10 December 2010

Hantu kak limah balik rumah

tengahari time lunch tadi, aku & BFF sempat tengok cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah" di Tgv, KLCC. Kalau tanya aku cerita ni berapa bintang, aku bagi 4 bintang untuk kategori cerita kOmedi melayu. Memang gamat dalam panggung tadi dengan jerit tawa penonton. Mana taknya cerita ni adalah kesinambungan daripada cerita Zombie Kampung Pisang yang memang pecah perut, tapi HKLBR lagi pecah perut. Latar dan karakter yang sama cuma lain hantu la.



Cerita ni maybe tak menarik penonton untuk ke panggung disebabkan barisan pelakon pun hanya biasa² je kan, tapi jangan dipandang pada pelakon nya ye...kalau korang tensiOn & rasa nak lepaskan moh pi tengok beramai² cerita nih, kOnfem hilang tensiOn kat kepala..

" cecite - cecite " hahahahha....itu adalah ayat yang akan menjadi ikutan pulak lepas ni sebab dalam cerita HKLBR ni, ayat tu selalu keluar bila orang kampung sakan berbual... memang lawak la.

HKLBR mengisahkan Husin (lakonan Awie) yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah.

Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Husin juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Lepas tu macam² la yang jadik bila ramai orang kampung di kacau oleh hantu kak limah ni, yang kelakar bila bomoh indonesia, bomoh thailand dipanggil untuk menghalau hantu kak limah ni semua nya tak menjadi apabila bomoh indonesia tu demam & bomoh thailand tu patah tulang belakang di kepak kan hantu kak limah ni. Masa bomoh thailand ni nak menyeru hantu kak limah ni keluar, yang datang ialah hantu nang - nak, gila lawak.

kesudahan cerita HKLBR ni bagi aku agak hambar sedikit sebab yang sebenarnya Kak Limah tu bukanlah hantu...cehhhh....kalau korang nak tau pi tengok sendiri la, kalau aku cerita kang tak suspen plak...hehehhehe, tapi memang tak rugi la beli tiket kan...

cuma tertanya² sapa la pelakon yang membawa watak kak limah ni, sebab make-up dia tu tak dapat nak budget sapa pelakon tu, bila sampai ofis ni, aku cuba search di pakcik gugel....ooOOooo....kak Delimawati rupanya. Lain betul muka dia dalam cerita ni.


{ picture kredit to kak roslaini saad }


so bagi aku kalau korang rasa nak gelak pecah perut pi la tengok cerita ni, gerenti korang tak rugi, hhehehe....

cuma nak tanya kalau korang tau sapa nama pelakon ni, yang melakonkan watak yg sama dalam cerita zombie tu, tak tahan ketawa bila tengok gaya dia bercakap sambil tangan dia menari² tu.

{ picture kredit to Budiey }



barisan pelakon HKLBR, Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati. Yang nombor dua dari kiri tu, kalau korang tengok cerita zombie kampung pisang, dia yang melakonkan watak budak lelaki main video game pegang senapang, yang tembak zombie² yang cuba masuk ke dalam rumah dia tu...huhuh dah besor tinggi dah.



5 comments:

  1. best eh? tingin gak nak pergi tengok movie nie...

    ReplyDelete
  2. wah.. macam best jer tu.. dan ke akak nak g nengok..

    ReplyDelete
  3. wah..
    cm best jerk cter ni..
    tringin nk tgk lah..
    huhuhu..
    anyway, fiq follow blgo mush!!! :)

    ReplyDelete
  4. a a..time tengok preview kat tb tu pon dh pecah perut anak branak hahahaha..tp cuma nk g pawagam tu je yg kantoi tu..so tgu je masuk lam astro hehe..mmg kelako gileeer..cecite cecite..

    ReplyDelete
  5. Yang bawak watak lembut tu SHY8(bunyi Syed), dulu pernah jadi penyanyi awal 90-an... tapi x der rezeki kut bidang tuh... lama menyepi tapi muncul balik dalam zombie kampung pisang n sekuel HKLBR...

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati