* Jadikanlah diri anda seorang yang pemurah serta elakkan sifat kedekut, ini adalah kerana Allah SWT Maha Pemurah dan suka kepada mereka yang bermurah hati..

* Tunaikan zakat fardhu dan janganlah kedekut terutamanya terhadap orang yang berhak menerimanya

* Jika anda menghadapi kesulitan (kewangan), minta dan mohonlah kepada Allah dengan tidak mengharapkan manusia yang serba kekurangan bagi menyelesaikannya..

* Biasakan diri dengan bersedekah dan janganlah mengelakkan diri daripadanya

* Bersedekahlah daripada bahan yang kamu suka, kerana sesungguhnya Allah SWT ada berfirman menerusi ayat 92 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: "Kamu tidak akan mencapai kebaikan melainkan kamu bersedekah sesuatu itu daripada apa yang kamu suka"

* Bersedekahlah dengan cara tersembunyi dan membayar zakat dengan cara terang agar dapat dicontohi oleh orang lain

* Berilah sedekah kamu itu terlebih dahulu kepada kerabat anda dan mereka yang memerlukannya

* Berilah pinjaman wang anda kepada mereka yang memerlukannya.

* Pantaulah orang yang kedekut untuk membantu orang lain dengan kelebihan hartanya serta berilah sesuatu nasihat berguna daripada ajaran agama mengenainya

* Belanjakanlah harta anda pada perkara-perkara yang baik seperti mana membina masjid, menyebar ilmu agama, kerana dengan tindakan itu termasuk daripada konsep sedekah jariah

* Benarkan isteri anda bersedekah daripada sebahagian wang anda.

* Jamulah orang ramai dengan makanan dan minuman anda, dan jangan sekali-kali mengungkit tentang apa yang telah anda berikan..

* Bersyukurlah anda pada perkara-perkara maa’ruf dan berdoalah selalu terhadap orang yang melakukan kebaikan

* Janganlah anda bertindak sesuatu yang boleh melukakan hati si pemberi/peminta sedekah..lakukan dengan ikhlas kerana-NYA

* jikalau tidak mampu bersedekah dengan harta,,sedekah lah melalui senyuman/tenaga/ilmu dll

wallahu'alam bissawab...

BEN ASHAARI BLOG




mcm biasa list ben akan dibubarkan & oleh kerana aku still masih lagi nak berada di list blog ben, haruslah buat entri khas ini kan..

jawapan kepada soalan, buat masa ni entri yg ada dlm mushpunyer.blogspot.com ialah 395 entri je, & sehari paling sikit 1 entri & paling banyak 5-6 entri (dtg rajin time tu)

rasanya² kalau tanya kenapa berminat nak duk kat list ben ni sebab banyak manfaat nye, kita semua dah tau kan, lagi² kalau kita rajin update maknanya blog kita je yg selalu muncul di carta teratas kan...so apa fekdahnya, sendiri mau hengat kan...

& kalau blog mushpunyer ni popular, rasa² nya apa nak buat, mesti la press carik buat masuk paper, majalah, vangga la sekejap...hahahahhaha berangan je...tak lah rasanya kalau glemer pon sama je, maybe aku akan lebih berhati², buat dinding perisai guna konkrit 10 lapis bagi kebal, pakai tangkal (hahahah) & baiki tulisan..sebab nya biasalah kan, nanti banyak lalat hurung, owww lagi aku nak beli kertas gam perangkap lalat. Macam ni....yarrkkkssss


pic kredit to : zzlittlefar

Bahan Asing dalam pembuatan Mee Segera

Sumber : Email Kengkawan Fwd




Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.


Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).


BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



isk isk iskkk...kot ye malas masak kan, moh la kita rentikan makan mee segera, baik makan roti, letak tuna...tambah salad, tomato, eh ada timun plk sikit.....nyum nyum hehhehe

senyum pagi

huiii ketat je muka memasing, cer rileks dulu, kita baca lawak senyum pagi2..


..Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15,000

Eksekutif Bank -"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.

Zul -"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

Eksekutif Bank -"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50"

Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

Eksekutif Bank -"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu...Zul berpaling dan tersenyum.

Zul -"Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

hhehhehee...

petikan..skyoflove2u.webs.com

ada apa dengan jalan tun razak (s)



korang tau tak area mana ni, ala traffic lite depan tu ke kanan jalan yap kwan seng, kalau terus tu ke bandar la kan...ini cerita hari isnin lepas, baru nak sebOk....nak tau apa yg jadik...ha ambik ko.....





time pagi nak gi keje...my ride...tersadai di tepi jalan....keluar dari petronas tepi pusrawi tu aku dah perasan moto ni berat semacam je, tapi teruskan gak jalan, sampai traffic lite yg tepi menara celcom tu aku dah rasa lain macam, bila trafic lite hijau aku rempit tros rasa enjin semput2, pe hal pulak ni, cek minyak full baru isi semalam nya, toleh belakang, kot2 ada dot dot dot ...hehhehe siang2 ni ada plk ke...

last2 tu yg berenti tepi sebab enjin mati, aku start balik hidup bila jalan tros...brokkkk...brookkk...brookkkk...(sound effect utk enjin nak mati tersedut2 cam siput)

adoyaiii dah la lambat ni, tros ambik hp call husband yg tengah duty, tak kira ko datang jugak, habis tu sapa nak tunda moto ni, tak pasal2 je...sementara tu termangu la aku sorang2 kat sini, dah la kereta stok laju2 macam tengah racing, dengan bas, dengan lori...yeahhhh makan asap percuma...

yang toleh tengok kat aku dengan muka kesian punyalah ramai tapi tolong tengok je la...hampeh, sib baik ada plk sorang brader berenti, alamak, cover cun sat, ala lipstik dalam box plk...hehehhe..." dik moto habis minyak ke"...."eh taklah bang, tunggu kawan, takpe terima kasih sebab berenti, ada no hp tak" (tipu tu aku tambah je)" hehehhehehe....malu dowh..." ow ok " brader tu berlalu dengan kebanggaan....

dalam 15 minit husband sampai dengan kawan, dia cuba stat moto hidup pastu pandang aku dengan gaya marah, "ni hidup ni,"( ek eleh...kerek ko ye )...cuba la jalan ke depan sket, aku suruh, baru beberapa cm, dia patah balik, "ha tau pun" (sempat aku membebel) sok sek sok sek kat kawan dia, kawan dia plk take over, cek sana sini....elok aku nak blah je, tukar pakai motor husband, dia tunda moto aku dengan motor kawan dia (eh korang paham tak nih).

tetiba kawan dia cakap, " laaa...cik, ni ha, choke motor ni, cer tolak balik, ok dah, choke ni buat enjin sangkut2....cehhh coooiiiiiiiiiiiiiii.....pasal tu je ke....ni bebudak kutu la lepak2 kat parking bawah tangan pulak spesis gatal, yang aku nk cepat pagi tadi mana lah nak cek choke ke, apa ke (biasalah pompuan kan..hehehhe)




tau tak choke tu apa, ni yg aku bulat merah kat gambar, kalau kat motor yg kat handle belah kiri, yg merah atas dia tu hon la...kegunaan choke ni kalau nak stat moto payah pagi2 kan, tarik je, bila enjin dah stat tolak la balik, tu je, tapi selalu aku tak pernah guna sebab enjin tip top lagi, adik ipar aku dah setting baik punyaa...

so mulai hari selasa kelmarin tiap pagi nak stat moto, cek choke, kang ada je lagi tersadai tepi jalan, tapi best gak, kena ngorat...hahahhahaha

earning ku yang pertama dari churp churp

hari tu saje2 daftar churp2 & sambil2 berkolaberet ngan nuffnang, dalam 1 bln ada gak kot, main tolak tarik, tup tup pagi ni bukak, ada plk RM1.60, huhuhuh....kelakar pun ada, tapi rezeki, duit free2 sapa nak bagi kan, bukan kena bayor pun, dia bayar kita ada....









camne nak dapat earning nih, sonang yo, dalam buat tak buat dah dapat...buat pun main2 suka2 test2....salah satu cara ha meh klik kat Nestle GoOd fOod, gOod life ni....


26 January 2011

FACEBOOK punca keretakan rumahtangga




zaman sekarang ni sapa yang takde akaun facebook kan, hampir semua ada, apatah lagi budak sekolah pun tak ketinggalan, tapi ada kebaikan & keburukan jika kita salah gunakan...

Terbaru, di Majalah Mingguan Wanita bil. 1418, di ruangan Isu...Isu...Isu...Kelolaan Nor Amiza Abdul Kadir dan Netty Ah Hiyer ada mengupas isu "Laman Web Sosial Punca Keretakan Rumahtangga"

Sedikit Petikan :

Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie mengakui sepanjang tahun 2010, boleh dikatakan 4 daripada 10 kes masalah rumahtangga berpunca daripada internet atau lebih tepat penggunaan Facebook.

Manakala pakar motivasi dan kaunseling dari Hushim Motivational & Counseling Consultancy turut berhadapan dengan 30 ke 40 kes keretakan rumah tangga yang diakibatkan oleh Facebook.

Hurm...ye lah sibuk sangat layan Facebook kan, sampai tak pedulikan laki,bini & anak²...sampai letak sepenuhnya tanggungjawab asuhan pada bibik, bila dah jadi kes² sosial di sekolah baru masing² tuding jari. Abih camno nih...

Yang paling banyak kes bila suami atau isteri terjatuh cinta dengan kenalan Facebook. Ada 70% kes yang mcm ni berlaku bila terjumpa balik kenalan atau cinta lama yang dulunya tak diluahkan atau tak kesampaian. Sampaikan ada kes seorang suami berebut semula kekasih lamanya yang telah berkahwin tapi tak bahagia..Dasyat²....

Nak facebook pun berpada² lah kan, asalkan kita tahu status kita & kita ingat batas kita, siapa kita, dah lah kan, jangan sampai memakan diri, bila nasik dah jadik bubur baru nak menyesal.

"Apabila suami tidak lagi mahu mendangar luahan hati isteri, isteri mula meluahkan perasaan di Facebook. Hal ini kerana terdapatnya rakan siber yang rela mendengar dan memberi respons terhadap setiap luahan hatinya. Tanpa disedari ia telah mendedahkan dirinya kearah keretakan rumahtangga."

betul jugak, ni selalu aku perasan, kucing mati, kucing hilang pun masuk status, huuhuh...yang cerita hal dalam kain pun ada, wolllooohhhh....cer bawak berbincang kan, kena la ada give n take...macam²

Orang Ketiga Boleh Didakwa - Tambah Suzana lagi, menurut perundangan, individu yang menyebabkab kacau ganggu dalam rumahtangga hingga berlakunya pengabaian tanggungjawab ini boleh didakwa di mahkamah syariah. Mereka boleh disabitkan menjadi orang ketiga. Orang ketiga yg dimaksudkan adalah bukan madu anda atau isteri suami anda yg telah sah syarak sebaliknya orang ketiga yang masih tiada talian perkahwinan yang menggugat kebahagian perkahwinan dan rumahtangga anda dan pasangan anda.

Akta ini terdapat di setiap negeri. Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Seksyen 37 dan Seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa orag ketiga ini ke muka pengadilan.

Ha ambik ko, siap boleh kena dakwa lagi...so awas lah ye....kamu² yang suka menganggu gugat rumahtangga orang lain ni...tak tau lah nak cakap apa kan, tapi kalau boleh elakkan lah, memang la soal hati ni susah nak diduga kan....tepuk dada tanya iman.....


