"pergghhh...lawa ni kalau mata aku pakai mesti bersinar2 macam mata kucing masa dinner minggu depan nanti. murah pulak tu, save duit aku, lawa pun lawa..."
hurmm...mungkin ramai yang tidak menyedari bahaya memakai kanta lekap murah yang banyak dijual online sekarang ni, risiko mendapat jangkitan pada mata adalah amat tinggi....
***
SHAH ALAM - Taip sahaja perkataan 'kanta lekap murah' di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.
Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.
Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
"Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
"Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Sumber : KOSMO
betul tu. nak cantik tapi takmo jaga langsung. nak pakai pon ada had tempohnya.
ReplyDeletemama dh insap dah....mmg mata takleh pakai cl baik murah maupun mahal...huhhuhu
ReplyDelete