rahsia apa??? huhuhu...korang bercadang tak nak menurunkan berat badan, memang la di syOrkan untuk bersenam, amalkan pemakanan seimbang...tapi selain itu bagi mereka yang mengalami kegemukan daging mcm aku memang susah & bercinta sikit nak kurus kan, sebab selain azam yang tinggi, faktor sekeliling pun banyak memainkan peranan dalam usaha nak kurus ni kan...
jeng...jeng...jeng....ada satu ubat yang korang boleh dapat kat farmasi, ubat ni memang ubat untuk kurus & tidak merbahaya...sebab apa....sebab doktor sendiri yang syorkan aku untuk makan ubat ni, ini bukanlah pil diet, ini juga bukan ubat yang mengandungi bahan² beracun seperti sibutramine.....
eh ekceli kan, sibutramine tu memang racun tapi kita boleh ambik jugak, cuma di bawah pengawasan doktor, yang ubat ubat kurus kat luar tu bukan di bawah kawalan KKM kebanyakan nye memang ada sibutramine ni, cuma berapa banyak kandungan dalam 1 pil tu yg kita tak tau yang mana kalau di ambil berlebihan itu yg buat side effect...
eh melalut sekejap....ok saya disyOrkan oleh doktor di tempat kerja saya sendiri, dia pun sendiri ambik ubat ni, turun 10kg dah...iaitu L-Carnitine & Abdrol....ada sapa² pernah cOnsume ini ubat, sila share dengan saya...buat masa ini saya belum pon makan ubat ni sebab tak beli pon lagi....selain tu saya masih lagi meng gOogle untuk mengetahui kesan² sampingan kalau ada, juga nak tau sebarangan orang boleh makan tak, tak semestinya doktor yang recOmmend kita terus beli kan, buat research dulu....
ok apa yang saya dapat hasil research yang tak habis lagi ni.....Jus Mate 5 keluaran Herba Prima Marketing & RX -Lite pun ada guna ramuan L - Carnitine dalam produk nya....eh apakah L - Carnitine tu??
(sumber gambar : Google dari website RX-Lite)
L-Carnitine Merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (fat burner), menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari.
L-Carnitine merupakan ramuan yang sangat mujarab dalam program diet di mana ianya sangat effektif untuk mengurangkan rasa lapar dan letih.
Kebaikan L-Carnitine:
Menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari
Ianya ramuan yang bagus bagi melindungi jantung, saraf dengan bertindak sebagai agen antioksida
sekarang rahsia doktor dah terbongkar, korang kalau nak cuba jangan main hentam kromo je ye....sila dapatkan nasihat doktor dahulu, mana tau kesihatan korang tak mengizinkan untuk makan ubat ni kan....so jangan nak salahkan aku pulak kalau tetiba korang makan takde turun pon berat korang...ini bukan saya galakkan ye untuk makan ubat ni, saya share je, mana tau ada yang berjaya kan kan....sedikit tambahan, saya dapat dari website RX- Lite, produk RX - Lite ini tidak boleh dimakan oleh :
- Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
- Ibu mengandung,
- Mereka yang mempunyai sejarah sawan
- Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
- Ibu yang menyusu
maknanya ubat yang disyOrkan oleh doktor ni sama gak la kan, sebab dalam produk ni ada kandungan bahan yang doktor syorkan itu...
p/s : satu lagi pesanan, korang makan la apa pun ubat kurus, kalau korang tak kurangkan makan berlemak, tak bersenam, takdenya korang boleh kurus...sebab aku dah buat eksperimen atas diri sendiri....sekian, yang baik kita war warkan....