09 November 2010

Surat untuk girlfriend's saya..

girlfriend's disini maksudnya ialah kawan perempuan ye....saya bukan lesbO...saya tulennn bangggg....tulennn...huhuh



Untuk Ana & Nor..dengarlah rintihan & luahan hati ku…

kawan...aku tau persahabatan kita makin renggang sejak akhir² ini....kita tidak lagi makan bersama...mana tak nye, kita kan tengah diet, jadi makan bukanlah aktiviti harian kita lagi bila sampai di ofis….biasanya tiap² pagi aku tak sempat nak letak handbag kau dah call no. extension aku ajak turun makan sarapan kat bawah….kini telefon ku sepi tanpa deringan pagi² ajak makan….

Lagi pula kita diet cara berlainan…kau diet guna formula Dr. Rozmey, aku pula diet guna doctor aku sendiri…huuhu…jadinya kau bersarapan dengan formula itu sahaja tanpa menjamah sedikit pun makanan, tapi cara aku kena makan juga tapi pemakanan seimbang….sudahnye kita tetap tidak dapat turun ke bawah bersama pergi beli makanan…

Kawan……bila time tengahari, aku pula yang tak makan sebab pagi tadi aku dah kenyang, tapi kau kena turun makan mengalas perut walau sedikit…aku bukan tak nak teman kau turun beli makanan kat pak ngah tu, tapi fahamilah kawannnn....time rehat lunch ni la aku dapat update entri baru….blogwalking, kenal² dengan girlfriend & boyfriend aku kat alam maya….

Kau kena paham kawan, aku ni newbie dalam dunia blOgger ni…..perjalanan ku masih jauh untuk setaraf dengan blOgger² otai kat sana tau…masih banyak lagi yang aku perlu belajar untuk meningkat naik….kalau diikutkan usaha aku ni masih kecik, sikit & lambat untuk peningkatan & membuatkan kehadiran aku disedari oleh blOgger² lain….

Kawan….tolong fahami situasi aku….buat masa ni, kita korbankanlah friendship kita….aku janji ini hanya sementara….berilah aku sedikit masa untuk aku menggandakan usaha aku ye……

Kawan, aku tau kau takde blog & kau selalu bebel hari² kat aku….

“…susah betul nak dapat borak dengan kau sekarang…asyik ngadap PC je…”

Tapi…fahamilah diriku….Susah untuk aku terangkan pada kau apakah dunia blOgging yang sedang aku ceburi ni…..kau hanya akan mengerti bila kau pun bersama² create satu blog (eh nanti buat nama best² sikit tau) & kita akan berjumpa di alam maya nanti…..time tu, kau pula yang akan ngadap PC hari²...huhuhuh


Kawan…..aku harap engkau mengerti & memahami….




p/s : untuk sahabat ku ana & nor…Hahahahhaa….giler drama surat aku kannn…. ;p






2 comments:

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati