15 December 2010

NetBook Free dari TMnet - part two

ini bukanlah iklan berbayar dari TM net ye, tapi kalau nak bayar pun apa salahnye...

rujuk entri sebelum ini { Netbook free dari TM Net }


atas permintaan jassnani yang pandai buat pizza sendiri, dia tanya details pasal permohonan untuk dapatkan netbook free nih, takpe saya sudi share, semua akan didedahkan tanpa ada kos tersembunyi. heeeeee

mula² aku mohon dulu, dalam awal bulan 9 camtu, isi borang, ambik kat kaunter TM mana², dia nak slip gaji, tandatangan majikan sebab pakej ni hanya untuk pendapatan isi rumah RM5k kebawah utk kawasan bandar & RM3k kebawah utk kawasan luar bandar. Dia ada macam² pakej :

1) komputer 1Malaysia dengan serendah RM38 sebulan

atau

2) Netbook HP dengan pakej bermula RM59 sebulan (ini pakej saya)


kontrak adalah selama 2 tahun & utk pakej Netbook HP, pelanggan akan membayar harga yang sama dengan komputer 1malaysia selepas 2 tahun, iaitu RM38 tapi pelanggan pakej komputer 1Malaysia tetap bayar harga yang sama selepas 2 tahun.

so 23/9 kontraktor datang pasang talian telefon sebab kat rumah memang tak pernah ada talian tetap & nombor telefon rumah saya adalah 03-2691 **** (hehehe), & siap pasang semua kena bayar dan dan tu jugak ke vendor yang buat pendawaian telefon tu, sebayak RM150 (RM 30 untuk activate talian + RM120 pendawaian). Pendawaian ni tak tetap bayarannya, dia ikut meter, 5 meter pertama RM50, setiap meter seterusnya - RM5/meter.

lepas pada tu tunggu punya tunggu sampailah ke bulan nov tak dapat lagi netbook free tu, bila call TMNet, dorang cakap kena tunggu pemasangan streamyx dulu baru dapat, so bila tanya bila nak pasang streamyx dia cek dalam sistem nama saya takde. lokolohhhh, abis tu borang yang isi berjela² tu mende, lepas tu baru dorang hantar permohonan saya, pertengahan november barulah streamyx di pasang, & kena tunggu 14 hari bekerja selepas pemasangan & activation streamyx barulah netbook dihantar. Tunggu lagi


pemasangan streamyx percuma wireless router sekali, brand innacomm, boleh wi-fi beramai² dalam rumah

{ gambar ihsan mudah.com.my }


{ gambar ihsan adriancjy.com }


Tapi dalam hujung bulan november camtu, tak sampai pun 7 hari bekerja vendor yang bekalkan streamyx ni call untuk penghantaran netbook yang ditunggu² tu.

so servis by lain² sykt, bukan dengan TM, kalau vendor pemasangan talian telefon, syarikat Fitrah Rezeki S.B, pemasangan streamyx vendor lain (tak ingat nama), & penghantaran netbook dengan pihak pembekal HP / Nadi Ayu, maknanya waranty lain² la.

ok berkenaan dengan bil telefon, untuk permulaan bil TMNet sampai saya kena bayar sebanyak RM 103.40, saya ada call TMNet berkenaan amaun ini, katanya untuk deposit perkhidmatan, duti setem dan apatah lagi, hari tu dia ada terangkan tapi saya dah lupa, boleh call TM (100) untuk lebih lanjut.

untuk bil kedua sampai saya kena bayar sebanyak RM1.05 sahaja sebab saya ada guna untuk testing call ke handphone saya, saje gatal, tapi tiada bayaran bulanan dikenakan, untuk bil streamyx bulan ni belum sampai lagi, so tak boleh nak citer panjang lebau

& aku pun tak pasti ada lagi ke tak promosi ni, untuk lebih lanjut pergi je ke TM yang berdekatan atau ke blog reddishlover.com atau BHarian

ada apa² yang tak faham, drop la comment kat bawah ni je ye, takpe i tetap akan layan, dun worry..eh bagus la hari ni line HRMIS still tak okey, jadinya bolehlah kita menjeling di list jiran pulak kan....


*** tambahan

Pakej netbook 1 Malaysia
RM38 = speed 384kbps
RM53 = speed 512kbps
RM68 = speed 1Mbps
RM83 = speed 2 Mbps (tak kesemua kawasan dapat langgan pakej ini)

Pakej netbook HP
RM59 = speed 384kbps
RM74 = speed 512kbps
RM89 = speed 1Mbps
RM104 = speed 2 Mbps (tak kesemua kawasan dapat langgan pakej ini)




8 comments:

  1. waduhnya .. banyaknyer kene tunggu .. leceh jugak .. tq for info..

    ReplyDelete
  2. okey.. terima kasih banyak2 sebab beri penerangan tu.. pagi2 saya masuk keje dah tengok blog mush.. nampak pasal note book ni.. lunch time ni leh jengok2 kat TM.. mane yg dekat eh.. tak per2.. saya google cari TM terdekat kat puchong ni.. :) thankss a lot dear for sharing the information.. :) muaahhhss.. :-*

    ReplyDelete
  3. sis..rase xde da pakej ni..ehhee..my sis keje TM gak

    ReplyDelete
  4. @ mia : itulah tak tau la ada ke tak lagi, kena confirm dengan org TM la kan, untuk seluruh TM ke, xpelah xde rezeki yang lain2 nak daftar..

    ReplyDelete
  5. @azman Roslan : sori dah update sket kat atas ni, yg saya punya RM59 : 384kbps, takyah nak pakai laju pun sebab kalau kat rumah saya buat utk update blog je, kalau kat ofis dah ada 100Mbps, jadi kalau nak buat apa² kat ofis je..hikss

    ReplyDelete
  6. Jassnani : muahhhsss jugakkk..ehhh???

    ReplyDelete
  7. mak budak : takpe lama pon, asalkan ado, jgn tunggu lama tapi non ado, lagi boleh mendatangkan kemarahan kan, kena selalu update la, call TM selalu

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati