15 December 2010

Hey, Mr. Mama !!!


korang setuju tak yang suami2 zaman sekarang ni makin boleh di harap dalam urusan penjagaan / menguruskan anak ???? kan...kannn

contoh yang terdekat siapa yang nak puji husband sendiri kan kalau bukan isterinya sendiri...uhuhuu sebenarnya esok sampai jumaat pengasuh aku cuti sebab balik kampung, jadinya aku punya cuti dah menipis, harapkan bapaknye la untuk menjaga anak2 nih. Husband pulak bukan la tak boleh ambik cuti, tapi sebab tau2 lah badan beruniform nih, cuti kalau dah beku, SYMP je la, so husband tukar kerja shift malam, esok pagi aku gi kerja, anak2 akan duduk dengan abah dorang, petang kang aku balik kerja, bagi lah bapaknye rehat sebelum nak sambung tugas kerja malam pulak.

hurm, penat memang penat, tapi itulah, dah tanggungjawab kita kan, tak kan nak serah ke mak bapak yang dah berusia nak jaga anak2 kita kan, dari kecik mereka jaga kita, sampai kita besar beranak pinak, takkan nak bebankan mereka jaga cucu pula.

Satu kajian yang aku dah perhatikan sendiri, kenapa bapak zaman dahulu jarang ada yang pandai mengasuh anak sendiri, banding bapak zaman sekarang...dulu2, perempuan ni tak ramai yang bekerja, semuanya suri rumah tangga, jadi tanggungjawab mengasuh anak bulat2 diserahkan kepada isteri kerana suami perlu keluar bekerja, balik kang dah penat..

zaman sekarang ni pulak, tak kira dah, lelaki perempuan semuanya sama2 bekerja untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat, lagi2 kat bandar2 besar ni kan, lagi pula perempuan zaman sekarang ni bukan macam perempuan zaman dulu yang orang kata layak duduk di dapur je. Jadinya, nak tak nak kaum bapak pun kena lah sama2 ringan tulang dalam menguruskan anak2, ye lah sama2 bekerja kan, sama2 penat. So kenalah faham & saling bertolak ansur, sama2 buat anak, sama2 lah menjaganya ye tak...

selain tu, yang aku perhatikan abang aku sendiri, kalau dulu time zaman rock kapak dia, jangan harap nak kata jaga aku adik2 dia nih, tau nak merambu jer, bila dah kahwin, sendiri mau ingat la kan. So berubah terus jadik bapa mithali...huhuhu penangan perkahwinan, so korang yang tak kahwin lagi, cecepat la kahwin, tak rugi, kang berubah la boifren korang tuh ( kalau la...)


*** kajian ni aku bandingkan antara bapak aku, abang & husband aku je ye dalam hal2 menguruskan anak, tiada kena mengena dengan husband korang, abang korang dan yang sewaktu dengannya..huuuhuhu





0 org telah balas ngOmel:

Post a Comment

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati