Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata,
"seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah.
Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah."
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.
Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Renung-renungkan dan selamat beramal...

mau cuba ketawa, tapi rasa sedih kuasai diri...
ReplyDeleteentry yg bagus..
ReplyDeletehye im your new follower.
zoeyzauyah.blogspot.com
moh le ke blog saya..=)