ME yang pertama

oh BE....woohhhh setelah 1 bulan 10 hari engkau bermain, berlari & menari di blog ku, hari ni, kau sudah bertukar menjadi ME....





walaupun 1 bulan lebih je kau berkhidmat dengan ku tapi tetap memberi impak pulangan yg besar pada jumlah RM ku, hehhehehee....

ada lagi dua BE, yg ni korang menari la lama2 sikit, dapat gak aku kumpul lebih sikit...

25 January 2011

Teknik Penyamaran Yang Berkesan

agak² ada ancaman je, pe kata kita bertukar......











hhuhuhh....kalau manusia leh buat camni, lagi banyak la kejadian salah laku, pencuri, peragut semua bermaharajalela...

Motosikal Paling Besar Dalam Dunia

woohhhh kalau camni gayanya kat malaysia..lori pun kalah nih....





24 January 2011

'The World' ciptaan Dubai ditelan laut


PROJEK BERMASALAH ...kedudukan The World dilihat dari udara.

DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.

Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.

Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.

Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.

“Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan,” katanya di depan hakim.

Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.

Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya.

Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek.

Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan.

Seorang daripada pemiliknya, John O’Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang.

* hari tu nampak macam gah, hari ini sudah bah


Awas !! Love Bite boleh sebabkan Strok

Sumber : Email Kengkawan

Korang² yang suka ber bite² ni, harap kurangkan aktiviti tu ye...tak pasal² je karang...huhuhuhuh



(Gambar : Sixseal.com)


A woman was temporarily paralysed by a LOVE BITE on her neck.

The 44-year-old New Zealander took herself to hospital after losing movement in her left arm while watching television.

Doctors found she had suffered a mild stroke — but were puzzledabout its cause until they found a small bruise on her neck near amajor artery.

She told them it was a love bite she received a few days earlier.

Teddy Wu, of the Middlemore Hospital in Auckland, New Zealand, said:"Because it was a love bite there would be a lot of suction.

"Because of the physical trauma it had made a bit of bruising inside the vessel.

"There was a clot in the artery underneath where the hickey was."

Wu said the clot dislodged and caused a minor stroke that led to the loss of movement.

He added: "We looked around the medical literature and that exampleof having a love bite causing something like that hasn't been describedbefore."

The medic said the woman recovered after being treated with an anti-coagulant - the sun



p/s : sikit² dah la kan, ni dah macam nak makan burger gigitnya....hehhehe

nak jugak bagitau

Sori tak dapat nak ber blog dengan jayanya hari ni, sebab...


BUSY YANG MELAMPAU DI OFIS
....





petang kang sambung ye...

21 January 2011

Buat Sendiri Penjejak Kereta Melalui SMS

Sumber Email Kengkawan : Fwd Email

Jom kita cuba…


Bahan - bahan :
1- Hp terpakai yg masih elok ( hp tersimpan dlm stor pun boleh ).
2- sim card maxis baru ( Rm8.80 ).
3- Top up Maxis Rm40.
4- In car charger ( kalau boleh yg berkualiti sikit ).

Mula2 in car charger tu buat pendawaian sikit untuk Positif + dan Negatif -

Wayar positif + tu cucuk di fuse pencucuh rokok yg berfungsi bila suis kunci di on. Negatif tu screw kan pada body kereta.

Kemudian masukkan sim card maxis yg baru beli tu. Top up kan sebanyak Rm40. Buat pendaftaran untuk aktifkan maxis selama setahun. Rm33 akan di tolak. So maxis anda akan sentiasa aktif selama setahun. tetapi pastikan top up setiap bulan sebanyak rm5 sahaja. then balance top up tu korang transfer lah kpd hp korang balik.

Dah siap dari hp korang tu taip find 012xxxxxxx dan hantar ke 22001. Hp yg kedua tu akan menerima sms. korang hanya balas ya sahaja. selepas semuanya selesai silent kan hp tu.

hp tu cucuk kpd in car charger tu dan sorok hp tu dimana2 tempat tersorok dan ikat dgn kabel tie. hp tu akan dicaskan baterinya secara automatik bila enjin dihidupkan. jgn off kan hp tu. biar hp tu hidup setiap masa.

so bila korang pinjamkan kereta atau kereta kena curi, korang korang boleh jejak kereta korang secara senyap. biasanya kedudukan kereta korang akan berada 1 - 10 kilometer radius dari pemancar terdekat. segala information kereta korang akan dipaparkan di hp korang.

