korang pernah tak pergi mana2 pasaraya, event apa2 yang ada bukak booth buat terapi lintah ni..?? pernah ke cuba???
kaedah perubatan lintah ni, dah lama sebenarnya, beribu tahun dahulu, sekarang ni dah digunakan semula dalam perubatan, tapi tak semua doktor yang mengakui nya kerana ini adalah hasil kajian persendirian, seperti perubatan alternatif, perubatan tradisional, bukan kepakaran bidang doktor kan. So hari jumaat lepas, aku & husband beli barang dapor di Carrefour Wangsa Maju, nampak la booth T-Tah ni, macam2 rawatan yang dapat di ubati dengan lintah, sakit gout, kebas tangan kaki, pening, walhal jerawat pun boleh, & husband aku buat untuk merawat resdung dia yang dah sekian lama tak baik. Dah macam2 ubat aku belikan tak surut jugak, then nak try la rawatan lintah ni kan, mna tau berkesan.
ini lah rupanya booth di Carrefour tu, time tu ada lah 3 orang sekali duk nak buat rawatan tu, masa promo time tu, ikut la berapa lintah pun tapi bayaran hanya RM30.
inilah rupanya lintah yang diletakkan di muka, untuk rawatan resdung, ada 4 point, dahi, pipi, & dagu.
sekali rawatan sedut darah tu ( heheheh ) ada lah 30 - 40 minit, ikut kenyang lintah tu la, hahahha, jadi inilah gunanya ada mobile internet, layan la segala macam blog, facebook & sebagainya utk elak boring.
ok nampak tak lintah belah kanan ni, tu dah kira gemuk la tuh, dah cukup hisap darah kotor kita, sebab dia yang mula2 diletakkan, cara nak tau lintah tu dah kenyang, pegang, picit pelan2, kalau dia lepaskan gigitan tu maknanya dah la tuh.
inilah rupanya kejiranan lintah tuh, dok la korang dalam bekas nih...heheheh, lintah yang digunakan ni bukan lintah yang main kaut kat sawah, kat lopak2 lumpur tu je ye, lintah ni adalah lintah belaan, hehehe, bak kate brader ni, dorang ada ladang lintah tersendiri. Kat mana aku pun tak ingat, dia ada bgtau.
yang ni ada sorang yg nak cuba rawatan ni, untuk buang jerawat, memang geli bagi yang tak tahan, awek ni geli tapi kawan dia tenangkan, rileksss akak ada, ko tutup je mata, hehhehe, suratkhabar tu letak untuk halang lintah tu kalau jatuh idok la masuk dalam baju kan, karang brader tu takkan nak seluk dalam baju korang, nak harap korang ambik, korang geli ke tak, mau bergegar carrefour tuh..hhehehhe, yg akk baju oren tuh sakit kepala, so lintah letak kat belakang leher, situ point utk lintah tu hisap darah kotor dia...
ok lintah pertama dah kenyang, camni la rupanya kesan tempat gigitan, memang akan berdarah, sebab darah kotor tu still akan keluar lagi, nampak ada kesan air liur lintah tu, haa air liur dia ni lah ubat sebenarnya...
satu point dah siap, kasi sapu sikit ubat antiseptik, then lekat plaster, kalau tak mau meleleh darah tak berenti kan..
yang akak ni tak tau apa sakitnya, letak lintah kat tangan tuh, ikut sakit la, kalau kaki gout lintah tu letak kat kaki, kalau sakit lutut letak kat lutut la...
dah siap semua, lintah semua dah kenyang, kena tampal la semua tempat kesan gigitan tu, so masa nak balik semua pakat jeling husband i, huhuh, wehhh apahal ingat aku ke hisap, takde makna nak ber bite kat situ, aku buat sorok2 la sikit, hahahhahahahahahha.....
so, malam pas balik rumah tuh, husband aku cakap, dah rasa kurang sikit sengsara hidung ni, kalau berair pun tak teruk la.....hurmmmm alhamdulillah, siapa sangka rawatan alternatif lebih berkesan dari rawatan doktor pakar kan, semuanya dengan kekuasaan & keizinan Allah.
inilah brader yang bertanggungjawab & bertauliah dalam perubatan lintah ni, kalau rasa berhajat boleh call dia sendiri, Brader Vira Baharuddin - 019-6929 290 & sorang lagi Brader Azizul Hakim - 013-2056713.
hukum perubatan lintah????
baca sinilagi info pasal lintah ???
baca sini