Pengguna Maxis to Maxis sahaja yg boleh guna sistem nie. Kira cara Friend Finder la nih....cara nak jejak kereta korang taip find 012xxxxxxx dan hantar ke 22001. dlm masa 10 saat korang akan dpt msg .

Sebagai contoh. RM0.30 Friend Finder : 012xxxxxxx is near Pasar Borong, Seri Kembangan,Selangor @ 19.45. Maksudnya kereta korang berada di sekitar radius pemancar dekat situ.


Atau jika kereta anda dibawa ke JB tapi kawan atau sesaperlah yg pinjam kereta korang tu cakap pergi ke Kedah korang akan dpt tahu kereta tu dibawa ke JB. Ha hahahah kan senang tu.. kita akan dpt tahu kemana dia bawa kereta tu. setiap sms yg dihantar akan di charge sebanyak Rm0.30. inilah cara D.I.Y termurah untuk menjejak kereta korang.



p/s : korang yang nak cuba segala yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab sendiri, sebab aku pun tak pernah cuba, dapat email ni tadi terus bgtau korang...huhuhuhu


p/s/s : tapi bagus gak ni, boleh kurangkan risiko kecurian kereta, & kalau awal² kakak aku pasang Car Finder Maxis ni dalam kereta dia mesti dapat carik balik kan...huhuhuhuh


p/s/s/s : owwhhh aku ada search tadi rupanya memang cara ni dah ada yang berjaya dapat balik kereta dia, hilang di car park...lebih lanjut baca sini <link>



20 January 2011

Happy Birthday anak mama yang paling gedik

dah pukul 12 lebih, maknanya dah masuk 20 januari 2011, & hari ni aqeef, anak teruna ku yg sulung menginjak ke 3 tahun, Happy Birthday sayang, anak mama yg manja & dedik sangat, kalah adik dia....

meh flashback sat....

ni la gambar aqeef yg paling aku sayang, 1st gambar yg babah dia snap, masa ni masih dalam labour room, atas warmer bed yg letak baby baru lepas bersalin, sempat babah dia snap, time baby ko tengok hidung dia, huhuh kembang semangkuk, sib baik aku rajin gak tarik2 dapat la mancung sket sekarang, atok dia asal jumpa je cucu dia ni ha, mesti la kena aqeef congor mekar...huhuhu



ni time baru meniarap, nak belajar merangkak, tah umo bape bulan tak ingat, huhu..


time dia punya kek umo setahun...


ni time umo 1 tahun setengah...bawak jalan gi jusco.


ni time umo dia 2tahun++, alamak kek masa berday, tah hilang kemana, dok dalam thumb drive & dah lupa letak mana, huhuh...dalam Fb dah buang plk, nasib la kan, yg simpan dlm HD lappy, dah rosak, nak tggu lappy tu baiki tah bila...


dan yang ini gambar 5 hari lepas, kira agak dah 3 tahun la kan....time ni makan2 berday paksu dia, dan oleh kerana hari ni berday dia so, semalam aku dah bawak dia pusing2 main permainan kat times square, budget nak pi hari ni maknanya siang jap lagi, tapi bila pikir balik, ni kan Thaipusam, public holiday, konpom rmi giler, terutamanya bangsa asing penuh atas jalan...hehhehe

Cosmo World, di Time Square, kemain seronok aqeef hari ni, gmbar masa bersuka ria lain kali aku story, sekarang ni dah jam 1 pagi, mata aku dah giler berat, esok nak kena bangun pagi2, mak ajak gi pasor...owwhhh mlm ni aku tdo rumah mak....saje bercuti2 an....

ok gud nite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati